G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Friday, May 20, 2011

Have you ever heard of Pulau Aman?

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Cewaahhh..tajuk kan main bahasa omputih ye...di tengahari Jumaat yang mulia ini, saya nak berceloteh sket tentang Pulau Aman...ye..Pulau Aman terletak di Pulau Pinang...cara nak kesana?..drive ke Jeti Batu Kawan, ambil bot yang masa perjalanannya tak sampai 10 minit, maka anda akan sampai ke Pulau Aman.

Emak saya berasal dari Pulau Aman...sebuah pulau kecil yang semua penduduknya Melayu..tiada jalan raya di Pulau Aman...pulau tu bukan besar macam Pulau Langkawi atau Pulau Pinang yang memerlukan kereta...Pulau Aman ni kecik je...boleh naik motorsikal or basikal untuk mengelilingi pulau...

Teringat masa kecik2 dulu, memang seronok kalau arwah atok bawa saya ke Pulau Aman...masa tu kitaorang tinggal di Gelugor, so, sekali sekala arwah atok akan bawa saya balik ke Pulau Aman...kenapa saya seronok balik Pulau Aman?..sebab masa tu, banyak sangat kambing...so, saya yang belum bersekolah lagi masa tu, akan memetik daun sukun untuk di suap pada kambing...memang seronok gila la time tu..hahaha..

Bercakap pasal pokok sukun, buah sukun di Pulau Aman, rasanya lebih sedap dan lemak berbanding buah2 sukun di sini...mungkin disebabkan Pulau Aman di kelilingi laut, menyebabkan rasa lemak buah sukunnya lebih sedap.

Satu lagi keistimewaan Pulau Aman ialah Telaga Emasnya...ya...jangan mimpi le nak pi Pulau Aman semata-mata nak korek emas dalam telaga ni ye...mengikut kisah emak saya, dulu2 ada seorang hamba Allah ni yang amat miskin..satu malam, dia bermimpi yang dalam telaga tu ada emas...keesokan harinya, dia pun pergi ke telaga tu, dan memang betul, ada emas...bila penjajah dapat tahu, penjajah pun berkehendakan emas tu..tapi, bila mereka sampai di telaga tu, semua emas2 tu dah bertukar menjadi batu2 biasa ja..wallahualam..

Sekarang ni, Pulau Aman sudah mula dikenali ramai dengan mee udangnya yang hanya berharga RM6 sepinggan...so, pada siapa2 yang berhajat nak makan mee udang murah dengan tambang bot yang murah (mylady lupa..samada round trip rm3 or rm6 untuk tambang bot), silalah ke Pulau Aman untuk menjamu selera, memancing (chalet juga disediakan) sambil menikmati pemandangan di Pulau Aman.

 inilah pemandangan parking kereta di jeti batu kawan pada setiap hujung minggu

yeahhh...restorang terapung mee udang di Pulau Aman..

pemandangan dari Restoran Terapung..

tempat memancing di Pulau Aman

Udang ketak/Udang Lipan/ Prawn Mantis...hidup2 di jual berdekatan Restoran Terapung...beli dan suruh orang restoran tu rebus..memang manis di cicah sos cili thai...memang sedap!!

Mr Hubby's dengan mee udangnya...:-)

and this is mine...Kuey Teow kuah udang...yummeh!!..

So, pada siapa2 yang takde plan untuk musim cuti sekolah ni, boleh la bercuti di Pulau Aman..bawa anak2 mandi laut, cari siput, chalet yang disediakan pun agak murah dalam lingkungan harga RM60~RM200

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi