G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Jom Sarap! - Prata Telur Gulung

Assalamualaikum dan mornink sahabat blogger..

Ha...pagi ni mylady takdak idea nak wat sarapan apa untuk en hubby..selak punya selak punya selak blog, last2 nampak something yang simple, but yet yummy dalam blog otai masakan kita...CMG...Check bahan dalam icebox - set..semua ada, maka inilah hasilnya..memang sedap uollsss!!!.. Che Mat Gebu, saya minta izin share resepi ni ek...

  
PRATA TELUR GULUNG
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN" *serius...prata jenama KAWAN memang sedap..bagi yang suka roti canai rangup, pilih jenama KAWAN yang ada words "FLAKEY"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah *mylady ganti dengan cili api di potong halus
* mylady campurkan daun sup dan daun bawang untuk lebih keharuman
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan a[i sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.
  3. Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...

Monday, May 30, 2011

Masak Lemak Cendawan + Udang

Assalamualaikum sahabat blogger...

Ha..malam ni mylady nak share resepi yang simple banget...masak lemak cendawan tiram + campur udang.

Bahan-bahannya
Cendawan tiram
Udang
Bawang putih
Cili api 3-4 biji (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Garam/Gula secukup rasa
Santan
Serbuk kunyit

Cara-caranya
Bawang putih, cili api di tumbuk dan ditumis bersama udang.
Bila udang dah hampir masak (bau pun wangi masa ni), masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit...kacau bagi rata..
Masukkan santan, boh garam/gula, didihkan dengan api yang perlahan..
Bila mendidih, masukkan cendawan tiram, biar cendawan masak, angkat dan hidangkan.

Selamat menjamu selera!!
p/s : makan dengan ikan goreng garing + kicap + cili api potong, fuh..memang sedap!!

Saturday, May 28, 2011

Jom makan!!..

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Ha apa menu korang untuk hari ni? Hari ni mylady nak kongsi nasi ayam resepi dari kawan mylady. Kalau menu nasi ayam, memang confirm laku punya, sebab budak2 pun suka makan nasi ayam..Jom terjah resepi yang senang banget nih...

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat :-
10 biji bwg merah
5 biji bwg putih
1 inci halia
10 biji lada hitam (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
1 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang (just patahkan dari sekuntum bunga lawang tu tau!)
1 kulit kayu manis
kicap
madu/gula
garam

Bahagi bahan2 yang ditumbuk di atas kepada 2 bahagian, satu bahagian, lumur pada ayam, dan perap sekurang2nya 30 minit (mylady suka perap semalaman..baru le rasa dia meresap sampai kedalam isi ayam). Ayam bolehlah digoreng atau dibakar...up to your liking..

Untuk Sup (buat sup lebih sikit untuk masak nasi ayam) :-
Bahan2 tumbuk diatas
Air
1 sup bunjut
1 kiub ayam knorr
Tulang ayam
Garam secukup rasa
Daun sup/daun bawang/bawang goreng (untuk ditabur sebelum dihidangkan)

Cara2nya..
Panaskan minyak, masukkan bahan yang ditumbuk tu, tunggu sampai naik bau, masukkan air..
Then, masukkan 1 kiub ayam knorr, tulang ayam, 1 sup bunjut.
Tunggu sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Bila rasa dah ok, leh tutup api..

Untuk Nasi
Beras
Sup diatas
1/2 kiub ayam knorr (kalau taknak boh pun takpa)
kunyit

Cara2nya:-
Basuh beras, instead of masak dengan air macam biasa, gantikan air tu dengan sup diatas..sukatan untuk sup, sama cam sukatan air untuk masak nasi, Masukkan kiub ayam knorr, kunyit sedikit untuk bagi nasi tu warna kuning lembut bila dah masak. Masak dalam rice cooker senang..tekan, bila dah nak kering air, kacau/gembur sket nasi tu bagi sekata..then, lepas nasi dah masak, bolehlah dihidangkan.

Untuk sambal cili
Cili merah
tomato
bawang putih
* mesin halus bahan di atas.
Masak bahan kisar diatas, masukkan gula & garam secukup rasa...tunggu sampai cili masak, then leh tutup api..siap...
Untuk kicap
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sup diatas
kicap

Cara2nya
Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk lumat sampai naik bau, masukkan sup dan kicap, biar sampai mendidih, rasa..dah sedap, leh tutup api..:-)

Inilah hasilnya...:-)

 sebelum dicurah sos & kicap

  selepas dicurah sos & kicap

SELAMAT MENCUBA!!..

Thursday, May 26, 2011

Sambal tumis octopus..

Haaaa...terkejut kan??

Selalunya dengar sambal tumis udang, sambal tumis sotong..haaa...nih mylady nak citer pasal sambal tumis octopus. Sebelum kawin, memang mylady tak makan octopus@sotong kurita ni. Sebabnya?..kecik2 dulu, tengok tv, sotong kurita ni selalu berlakon jadi jahat..haahha..berlakon tuh...ye lah..sotong kurita la yang tangkap kapal selam, tenggelamkan kapal2...so, memang minda dah set...sotong kurita beso..takleh makan..

Bila dah kawin..tup2 one day my MIL wat sambal tumis octopus..memula cam takut nak makan..tapi, bila tengok in laws yang lain semua kan main selera makan, i pun try..eh..eh..sedap ler..isi dia kenyal2 cheewy2 gittew..so, since then, kalau nampak octopus di jual di market (rupa2nya octopus ni kecik2 pun ada..heheh), memang mylady beli..sebab hubby's fav..rebus letak garam sket cicah air asam/sos or wat sambal tumis..memang yummeh!!..


SAMBAL TUMIS OCTOPUS (resepi ibunda)
Bahan-bahan
Octopus yang dah dicuci dan di potong2
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Belacan sikit
sos tiram sikit
Cili kering 10 tangkai
*kisar bahan2 diatas (kecuali octopus tu jangan kisar ek)
Air asam jawa
Garam/Gula

1. Rebus octopus sekejap...agak2 separuh masak.
2. Masukkan minyak dalam kuali, tumis bawang putih seulas...dah naik bau, masukkan bahan2 kisar diatas
3. Masukkan sos tiram, gula & garam secukup rasa, bila cili kisar dah masak betul (warna dia tukar ke warna merah  gelap sket), masukkan air asam secukup rasa.
4. Bila sambal tumis dah secukup rasa, masukkan octopus (sejat dulu ye, air rebusan dia buang) yang direbus tadi
5. Tunggu sampai mendidih sebentar untuk biarkan octopus fully masak, kemudian sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba...:-)

Sunday, May 22, 2011

To forgive and forget?

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Heehehe,,,mesti korang hairan naper la pagi2 lagi mylady dah bermonolog..bukan apa..kekadang terpikir...ada orang yang bertelagah sekian lama, sanggup tidak bertegur sapa kerana merasakan dirinya betul...Kadang2 mylady rasa hairan..disebabkan benda yang kecil, korang sanggup hilang sahabat?..Ermm..entahlah..mylady tak faham..kadang2 mylady rasakan, bukan orang2 yang bertelagah tu yang bermasalah untuk berbaik, tetapi, lebih kepada pihak ketiga yang menghasut...wallahualam...

Bagi mylady, why don't you forgive and forget - this applied to perselisihan faham kecik la ye, bukan yang melibatkan maruah diri atau yang sewaktu dengannya. Actually, orang yang meminta maaf tu, bukan bermakna dia salah, bukan bermakna dia takut or mengaku kalah to the other party, tapi, orang yang memaafkan ni, adalah lebih mulia dari orang yang dimaafkan...kenapa?..sebab itu menunjukkan dia matured, berpikiran rasional dan juga tidak suka memanjang2kan perkara2 yang remeh...come on...banyak lagi hal penting yang nak dipikirkan....yang pihak ke 3 tu pulak, tak usah lah menambahkan garam pada luka yang berdarah, end up things will get worst...kadang2 masalah yang sekecil kuman, dibesar2kan jadi la sebesar dinasour,...bila dah jadi sebesar dinasour, masing2 dah malu2 alah pulak nak meminta maaf...

*Tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang meminta...
*Orang yang memaafkan kesalahan orang lain, adalah lebih mulia daripada yang diberi kemaafaan..

Renung-renungkan....

Saturday, May 21, 2011

Cupcakes

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Mylady ni dah lama geram sangat tengok orang buat cupcakes yang comel-comel ni. Tapi, mylady tahu mylady kalau buat mesti tak jadi comel cenggitu sebab mylady bukan berseni orangnya. Anyway, my lady nak kongsi jugak la percubaan-percubaan membuat cupcakes oleh mylady. Untuk cupcakes base, memang mylady menggunakan resepi Rima Bisous A Toi - senang, mudah dan sedap! Tapi, jangan pulak comparekan rupa kek I to Rima's cake..macam langit dan bumi!!!..how i wish i have such a talent like her..:-(..Rima, i minta izin copy and paste from your blog ye...

Source : Rima @ Bisous A Toi

Ingredients (Makes 20)
5 eggs
125g caster sugar
75g flour
40g cocoa powder
50g dark cooking chocolate
65g butter

Ganache topping
250ml fresh cream / whipped cream / heavy cream
250g dark cooking chocolate
30g unsalted butter

Method
Preheat oven 180C.. prepare paper cups
Melt dark cooking chocolate and butter.
Beat eggs and sugar until fluffy, add sifted flour and cocoa powder, stir well
Add melted butter and chocolate, stir well, scoop batter into paper cup.
Bake at 180C for approximately 15 minutes or until cooked
Cool cupcakes before piping Ganache.

Ganache
Heat whipping cream using double boiling method until u see steam.. Add chocolate that has been cut into small bits, stir until chocolate is completely melted, turn off the heat, add unsalted butter, stir, let cool, put in the chiller. Once chilled... whip until fluffy and its ready to use!

1st trial (topping coklat masakan yang dicairkan + fresh stoberi)...huduhnya..malu betul rasa...

2nd trial (topping coklat masakan yang dicairkan dengan white chocolate + fresh stoberi)...malu kurang sikit dah...ada peningkatan..cewahhhh..perasan...


3rd trial using buttercream. Dah beli dah 1 set nozzle, so, apa tunggu lagi. Imaginasi nak buat design canggih2 la..sekali pegang kat tangan nozzle tu, menggeletar..so, ini lah design yang paling cun mampu dilakukan..hehehe.. 

Friday, May 20, 2011

Blackforest cheese cake

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua..

Penutup tirai untuk malam ini sebelum mylady masuk beradu, mylady nak berkongsi resepi untuk percubaan membuat cheese cake mylady yang pertama. Percubaan ini dilakukan atas dorongan encik suami yang suka bebeno makan Blackforest cheese cake di secret recipe. Setelah mylady giat mengoogle ke sana ke sini, membeli bahan2 yang diperlukan, inilah hasilnya...comot bebeno, !!!..maklumlah..1st time trial..nanti2 leh cuba lagi...:-) tapi resepi dari Kak Zai Teratak Impian ni memang sedap



Sumber : Kak Zai Teratak Impian (saya minta izin copy & paste ye Kak Zai)
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - kak zai guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries

Topping:
150 ml jus ceri -kak zai campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung -kak zai guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan
*mylady parut pulak coklat sebagai tambahan topping

Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
  3. Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
  9. Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
  10. Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(kak zai cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)

Pisang goreng cicah kicap?

Haaa..tajuk diatas mungkin agak pelik bagi orang2 belah utara ni...sebab memang dari kecik-kecik, pisang goreng tu dimakan begitu saja..or kalau pisang masam dicicah gula..tapi, pisang cicah kicap??

Ceritanya bermula masa saya bekerja di UUM...tiap kali lepas abis kerja, saya & rakan serumah akan singgah di Pekan Changlun untuk membeli pisang goreng sorang pakcik ni...Pisang goreng dia memang sedap ya amat!!..Nipis-nipis dan memang manis pisangnya. Bila sampai di rumah, saya & housemate sorang lagi, bancuh air dan siap bersila nak menjamah pisang goreng yang dibeli...tapi, sorang lagi housemate saya, orang Johor, sakan menumbuk di dapur...heran gak...makcik ni takmo makan ke pisang goreng yang dibeli ni..sedangkan dia yang beriya2 nak membelinya tadi...sampai 5 ringgit diborongnya pisang goreng...tak sampai 2 minit, datang le housemate saya dengan sambal kicap ditangan...memula cam berlagak takmo menyicah..sekali eden torai...fullamak..sedap gilerrr!!!...Semenjak tu, memang makan pisang goreng, tak lengkap dengan sambal kicapnya..bukan susah pun nak buat...cili api, bawang putih, gula kicap..tumbuk...siap!!

Bila dah berkahwin, saya pun memperkenalkan la cara makan pisang goreng dengan sambal kicap pada suami saya...kesannya amat buruk sekali...selepas dari sesi pengenalan itu, suami saya takkan makan pisang goreng kalau saya tak buatkan sambal kicap...hehehe..begitulah hebatnya penangann sambal kicap...anyway, saya berterimakasih yang amat sangat pada bekas housemate saya (saya dah tak lagi kerja di UUM) kerana memperkenalkan sambal kicap dalam hidup saya...Thanks Zu...

*maaf..gambar diatas tidak memuatkan gambar sambal kicap sebab selepas sambal kicap siap, tuan punya blog lupa diri dan tak sabar-sabar mencicah pisang goreng dengan sambalnya hingga lupa nak snap gambo...sekian..harap maklum..


Thursday, May 19, 2011

Maxis oh Maxis

Tup tup...30 minit tadi, my hubby msn me..."ayang..ce call abang sat"..aik..apo kes plak suruh call..prepaid abis ke?..try call, aik..bunyi cam engage..laki aku ni nak wat lawak ke apa..so, kata le kat dia.."kalau abg engage, naper suruh ayang call?"..dia cakap, tak engage..ce try call orang lain..call my friend hp kat sebelah ni...aik..sama gak..then, my boss pun berdiri from his cube and start bersuara "maxis ada problem ke?"..so, sepantas kilat menelepon kawan saya..encik supermen yang menggunakan line celcom...a'ah..celcom boleh la..
adus..maxis..oh maxis...baru jek dok puji-puji dia, dia wat hal plak...kesian la pada sapa-sapa yang first time pi blind date, kena plak masing-masing pakai maxis..mesti ingat the other person sesaja engagedkan phone sebab takmo jumpa..hahahaha....

Apa-apa hal pun, aku tetap stick to Maxis..sebab Maxis sesuai ngan jiwa dan raga aku..*ayat tak leh blah kan?*

Apa ada pada nama?

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Mesti ramai tertanya-tanya..naper la saya letakkan my blog name as 'ibunda delight'..well..actually it's a tribute to my mom...Hajjah Zaharah Binti Mohd Zain yang bersusah payah membesarkan kami 4 beradik dari kecil hinggalah dewasa..berniaga nasi lemak depan rumah, petang pulak berniaga cucur udang cina di depan sekolah, then ada certain hari, berniaga di pasar malam untuk membantu arwah bapa saya yang berpendapatan kecil yang memang tak cukup untuk menyara 4 orang anak yang masih bersekolah..di sekolah pulak, saya le bawa nasi lemak/ kerepek bilis untuk di jual sampai kena tangkap dengan makcik kantin...hahahaha...tapi, yang bestnya, cikgu-cikgu bagi sokongan padu...siap order nasi lemak & kerepek bilis..hehehe..mekasih cikgu..jasamu ku kenang..and to my mom, takde siapa leh lawan masakkan mak..memang sedapss...

Zaman sekolah dulu dengan sekarang dah tak sama..dulu-dulu tak mampu nak bawa sekolah duit banyak-banyak...hanya bawa 20sen untuk beli air minum..my mom bekalkan nasi goreng untuk waktu rehat..selalu kitaorang lepak dekat dengan area tanam-tanaman oleh murid-murid...dekat situ, ada le pokok kacang botol menjalar..so, guess what?..makan nasi goreng berulamkan kacang botol fresh dipetik dari ladang!!.. memang sedap!!..ish..memang seronok betul zaman sekolah dulu..tak pening nak pikiokan masalah kan?.. sekarang, dah pandai pikio, baru tau camne peningnya mak/ayah membesarkan kita..isk..isk..sedih plak rasa...so, sementara hayat masih ada, apa salahnya kita menggembirakan hati tua mereka..memang ada kalanya, kita rasa macam leceh, penat, letih tapi, fikirlah..berapa sangat leceh, penat, letih kita ni compare to apa yang parents kita dah lalui semasa membesarkan kita..sayangilah mereka sementara mereka masih ada..bukan harta benda yang mereka mahukan..cuma sedikit kasih sayang dari anak-anak..renung2kan...

Al-Fatihah untuk arwah bapa - Haji Mohamed Ali Bin Ahmad...tanpa mak & bapa, kami takkan wujud di dunia ini...
 

Wednesday, May 18, 2011

Puding Caramel

I'm surfing thru net and found this indian's chef link for puding caramel..nampak senang banget and i give it a try...well...memang betul-betul puas hati la dengan this chef recipe..memang menjadi...dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, makan pulak puding caramel yang sejuk...ermmm..yummeh...enak sekali rasanya...

CARAMEL CUSTARD
Source : VahChef
Untuk sos caramel
4 sudu besar gula
2 sudu besar air
* masak di atas api hingga keperangan..make sure sentiasa di kacau..jangan sampai coklat gelap sebab sos akan rasa pahit dan jangan terlalu muda sebab sos akan berasa terlalu manis...tutup api bila gula bertukar warna coklat keperangan dan tuang kedalam bekas untuk dibuat puding.

Untuk puding
3 biji telur
50 gram gula
* pukul gula dan telur hingga sebati kemudian masukkan bahan-bahan di bawah :-
1 sudu teh esen vanilla
500ml susu segar
* pukul lagi hingga sebati, kemudian tapis ke dalam bekas yang telah dimasukkan gula karamel tadi.

Masak secara double boiler diatas api yang perlahan sehingga masak..selamat mencuba..:-)

Thursday, May 12, 2011

Jom bekpes!!

Haaa..citer pasal bekpes, this is one of hubby's fav bekpes..tapi, takleh la selalu-selalu ek..kang encik choles naik melambung-lambung...well i think majority of us memang suka bekpes ni kan..only that, in Penang we have Roti Benggali untuk dimakan dengan telur setengah masak..Don't ask me macam mana boleh dapat nama Roti Benggali..i guess sebab yang datang menjual petang-petang naik motor yang sampaikan tak nampak orang yang bawa motor tu (sebab terlalu banyak gantung jajan keliling motor) is Benggali..that's why kot dapat nama Roti Benggali. Roti Benggali ni sedap sebab the texture tak padat macam roti lain yang boleh didapati di kedai-kedai runcit. My ibunda memang ada timing baik punya kalau nak pegi beli roti Benggali ni dekat kilang yang membuatnya which is  around 11:30am...sebab roti baru lepas dibakar...aromanya...fuhhhh..yummeh!!!..sampai kembang kempis lubang hidung dok amik bau...hehehe..

Selain sedap wat roti bakar and makan dengan telur separuh masak, my ibunda's favourite is to makan Roti Benggali dengan buah durian yang fresh..fuhhhh..heaven..kena plak isi yang lembik2 liat..selain tu, cicah dengan isi durian yang dimasak dengan gula melaka dan santan..orang panggil apa ek..serawa ke?..haa..cicah ngan ni pun sodap...or, my arwah grandpa dulu, cicah dengan kopi O panas...aduh...lapo la plak tengah2 malam ni wat entry pasal makanan nih...

Cara penyediaannya pun tak susah..ramai yang dah tahu..as for me, potong roti benggali, letak atas non stick pan, then sapu butter & kaya...telur plak, didihkan air, masukkan telur dalam bekas kedap udara, tuang air yang mendidih, tutup bekas kedap udara selama 8 minit (bergantung kepada saiz telur, tahap kepanasan air mendidih dan juga kekedapan bekas)..Selamat mencuba..:-)

Saturday, April 23, 2011

Blended Orange Cake..

Dah lama dah ngintai resepi kek ni dekat blog Masam Manis tapi, takde masa nak buat. Hari ni, my bonda request nak makan kek. She's not into those fancy cakes ie cheese cake, choc moist cake and etc.. terus TING!!...teringatkan resepi ni yang memang mudah teramat sangat cara nak membuatnya..so, here's the recipe C&P from blog Masam Manis. Thanks to the recipe owner for this easy peasy, wonderful and delicious cake!

p/s..ye...semangat berkobar-kobar first time nak pakai bundt pan. Dah terbayang macam mana cunnya kek ni nanti..sekali..amik engkau...kek takmo kuor dari bundt pan dengan elok..uwaaa..so, takleh la amik pic the whole kek..:-(


BLENDED ORANGE CAKE

Resepi by: kak Fida
sumber : Masam Manis
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum* - saya pakai tepung naik sendiri
1 sb baking powder* ( *tak letak pun sebab saya pakai tepung naik sendiri)
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic - disebabkan saya takde sunquick, saya perah sebiji limau lagi masuk kedalam adunan yang diblender

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi