Assalamualaikum dan selamat petang kepada rakan-rakan blogger..
Ha..ni mylady nak bercerita tentang seafood..kebanyakan dari kita yang melancong ke luar negara, mengambil jalan selamat dengan mengelakkan memakan ayam/daging kerana amat sukar mendapatkan ayam/daging halal di negara2 yang tertentu.
Ini cerita boss mylady..dia ke Shanghai pada bulan puasa tahun lepas. To be safe, dia just order makan dekat hotel yang didiaminya..Memula, dia plan nak order salad jek, tapi nak berbuka, takkan la makan salad jek, so counterpart dia suggest la dia makan seafood..sebab takde ayam/daging...my boss pun setuju, order la seafood..
Masa yang dinanti tiba, campuran pelbagai seafood di hidangkan..senduk punya senduk seafood ke dalam pinggan dia, tetiba dia ternampak something...jeng..jeng..jeng...kaki katak!!!...hahahahah...my boss (perempuan tau), rasa nak termuntah terus...counterpart dia tak paham la..apsal plak?...semua ni halal, takde ayam/daging/pork...so, terpaksa la my boss explain dengan lebih panjang lebar lagi tentang halal haramnya..
Mylady pernah juga ada pengalaman dengan rakan office..bila di anjurkan department lunch/dinner, kami kena make sure tempat yang dituju tu, benar2 halal. Ada sekali tu, pilihan tempat ialah western food yang diragui kehalalannya..so, mylady pun suruh rakan yang bukan islam tu menukar lokasi...dia tak faham..dia tanya mylady "Mylady (bukan nama sebenar..hehe)...tempat ni halal la...no pork..why u cakap tak halal"..so, mylady terpaksa la menerangkan lebih lanjut tentang benda2 yang haram di makan..(most of them think that, besides pork, lelain tu halal)...bila mylady cerita macam tu, dia hairan..katanya "u ni susah la mylady..si minah (bukan nama sebenar) senang saja..masa pergi China hari tu, as long as bukan pork, dia makan saja"..erkk.. mylady rasa, ini agaknya antara sebab2 utama kenapa non-muslim susah nak memahami bab halal/haram sebab based on pemerhatian mereka, ada yang ok jek leh makan..so, orang2 macam mylady ni, diaorang kata orang yang banyak songeh le agaknya...
1 comments:
bila makanan halal dan haram tak di ambil kisah..tu la yang buta hati dan perasan susah nak menerima ajaran orang...
Post a Comment