Ha apa menu korang untuk hari ni? Hari ni mylady nak kongsi nasi ayam resepi dari kawan mylady. Kalau menu nasi ayam, memang confirm laku punya, sebab budak2 pun suka makan nasi ayam..Jom terjah resepi yang senang banget nih...
Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat :-
10 biji bwg merah
5 biji bwg putih
1 inci halia
10 biji lada hitam (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
1 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang (just patahkan dari sekuntum bunga lawang tu tau!)
1 kulit kayu manis
kicap
madu/gula
garam
Bahagi bahan2 yang ditumbuk di atas kepada 2 bahagian, satu bahagian, lumur pada ayam, dan perap sekurang2nya 30 minit (mylady suka perap semalaman..baru le rasa dia meresap sampai kedalam isi ayam). Ayam bolehlah digoreng atau dibakar...up to your liking..
Untuk Sup (buat sup lebih sikit untuk masak nasi ayam) :-
Bahan2 tumbuk diatas
Air
1 sup bunjut
1 kiub ayam knorr
Tulang ayam
Garam secukup rasa
Daun sup/daun bawang/bawang goreng (untuk ditabur sebelum dihidangkan)
Cara2nya..
Panaskan minyak, masukkan bahan yang ditumbuk tu, tunggu sampai naik bau, masukkan air..
Then, masukkan 1 kiub ayam knorr, tulang ayam, 1 sup bunjut.
Tunggu sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Bila rasa dah ok, leh tutup api..
Untuk Nasi
Beras
Sup diatas
1/2 kiub ayam knorr (kalau taknak boh pun takpa)
kunyit
Cara2nya:-
Basuh beras, instead of masak dengan air macam biasa, gantikan air tu dengan sup diatas..sukatan untuk sup, sama cam sukatan air untuk masak nasi, Masukkan kiub ayam knorr, kunyit sedikit untuk bagi nasi tu warna kuning lembut bila dah masak. Masak dalam rice cooker senang..tekan, bila dah nak kering air, kacau/gembur sket nasi tu bagi sekata..then, lepas nasi dah masak, bolehlah dihidangkan.
Untuk sambal cili
Cili merah
tomato
bawang putih
* mesin halus bahan di atas.
Masak bahan kisar diatas, masukkan gula & garam secukup rasa...tunggu sampai cili masak, then leh tutup api..siap...
Untuk kicap
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sup diatas
kicap
Cara2nya
Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk lumat sampai naik bau, masukkan sup dan kicap, biar sampai mendidih, rasa..dah sedap, leh tutup api..:-)
Inilah hasilnya...:-)
sebelum dicurah sos & kicap
selepas dicurah sos & kicap
SELAMAT MENCUBA!!..
0 comments:
Post a Comment