G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Pengguna prepaid pun akan dikenakan tax?..

Assalamualaikum sahabat2 semua..

Mylady sedang lepak2 menunggu hubby abih kerja sebelum pulang kerumah..sambil2 surfing, mylady terbaca satu news dalam paper the sun hari ni...petikannya seperti berikut..:-

PETALING JAYA (May 30, 2011): Prepaid mobile phone users may have to pay more for airtime from July as telecommunication companies (telcos) work out a plan to pass down to consumers the 6% service tax imposed by the government.
It is believed that most telcos are currently “absorbing” the tax, which had been increased from 5% to 6% from Jan 1 this year – due to competitive reasons.
But dwindling revenues, cannibalised by the need to protect market share and win new customers, are forcing companies to rethink their pricing strategy.
As it is, many are of the view that the service tax, along with other charges including margin for resellers, have already been incorporated in the price tag of the reload ticket.
A more formal way to introduce this service tax rate could come in the form of an itemised breakdown.
For example, a RM10 reload will only buy RM9.40 worth of airtime, with 60 sen charged as service tax...full news, please click here...

Humang aihhhh..abih semua nak kena tax..harga barang naik, harga minyak naik, tax lagi..agak2 korang, nanti kalau masuk tandas awam pun kena tax gak ka? Moh le kita beramai-ramai gunakan teknologi dibawah ni yang di jamin bebas cukai......
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
.........



 tah2, bila ramai serbu pakai public phone, public phone pun kena tax gak..pengsan!!

Tak semua seafood halal..

Assalamualaikum dan selamat petang kepada rakan-rakan blogger..

Ha..ni mylady nak bercerita tentang seafood..kebanyakan dari kita yang melancong ke luar negara, mengambil jalan selamat dengan mengelakkan memakan ayam/daging kerana amat sukar mendapatkan ayam/daging halal di negara2 yang tertentu.

Ini cerita boss mylady..dia ke Shanghai pada bulan puasa tahun lepas. To be safe, dia just order makan dekat hotel yang didiaminya..Memula, dia plan nak order salad jek, tapi nak berbuka, takkan la makan salad jek, so counterpart dia suggest la dia makan seafood..sebab takde ayam/daging...my boss pun setuju, order la seafood..

Masa yang dinanti tiba, campuran pelbagai seafood di hidangkan..senduk punya senduk seafood ke dalam pinggan dia, tetiba dia ternampak something...jeng..jeng..jeng...kaki katak!!!...hahahahah...my boss (perempuan tau), rasa nak termuntah terus...counterpart dia tak paham la..apsal plak?...semua ni halal, takde ayam/daging/pork...so, terpaksa la my boss explain dengan lebih panjang lebar lagi tentang halal haramnya..

Mylady pernah juga ada pengalaman dengan rakan office..bila di anjurkan department lunch/dinner, kami kena make sure tempat yang dituju tu, benar2 halal. Ada sekali tu, pilihan tempat ialah western food yang diragui kehalalannya..so, mylady pun suruh rakan yang bukan islam tu menukar lokasi...dia tak faham..dia tanya mylady "Mylady (bukan nama sebenar..hehe)...tempat ni halal la...no pork..why u cakap tak halal"..so, mylady terpaksa la menerangkan lebih lanjut tentang benda2 yang haram di makan..(most of them think that, besides pork, lelain tu halal)...bila mylady cerita macam tu, dia hairan..katanya "u ni susah la mylady..si minah (bukan nama sebenar) senang saja..masa pergi China hari tu, as long as bukan pork, dia makan saja"..erkk.. mylady rasa, ini agaknya antara sebab2 utama kenapa non-muslim susah nak memahami bab halal/haram sebab based on pemerhatian mereka, ada yang ok jek leh makan..so, orang2 macam mylady ni, diaorang kata orang yang banyak songeh le agaknya...

Meowww....

Assalamualaikum rakan-rakan bloggers semua..

Haaa..mengiau plak mylady nih...hahahaha...tah naper, tetiba mylady teringat plak pada kucing-kucing mylady yang sekarang dah tak lagi bersama mylady.

Mylady mula membela Tomei pada June 2006..masa tu Tomei baru berusia 4 bulan..Tomei ni Mylady dapat daripada kawan kepada anak sedara..Sayangnya, sebelah mata Tomei ni, macam ada masalah, so kalau mylady ambil gambar, Tomei tak pernah nak buka matanya..memang seronok dengan kehadiran Tomei di rumah..tetambah bulan puasa..waktu sahur bila Mylady bangun sorang2 memasak di dapur, Tomei akan menemani Mylady..
Tomei sedang beristirehat

Tak lama lepas tu, disebabkan kesian kat Tomei yang takdak kawan seperkucingan, mylady dan hubby mencarikan kawan untuk Tomei..jeng..jeng..jeng..Tecik..Tecik ni, masa mula2 beli, memang kecik giler..tapi, nah..amik ko..lama2 lepas tu, besoooo...
 Tecik semasa kecik..

Tecik semasa dah tak kecik lagi..

Bila dah cukup umur, Tomei & Tecik mendapat 5 ekor anak2 bulu yang comel2 belako, tapi, 2 jek yang survive...Mylady namakan Tuah & Teja...hehehe...
 Tuah

 Teja

Sekarang ni, Tomei, Tecik, Tuah & Teja dah tak bersama mylady lagi..semuanya mylady dah bagi kat orang disebabkan mylady & hubby selalu balik rumah lewat malam, kesian pulak kat diaorang. Memandangkan ramai yang meminta untuk membela  sicomel-comel ni, mylady telah memberikan mereka kepada sedara dan kawan mylady dengan harapan mereka akan mendapat kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada apa yang telah mylady berikan. 

Kenapa mylady bemonolog tentang kucing? Sebab mylady tak faham kenapa sesetengah manusia sanggup memukul dan mencederakan kucing yang comel nih. Mereka tak tahu apa-apa..mereka tak dikurniakan akal fikiran, so kita sebagai manusia yang berakal fikiran, sepatutnya dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya.  Mylady tak dapat menahan airmata daripada menitis bila menonton video di bawah ini. Hanya kerana seekor ikan, beginikah hukuman yang patut dia terima? Mylady benar2 respect pada insan yang berhati mulia ini yang sanggup menyelamatkan makhluk Allah yang lemah ini...

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA

Assalamualaikum dan Selamat pagi..

Haaa..apa yang mylady merepek pepagi ni?.Ngigau ke apa ni?..hehhe..sebenarnya, mylady wat entry ni sebab nak join segmen otai blog kita tu..Ben Ashaari..

Kalau korang realize, dah bermacam2 cara kerajaan guna pakai untuk membuatkan orang ramai buang tabiat merokok..naikkan harga?...tak jalan..sekarang ni bersepah2 orang jual rokok murah terutamanya dari kalangan pendatang asing...letak gambar penyakit2 merbahaya yang disebabkan oleh rokok?..memang ada gak mendatangkan ketakutan pada penghisapnya..tapi, tak jalan gak..diaorang keluarkan rokok, letak dalam kotak yang takde gambar yang menyeramkan tu...

Seperti menjadi satu trend pulak kebelakangan ni, ramai kaum wanita yang dah mula merokok tanpa segan silu di khalayak ramai. Seolah2 mereka bangga apabila menghembuskan asap berkepul-kepul ke ruang udara.. ish..heran betul la..apa la yang nak dibanggakan pun, mylady tak faham..apa?..rasa macam minah saleh?..eh..tak payah la nak perasan cam minah saleh sedangkan b****t memang sejak dilahirkan dah berwarna kelabu asap.

Apa kebaikan menghisap rokok ni?..Wah..laju jek dia jawab..."dapat menghilangkang masalah, tension dan yang sewaktu dengannya"..iyo ler..bila dah KO disebabkan rokok, memang le hilang terus masalah dan tension tu..heheh..Dari pengamatan mylady, tiada kebaikannya merokok ni, melainkan keburukan belaka...

1. Membazir duit - harga rokok sekarang, dah mahal gila..kalau yang 20 batang tu, silap2 boleh buat belanja dapur untuk beli seekor ayam. So, kenapa mesti membazir untuk sedut asap yang tak sedap tu

2. Penyakit - macam-macam penyakit yang boleh didapati akibat merokok ni . Antaranya ialah : penyakit jantung, kanser, tekanan darah tingi, jangkitan saluran pernafasan, strok dan lain2 lagi. Penyakit ni bukan kena pada perokok ja, tetapi juga pada ahli keluarga dan orang2 lain yang terhidu asap rokok dari si perokok.

3. Keupayaan mental dan fizikal berkurangan

4. Jikalau seseorang itu kerap merokok, ubat yang digunakan sebagai treatment untuk merawat pesnyakit yang dialaminya menjadi kurang berkesan.

5. Last sekali, yang paling penting - Gigi kuning. Gosoklah pakai colgate total ke, sensodyne ke, darlie ke, warna kuning tu tetap akan menghiasi gigi anda selama-lamanya. :-)

So, kawan-kawan, demi mereka yang tersayang, why don't you say Tak Nak pada rokok?

Monday, May 30, 2011

Segmen - Pasai Apa Boh Nama Blog Lagu Tu? - By MTT

Assalamualaikum..


Haa, mylady sedang bloghopping, terjumpa la blog MTT nih..memula ingatkan, apa la MTT ni..rupa2nya Miss Toink Toink..MTT sedang menganjurkan segmen "kenapa guna nama blog tu"..Memandangkan di awal-awal blog mylady dah ada buat entry pasal kenapa mylady letak nama blog cenggini dalam posting bertajuk "Apa ada pada nama", mylady pun berminat la nak menyertai segmen ni. Berkenan sebab musabab mylady letak nama blog ni, klik sini . Pada Miss Toink Toink yang comel itteeww, terimakasih kerana mewujudkan segmen ini yang dapat menambahkan lagi peluang mengenali para bloggers yang lain....

‘Bir halal’ jadi haram?

Assalamualaikum..

Tengah buat apa rakan-rakan blogger sekalian?..memasak? mandikan anak?..masih di opis?..takpe..sambil2 tu, Mylady nak berdiskusi tentang tajuk diatas apabila mylady membaca catatan GreenAppleku..difahamkan, selepas ujian makmal di buat, didapati bir halal berkenaan, mengandungi 0.5% alkohol..dan minuman ini mudah didapati dengan harga RM3-RM5 sebotol.

Menyentuh hal alkohol ni, mylady pernah terbaca satu forum tentang seseorang bertanyakan hukum memasukkan arak kedalam masakan apabila menonton rancangan seorang chef terkenal di malaysia.  Katanya, dia tahu itu wine, tapi, apabila wine dimasak, kandungan alkoholnya akan hilang akibat evaporate, jadi benda itu tidaklah haram kerana tiada alkohol lagi, yang tinggal hanyalah gula..lalu mylady cuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Jawapan yang mylady dapati daripada salah satu sumber

"Q: When cooking with wine or liquor, does all the alcohol burn off?

A: The answer is no. It’s true that alcohol boils at a much lower temperature than water (173 degrees Fahrenheit compared with 212 degrees Fahrenheit), so in a sauce, for example, the alcohol will begin to evaporate before the water does. But simply heating the alcohol (or any other cooking liquid, for that matter) will not make it all evaporate.


Wine and liquor are often called for in marinades or to deglaze a pan for a sauce. Jim Lapsley, adjunct associate professor in the Department of Viticulture & Enology at the University of California–Davis, says the amount of alcohol left after cooking will depend on three factors: concentration, heat, and time. A recipe using a higher percentage of alcohol heated briefly will retain more alcohol than a recipe using a lower percentage of alcohol heated for a long time. For example, crêpes suzette flambéed with Grand Marnier will retain more alcohol than boeuf bourguignon made with red wine that has been cooked for several hours.


A 2003 study by the USDA’s Nutrient Data Laboratory shows that the amount of alcohol retained in food can range from 5 to 85 percent, depending on the preparation method. For baked or simmered dishes with alcohol mixed in, after 2 1/2 hours of cooking time, 5 percent of the original amount of alcohol is left. But when the alcohol is added to a boiling liquid and then removed from the heat, 85 percent of the alcohol remains."

p/s: Bagi mylady, kalau dah was-was tu, evaporate ka, tak evaporate ka, sumber asalnya memang dah sah-sah haram, so, why don't we avoid it.  

Manusia dan PHDnya...

Assalamualaikum dan selamat petang..

Mylady baru je digemparkan dengan cerita yang berlaku di kampung mertua mylady...di mana para jemaah masjid terkejut apabila gerai cendol di depan masjid berkenaan di simbah cat merah dan kepala babi tergantung di gerai cendol tersebut (erkk..cat merah ke, darah babi?). Mengikut suratkhabar berdasarkan ulasan polis, kes tu bukan kes agama/perkauman, tapi more to kes ugut. Berita lanjut, boleh di dapati di sini.

Mylady akui..memang kedai cendol tu ramai pengunjungnya..berdasarkan cerita hubby mylady, gerai tu dah lama berniaga kat situ, hairannya, kenapa baru sekarang baru ada yang tak puas hati? Pada anggapan mylady, agaknya ada yang tak berpuas hati sebab beranggapan gerainya tak laku disebabkan kewujudan gerai cendol ni?..wallahualam..Bercakap pasal tak puas hati ni, mylady tak tahu kenapa ramai benar orang2 kita yang mempunyai PHD ni. Rezeki untuk setiap umat manusia, di tentukan Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya, hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa semoga dibukakan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan kita dalam mencari rezeki.

Kalau nak ikutkan, kisah PHD ni, bukan wujud baru2 ni..zaman nenek moyang kita dah wujud..entah sampai bila kesudahannya pun, mylady tak tahu. Apa yang membimbangkan, apabila ada sesetengahnya, sanggup menggunakan ilmu hitam hingga boleh membawa kematian semata-mata inginkan hajatnya tercapai tanpa memikirkan apakah balasan yang akan diterima atas perbuatan mereka ini. Adakah antara rakan-rakan blogger mempunyai sebarang pengalaman berkenaan dengan isu ini? Sudi-sudikanlah berkongsi ye...

Friday, May 27, 2011

Facebook Pro & Cons

Assalamualaikum...

Ada sesapa kat sini yang takde facebook? *sila angkat tangan macam saya - kata usop wilcha*..mustahil la kalau sesapa takdak account facebook...pernah ada, tapi dah deactivate tu, tak kira ok..

Disini mylady nak berbicara tentang facebook - kebaikan dan keburukannya..

Contoh 1.
Memula kenal facebook, fuh..indahnya rasa dunia...rasa cam "naper la aku tak join ko dari dulu lagi ek wahai facebook"..sebabnya, mylady rasa seronok dapat trace balik kawan2 lama..especially kawan2 sekolah..excited gila dapat berjumpa balik selepas berbelas tahun berpisah..macam tak cukup mulut dan masa nak bercerita tentang perihal diri masing2 sepanjang masa terpisah tu..ye lah..bak program jejak kasih tu...yang tak syoknya, bila ada kawan2 lama yang contact kita ajak jumpa, kita pun seronok nak gi jumpa "takpe..takpe..aku gi umah mak hang....mak hang dok umah dulu kan?"..uish..ni lagi bagus..tup2  bila sampai rumah "laa..makcik kalau sakit pinggang, elok pakai tilam ni..mak saya, kakak saya, bapak saya, semua beli tilam ni sorang satu..memang la harga dia mahal..tapi, anak makcik boleh la bayar..takkan la depa takmau beli untuk kesihatan mak depa"..erkk..pertemuan yang ada makna lain rupanya..ini yang mylady tak suka...

Contoh 2
Bagi sesetengah orang, ada plak yang cuba mencari jodoh melalui facebook..bercinta dalam facebook, 24 jam la online facebook..i like your status, you like my status..i like your picture, you like my picture, i tagged u, u tagged i, i poke u, u poke i..kiranya apa2 pun, semuanya like belako lah...kadang2 orang tu tersilap...tertekan "." TITIK ja pun, terus like...adoi...tapi, ingat best ke?...ada gak yang tak bestnyaaa....bila dah set masa dan ketika yang sesuai, maka berjumpa lah face to face..."riang hati ku badan bertuah..dapat teman yang comel dan manja-nyanyi ikut lagu Allahyarham Sudirman ye"...seronok giler dah dapat bertemu muka..tup2, masing2 kuorkan handphone, lalu masing pun saling mengupdate status facebook "thank you wak sebab belanja saya makan aiskrim ni...sedap sangat"..."welcome bi..kan dalam facebook you  selalu post kata you suka makan aiskrim ni, sebab tu i belanja u makan aiskrim ni"..tu dok sebelah2 tu..adoi..lama2..dari suka, dah start bosan sebab 90% of the conversation via facebook..lepas tu?..lu pikir la sendiri...

Contoh 3
Bagi yang dah berkahwin pulak..bagus la ada facebook, ada any notes nasihat/ youtube video, youtube ads yang boleh memberi manfaat, boleh la dikongsi bersama..main farmville ke, gangster battle ke, tcastle age ke, tak cukup apa2, leh mintak kat pasangan masing2..memula ja la ok..pastu..."abg..jom la cepat..mak kata nak gerak dari rumah dia kul 12..ni dah 11:45am dah".."jap le yang..abg tak habih bagi gift castle age kat kawan2 abang ni..lepas abis bagi gift, kita gerak"...ada pulak tu, status "menonton Nur Kasih dengan suami di pawagam Odeon"..pastu, bawah tu, suami komen "sejuk la dalam panggung ni yang" ..satgi wife plak komen "tu la..kan saya dah suruh abang pakai baju sejuk tadi"..then, komen tu bersambung-sambung..memula mylady heran..diaorang ni tengok wayang seat jauh2 ke?..takleh ke berbisik2 kat telinga pasangan kita? (bagi yang dah berkahwin ye..yang lom kawin tu, silalah update  facebook..jangan gatal dok nak pi bisik2 kat telinga*..tu lagi mesra kan? kenapa semua harus melalui facebook?..nanti ada le ada orang dok mengutuk "getik aku..nak menunjuk2 la tu..semua post dalam facebook"

Anyway, penggunaan facebook, either kebaikan or keburukan, bergantung kepada individu tu sendiri..macam mana cara dia mengendalikannya dalam kehidupan seharian...tepuk dada, tanya selera..:-)

Habib Jewel Mid Year Sale...

Yehaaaa....

Musti para suri rumah, suri kondo, suri teres, suri apartment, suri banglo, dan segala suri terbeliak mata bila baca tajuk entry mylady kali ni...

Ye...bermula esok, hingga 12 June 2011, Habib Jewel mengadakan jualan pertengahan tahun di semua showroom Habib Jewel di seluruh negara...mylady pun memula tak tahu sebenarnya..tetiba my hubby tanya, nak gi KL tak early June ni?..ehh..apo hal plak nak gi KL ni..angin idak, hujan pun idak, tetiba ajak gi KL..memang heran bin ajaib..."Habib Jewel buat mid year sale..tak mo gi tengok ke kat Habib Ampang Point?"..huhu..mata yang memulanya sepet, terus jadi bulat bersinar2 bak mata sailormoon..hahahah..

For more details, kengkawan boleh klik gambo nih ek...

Korang pernah alami benda ni tak? - PART 2

Assalamualaikum dan selamat tengahari untuk bloggers2 yang sudi melawat ke blog picisan mylady nih. Sorry le hari ni mylady lambat mengupdate blog sebab masuk2 office jek, tengok2 email, banyak benda plak nak kena disettlekan, so mylady cepat2 abiskan kerja so that mylady dapat update blog ni secepat mungkin *ayat tak leh blah kan?..cam la blog dia ni bagus ngat sampai orang tertunggu-tunggu"...hehehe..

Mylady baru jek abis lunch..my ibunda masak gulai bawal tambak + sambal kicap cili padi + ikan peluru goreng + sayur campur...kena plak ikan segar yang dibuat gulai, fuh..memang yummeh!!..

Ish..melalut plak mylady nih..oklah, seperti yang dijanjikan, hari ni mylady sambung kisah makcik Peah dalam Part 2...episode bakal suami...bila dah kerja, umur pun meningkat, makcik peah pun mula la merisik2 my mom "mylady tu tak nak kawin ka?..takyah la memilih ngat..kerja yang biasa2 pun udah lah"..amboi makcik peah...tak sedor ke?..jodoh pertemuan tu di tangan tuhan...masa tu mylady dah couple ngan hubby pun..cuma kitaorang tak kecoh cam makcik Peah.. masa tu hubby dah ke korea further study...a year after that, balik bercuti, kitaorang bertunang. Makcik Peah jadi cam cacing kepanasan bila tau tunang mylady oversea student which previously work satu dept kat kilang mylady..makcik Peah macam tak puas hati..hari bertunang, makcik peah mengendeng tepi mylady..."dah pernah jumpa bakal mertua?".."tak pernah..mak kata tak elok pergi umah sebelum kawin"..jawab mylady..."ish..ish..ish...nih...anak sedara makcik peah...gebus cam mylady la..tak pernah jumpa mak mertua..mai2 hari bertunang, mak mertua tengok bakal menantu dia gebus, terus dia takmau terima..tak jadi tunang "..."iyerr makcik peah???..ish..ish..ish..ciannn kat anak sedara makcik peah ek dapat orang camtu..belah tunang mylady ni orang baik2..insyaAllah diaorang boleh terima mylady seadanya"..ha...torsongap makcik Peah..

Bila dah kawin pun, kisah makcik Peah tak habis di situ..ada2 saja benda tak betul yang diada2kan...contoh satu lagi ayat kantoi makcik Peah :-
"menantu makcik Peah balik mai naik bas..tak naik kereta..sebab dia bukan pakai kereta buatan malaysia..kereta import tu...tol lagi mahallll..sebab tu makcik peah kata kat dia, jgn membazir,.naik bas sudah"...gulppp...terkedu mylady dengor statement makcik peah...

Kisah makcik Peah tak habis disitu saja..kesiannya makcik Peah ni, anak dia yang berkawan dengan mylady, bukan macam mak dia..so,apa2 yang makcik Peah tipu, semua mylady tahu sebab bila bersembang ngan anak dia, macam2 anak dia ceritakan...tapi,kitaorang diamkan jek..cuma gelak dalam hati je la...ikut suka makcik peah la..yang penting, makcik peah bahagia..hehehe..

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


Huh..rezeki mylady agaknya...balik2 dari tengok Pirates of the Carribean, llgi 20 minutes pukul 12, dok berblog hopping, comes through Ben's blog...huh..dia buat segmen serbu blog baru...uishhh..ini peluang baik ni..semalam Sunah wat segmen...hari ni si otai blog Ben plak wat segmen...mekasih bebanyak pada siapa2 yang sudi singgah di blog mylady yang tak seberapa ni...thanks ek!!..

Korang pernah alami benda ni tak? - PART 1

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Pagi-pagi ni, mylady terpikir nak berceloteh tentang pengalaman mylady terutamanya tentang jiran-jiran yang kepoh ya amat...

Pengalaman mylady, bermula lama dah..tapi, masa kecik2 dulu, mylady tak amik kisah...*kecik2 tu maksudnya belum abis belajar..hehehe*..bila dah keje, memula dapat keje gomen..tapi disebabkan masa tu arwah ayah dah kena cancer, and selalu kena ulang alik wat kemo, mylady try cari kerja dekat2 rumah..alhamdulillah..dapat keje yang bebetul dekat ngan umah...kebetulan, masa mylady baru keje kat tempat baru, mak & arwah ayah baru balik dari mekah, so kitaorang buat la kenduri doa selamat..masa kenduri ni, dah terdengar dah kata2 yang tak best untuk di dengar "laaa...dah elok2 keje pegawai kat uum tu, naper plak masuk keje kilang?" ..mentality diaorang2 ni, kilang ada operator jek gamaknya..sebab tu la terkejut apsal mylady masuk keje kilang plak..*mesti diaorang pikir mylady kena buang keje..hehehe*

Tak abis disitu..tanya plak pasal gaji..mylady tak bagitau la berapa gaji kerja kilang ni..so, makcik tu pun buat la statement..."Nasib baik la anak makcik peah dapat kerja Penolong Pegawai Tadbir..gaji dekat rm4000"..mylady senyum ja..malas nak kata apa...macam la mylady tak pernah keje gomen...fresh graduate gaji dekat rm4000?..aduh la makcik peahhhh...jangan la nak kelentong...kena pulak masa tu, mylady tengah isi borang income tax..sambil guna laptop..makcik peah buat statement tak hengat "tu komputer gak ka mylady?"..."a'ah makcik peah oiii"..."tu la..anak makcik beli yang besaq punya..susah..tak boleh bawak pi mana2..kalau tau, suruh dia beli yang kecik..mesti harga dia lagi murah sebab dia lagi kecik"..hampir nak tersembur air yang mylady tengah minum waktu tu..hehehe...then makcik peah menyibuk la nak tau mylady tengah buat apa..mylady jawab le "tengah isi borang income tax...anak makcik peah dah isi ka?"...makcik peah dengan lancarnya menjawab "uishh..income tax apa lagi..epf pun dah kena potong banyak..sampai seratus lebih tiap2 bulan"..time ni, mylady dah nak pecah perut...gaji dekat rm4000, epf potong 100++..aduh la makcik peah..balik la umah..gi belajar lagi apa2 yang patut sebelum dok mai kelentong kat mylady..sudah2lah makcik peah oiii...hehehehe..nantikan kesinambungan cerita makcik peah dalam episode..jeng..jeng..jeng..."BAKAL SUAMI"

Wednesday, May 25, 2011

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Assalamualaikum,

Sedang saya asyik membaca coretan diblog GreenAppleku, saya comes through her posting on "Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?"..ingatkan diaorang nih tengah dok berlawan header sapa paling cun le..*ye..saya ngaku..saya jeles tengok header GreenAppleku yang cute banget*..kemudian, saya pun berblog hopping ke blog Sunah...ohhh..rupa2nya bukan berlawan..tapi, Sunah ada wat contest with a special entry bertajuk seperti diatas...sapa2 yang nak join *macam saya nih*, boleh la ikut syarat yang ditetapkan..saya tahu header saya tak cun/lebam/lemau...tapi, saya nak join gak...muhahaha..ada aku kesah???

Balik kampung...oh..oh..oh balik kampung..

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sila baca tajuk diatas dalam nada lagu Balik Kampung nyanyian Arwah Sudirman Hj Arsyad ye..baru feel tu ada...hehehehe...

Ok..sebenonya, mylady baru balik dari kampung arwah nenek kat Perak nuh...ok..ok...mylady bukan orang Perak...arwah nenek/atok gak bukan orang Perak..memang Penang pure mai..but my late grandpa decided to buy a piece of land in Sitiawan and stay there after his retirement. Memang bersyukur betul la arwah atok buat keputusan untuk berpindah ke Perak..kenapa?..sebabnya, masa mylady study dulu, dapat ITM Sri Manjung...kitaorang hanya dibenarkan balik umah setiap 2 minggu..tapi, mylady boleh dikatakan hampir tiap2 minggu balik..maklumlah..rumah arwah nenek dari ITM tu, tak sampai 5 minit pun..hehehe..

Satu lagi yang mylady suka ialah suasana kampung disana...sunyi..aman...jalan memang tak jem langsung la...pastu, kalau kitaorang balik ke Perak, memang tak sah kalau tak bawa icebox dan pergi ke kunci air di kampung arwah nenek - Kampung Pasir Panjang Laut...sebabnya??..sila tengok gambar-gambar di bawah untuk post mortem ek...

inilah kunci air yang menjadi port wajib untuk dikunjungi bila balik kampung...


haaa..ramai kan manusia berkerumun di situ?..sebabnya?...

di kunci air inilah tempat nelayan-nelayan pulang membawa hasil tangkapan..ikan segar, ketam hidup2..harga??...memang murah!!!..

haaa..tengok tu..inilah hasil tangkapan dari ramai nelayan yang meletakkan hasil tangkapan mereka untuk di jual...

gambar yang ke-3 dari atas tu, ramai orang berkerumun sebab masing-masing nak beli ketam..termasuklah mylady..luckily my maktam dah booked semua ketam Grade A...hahahah..*ketawa besar*...tapi, kitaorang still tunggu sebab my father in law pun pesan gak ketam grade A...but unfortunately..sampai the next day kitaorang berulang alik, still takdak gak ketam dari nelayan...since ada balance lagi ketam yang my maktam booked for my mom, kitaorang bagi sikit kat my father in law..sorry ye bapak..

Apa2 pun, inilah menu kitaorang untuk tenghari tu...ketam rimau rebus, ketam bunga masak cili, kerang rebus, pari bakar, sayur & air asam...yummeh!!!!..

Sunday, May 22, 2011

To forgive and forget?

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Heehehe,,,mesti korang hairan naper la pagi2 lagi mylady dah bermonolog..bukan apa..kekadang terpikir...ada orang yang bertelagah sekian lama, sanggup tidak bertegur sapa kerana merasakan dirinya betul...Kadang2 mylady rasa hairan..disebabkan benda yang kecil, korang sanggup hilang sahabat?..Ermm..entahlah..mylady tak faham..kadang2 mylady rasakan, bukan orang2 yang bertelagah tu yang bermasalah untuk berbaik, tetapi, lebih kepada pihak ketiga yang menghasut...wallahualam...

Bagi mylady, why don't you forgive and forget - this applied to perselisihan faham kecik la ye, bukan yang melibatkan maruah diri atau yang sewaktu dengannya. Actually, orang yang meminta maaf tu, bukan bermakna dia salah, bukan bermakna dia takut or mengaku kalah to the other party, tapi, orang yang memaafkan ni, adalah lebih mulia dari orang yang dimaafkan...kenapa?..sebab itu menunjukkan dia matured, berpikiran rasional dan juga tidak suka memanjang2kan perkara2 yang remeh...come on...banyak lagi hal penting yang nak dipikirkan....yang pihak ke 3 tu pulak, tak usah lah menambahkan garam pada luka yang berdarah, end up things will get worst...kadang2 masalah yang sekecil kuman, dibesar2kan jadi la sebesar dinasour,...bila dah jadi sebesar dinasour, masing2 dah malu2 alah pulak nak meminta maaf...

*Tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang meminta...
*Orang yang memaafkan kesalahan orang lain, adalah lebih mulia daripada yang diberi kemaafaan..

Renung-renungkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi