G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Monday, June 20, 2011

Jom Sarap! - Bihun Singapore....Bukan Penang Mari...

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat2 bloggers..

Haa..tengah wat apa tu?..bersilat kat dapur siapkan juadah untuk bekpes ke? Tak de idea nak wat bekpes apa? Haa..meh sini mylady kongsi bekpes yang simple dan sedap..hehe...

BIHUN SINGAPORE

Haaa..resepi untuk bihun singapore ni, mylady amik dari buku resepi kakak otai masakan kita...kak Hanieliza..1 Hari 1 Resepi..siapa yang nak belajar memasak, amat2 di rekomenkan untuk beli buku ni..resepi dia simple yang amat...tapi, hasilnya...fuh..memang delicious!!..:-) Meh mylady kongsi resepi untuk Bihun Singapore nih...:-

Bahan A
1 bungkus bihun (direndam sampai lembut dan ditoskan)
200 gram udang (dibuang kulit)
200 gram sotong (dihiris nipis)
200 gram sawi (dipotong pendek) *sawi takde plak, so abaikan jek..
250 gram kobis (diracik halus)
1 batang lobak merah (diparut) 1/2 cawan ait
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (ditumbuk)
2 sudu makan lada hitam
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata
3. Bila dah masak, masukkan bihun, sawi, kobis, kobak, garam dan air. Kemudian kacau rata
4. Gaul hingga nampak bihun lembut, rasakan masinnya,
5. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah

Sonang kan?..Selamat Mencuba..:-)

2 comments:

Love2cook Malaysia Best Blogger Tips

Mmmmm slurp bihun tu!! Sedapnya :D

Mylady Best Blogger Tips

@♥LOVE2COOK♥..hahaha..your food picture lagi la double slurp..anddd...infinite slurrpppp for your all white kitchen & dining..macam mana you keep it sooo clean with the 2 adorable kids?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi