G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, December 27, 2011

Awak Suka Saya Tak?

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat bloggers..

Dah dinner ke belum?..Mylady belum lagi..hari ni lunch agak lewat...Pukul 5pm...so still kenyang lagi...ye lah..mana taknya..pagi2 dah gi ke KPJ for check up..Sampai agak lewat hari ni..around 9.30am...then, at 9:35am, my gynaecologist Dr Ramesh P.Mala Perumal arrived. Yes..Dr Ramesh is a nice doctor. Soft spoken, gentle..and a kind person too. Tunggu jap, at around 9:50am jumpa doktor..Doktor buka balutan untuk jahitan di pusat..so, takyah balut dah, still continue on antibiotic and doktor bagi ubat sapu...next appointment is this Saturday.

Lepas tu, dear hubby ajak bekpes...first mylady ingat nak bekpes kat KPJ cafe jek..tapi dear hubby ajak gi Jusco...tahu tak dia ajak bekpes apa?..Nasi Bukhari..hahahaha...jangan memain ek...heavy bekpes...dear hubby letak ayam masak merah + rendang daging lagik...fuh..kenyang giler!!

Then, ingatkan nak balik terus..tapi, teringat nak singgah bookstore jap..ye lah..boring2 dok rumah leh gak baca novel kan?..lagipun mylady go through Che Mat Gebu posting about Melur Jelita new novel "Awak Suka Saya Tak?"..Dari segi recommendation by CMG, mylady pun rasa tertarik gak...from other bloggers feedback, seems like it's hard to get this novel...cam goreng pisang panas...siap ada stock yang baru sampai pun dah sold out..hehehe..

So, mylady just try my luck...pusing2 dalam popular tu, memang takdak...letih gak mencari...then mylady teringat nak tengok dekat display rack for the new arrival novel...tengok2, eh2...ada la...amik jek buku tu, belakang rak tu tulis "Temporary out of stock"...hahahaha,...lucky me!!!!...Rasa seronok giler...terus wat posting nih..sampaikan dear hubby kata "aikk..baca belum..tapi dah buat posting"..hehehe...tapi, from petikan2 dari buku ni yang di sharekan oleh rakan2 bloggers lain, memang mylady rasa buku ni memang menarik...i'll definitely start reading it asap!!..Bak kata CMG, tenteramkan fikiran, cari sudut yang selesa, baru mulakan membaca..then only you can feel it...

So, pada rakan2 bloggers lain, leh la support rakan blogger kita si Melur Jelita ni ek...harga novel ni is RM35.. tapi mylady beli at RM28...yes..20% off for Popular member. So, tunggu apa lagi.dapatkan di pasaran sementara stok masih ada..*ceh..wat promosi nampak...heehehe*...AWAK SUKA SAYA TAK??


Monday, December 26, 2011

Berpantang...

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Ermm...mylady ni dapat MC sebulan starting daripada hari mylady jalani laporoscopy. MC sebulan memang lama kan?...tapi, bukannya MC biasa yang kita leh kuor jalan2 if badan rasa dah agak sihat...MC sebulan ni, mylady kena berpantang...yes..my mom and MIL cakap eventhough bukan bersalin, mylady still kena berpantang..huhuhuhu...dan orang tua2 ni, memang strict dalam berpantang...jangan banyak duduk...kena baring..jangan banyak jalan...mandi/lap badan on time..tambah2 bab makan minum ni...memang le strict betul..tapi, mylady tahu, tu semua untuk kebaikan...so, ikut jek la...lagipun sebulan jek (jekkk???..seminggu pun dah rasa lama gila nih..hehehe)

So, selama sebulan ni, rasanya mylady tak dapat la nak berkongsi resepi masakan ye..hati ni teruja giler tengok resepi2 baru yang dikongsi oleh sahabat bloggers...rasa cam nak try jek..ye lah..bosan dok rumah kan..tapi, my mom memang tak bagi buat apa pun..lagipun, kang dah try resepi baru yang sedap..ishh..kan tak leh tahan godaan plak kan?..so, mylady terpaksa la gantung kuali semua tu dulu eh..

Citer pasal berpantang ni, masa hari mylady kuor hospital tu, dear hubby terus call bagitau my mom and MIL...tak berapa lama lepas tu, terus FIL called dear hubby...dia tanya whether nak tak kalau dia belikan ikan haruan...haruann???..errkk...memang mylady tau khasiat ikan haruan ni, tapi masih terbayang2 masa kecik2 dulu ikut mak mylady gi market, tengok camner orang siang ikan haruan tu, even dah kena potong still hidup..erkkk...memang mylady tak makan lerr...mak mylady pun sama..pernah dia masakkan sup ikan haruan untuk orang dalam pantang, dan kesudahannya, seminggu my mom tak makan nasi sebab terbayang2 kepala ikan haruan tu..hehehehe..cian mak...so, mylady kata kat dear hubby, takyah ler..tekak mylady takleh nak terima ikan haruan ni..

gambar ihsan Mr Google..
ye...mylady sama la ngan mak mylady,,takleh tengok kepala ikan haruan..hehehe..

Sampai2 jek rumah, mylady dihujani dengan panggilan telefon..then, one of my auntie call..mylady citer le mylady tak nak makan haruan...my auntie nasihatkan suruh makan..kalau tak lalu masak sup, wat goreng garing, makan ngan nasi panas2...my auntie cakap memang elok makan haruan untuk orang yang kena operate..and my dear hubby plak, masa kat hospital, bawak 5 botol air gamat untuk mylady minum..huhuhhuu..terkejut mylady tengok..patutnya sekali minum 1 sudu besar...dear hubby cakap, banyak air gamat kat rumah..minum jek 1 botol sehari...uwaaaa...i tak rela youuu...So, akhirnya mylady pun suruh dear hubby called FIL..setuju nak makan ikan haruan..and minta FIL tolong siangkan...buang kepala, buang ekor and kerat badan ikan tu kecik2..hehehehe...MIL plak bagitau my mom, suruh perap ikan haruan tu dengan bawang putih + halia tumbuk, then garing...ermmm..memang sedap betul!!!...isi ikan haruan tu manis..digoreng garing plak tu...fuhhh..since then, tiap2 hari le mylady makan 2 ketul ikan haruan with 1 sudu besar air gamat - 2 kali sehari..hopefully cepat la recover sebab last Saturday visit to KPJ, tebukan kiri dan kanan dah ok...cuma tengah jek ada infection sket..ye lah..masa tu kat spital..tinggal plak ngan dear hubby..belasah jek makan suka2 hati..dah balik rumah baru tau macam2 benda yang gatal tak leh makan sebenarnya..hopefully esok jumpa doktor, the wound get better la kan...ni dah seminggu tak mandi ni...dear hubby asyik kena tolong lapkan badan..sib baik dear hubby amik cuti the whole week this week..daripada tak pandai syampu rambut cam kat saloon, rasa2nya sekarang ni dear hubby dah boleh buka saloon..hehehe..

So far, menu mylady dalam pantang ni, ayam masak halia, ikan masak asam, ikan haruan goreng, kari ikan, nasi remuni dengan sambal tumis ikan...sayur memang takleh makan langsung except for sawi..and buah plak, only oranges sebab ramai kata it's good to heal the wound..apa lagi menu dalam pantang yang kita leh makan ek?..another 3 weeks to go...huhuhu...kalau ulang menu yang sama for 1 month..rasanya lepas pantang ni, tak pandang dah masakan kat atas nih..hehehehe..

Sunday, December 25, 2011

My 7 Wonderful Years.....

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers...

First of all, mylady menyusun 10 jari memohon maaf sebab lama tak update blog ni. Well..macam2 benda yang jadi yang kadang kala membuatkan mylady hampir mengucapkan selamat tinggal pada blog ni...tapi, mylady sayangkan blog ni sebab di sinilah mylady boleh berkongsi resepi dengan rakan2...berkongsi suka dan duka dan segala2nya disini...

Haaa...hari ni genap 7 tahun mylady melayari bahtera perkahwinan...penuh dengan suka dan duka..tapi mylady tak pernah menyesal kerana suka dan duka inilah yang menjadi memori manis dalam ingatan mylady dan juga yang mengubah mylady and dear hubby menjadi manusia yang lebih baik daripada hari sebelumnya...Alhamdulillah dan syukur kerana Allah telah menemukan mylady dengan insan yang menjadi teman suka duka, ketawa menangis, susah senang bersama...

Selama 7 tahun ini juga mylady menanti dan berdoa dengan penuh harapan...agar mylady dan dear hubby dikurniakan zuriat untuk menambahkan seri rumahtangga kami...walaupun kami telah berbincang dari hati ke hati yang segalanya diserahkan kepada Allah S.W.T...jikalau ada rezeki, kami bersyukur, jikalau ditakdirkan kami hanya berdua sehingga ke akhir usia, kami redha...kerana yang pasti kami tidak boleh hidup tanpa satu sama lain...dan inilah yang terjadi pada tanggal 6 December 2011...

Segalanya bermula apabila mylady mula terasa perubahan pada diri mylady bermula dari 3 December 2011...tapi mylady tolak jauh2 harapan mylady sebab period mylady baru habis pada tanggal 26 November 2011...kemudian, pada tanggal 6 December, mylady bleeding sikit..so, mylady ambil half day sebab mylady dah rasa tak sedap hati...dear hubby tak tahu lagi pasal ni..tapi dia pun amik half day sebab mylady cakap mylady tak sihat...balik je, mylady suruh dear hubby singgah Watson..dengan alasan pencuci muka mylady dah habis...so, mylady beli 2 pregnancy test kit..just to be prepare la...balik rumah, mylady terus test tanpa sebarang harapan...tapi, tangan mylady menggigil bila tengok cepat jek line ke 2 tu muncul...cepat2 mylady masuk bilik dan ambil 1 lagi pregnancy test kit..dan sekali lagi result yang sama..air mata mylady menitis...tak dapat digambarkan betapa bersyukurnya mylady dengan rahmat dariNya...dear hubby cepat2 ke bilik air bila dia realize mylady tergesa2 keluar masuk bilik air...dia tak faham bila mylady tunjukkan result dengan 2 line tu..bila mylady bagitau yang 2 line tu menunjukkan positive pregnant, dear hubby terus ajak ke klinik berdekatan...

Sampai jek klinik, doktor buat urine test, positive pregnant..but bila ultrasound, tak nampak apa...bila mylady cerita yang mylady bleeding and my last period was just a few days ago, doktor kata, maybe ini threaten miscarriage and mylady dijangkakan dah mengandung 6 minggu..Ya Allah...mylady dah sedih sangat...ye lah..4 hari sebelum tu mylady gi kenduri, mylady makan kerabu timun nenas..doktor bagi ubat kuatkan rahim (duphaston) dan folic acid...doktor suruh banyakkan rehat dan jumpa dia semula after 2 weeks..bila bagitau jek dear hubby, dia happy sesangat...mylady dilarang memasak..and hanya dibenarkan minum air mineral jek...and he keep saying.."abang akan jaga ayang ngan baby kita baik2.."...ishhh...sedih gila mylady rasa...tapi rasa i'm the most happy and lucky woman on earth!! So we just bagitau the good news to both parents in law and my mom...both side happy giler...everyday, either my mom or my MIL will call us after works..suruh gi makan kat rumah..takyah masak...hehehe...

Lepas2 makan ubat, on that day, bleeding dah takde...syukur Alhamdulillah...so, mylady gi keje macam biasa..but on the 8th ada issue in production floor..naik turun tangga and so on...sampai jek cube, gi toilet...ada bleeding lagi...mylady rasa sedih balik...bagitau dear hubby and dear hubby cepat2 call kawan dia yang wife dia pernah miscarriage..kawan dia cakap, kena betul2 jaga...even naik turun tangga pun tak boleh...and the next day pulak, mylady ada company dinner for my 10 years services..lepas discuss ngan dear hubby, mylady ambil keputusan tak pergi dinner tu..sebab mylady tak sanggup ambil risiko if apa2 terjadi pada kandungan mylady...so, i told my colleague..dia terkejut..why suddenly i changed my mind...mylady buka je mulut nak bercerita, terus mylady nangis..and she's so understanding...she comfort me and suruh mylady cepat2 jumpa gynae untuk make sure everything is fine..starting from that day mylady dah tak naik turun tangga..semuanya pakai lif jek...dear hubby pun hantar sampai depan pintu..takyah jalan jauh2 all the way from parking lot...since then the bleeding stop..tapi malam2 mylady tak lena tido..bila terjaga malam mylady lakukan solat hajat dan sujud syukur dan berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan mylady dan suami dikurniakan zuriat yang soleh/solehah...mylady juga mula surf on pregnancy info...mylady mula risau sebab at least by 6 weeks pregnancy, sepatutnya dah nampak sac dalam rahim...dear hubby banyak comfort mylady..dia cakap..takpe..nanti kita jumpa gynae...even if it's something wrong, it's okay..we can always keep trying...mylady ni memang tak kisah bab2 trying ni...tapi, since it's hard for me to get pregnant, i really hope this one menjadi..

On the 13th December, kami ke KPJ jumpa gynae...bila bagitau gynae, dia ultrasound, and memang tak nampak apa...gynae said, mungkin false pregnancy...sebab dia kata urine test memang ada kebarangkalian bagi false result...arghhh..hampanya mylady rasa...so, doktor suruh amik blood untuk check my hcg level and esoknya suruh mylady call him...esoknya mylady call the doctor, and the doctor said, blood test result shows that my hcg level is >10000 which is about 5-6 weeks pregnant..so, mylady tanya doktor..but why we cannot see anything from the ultrasound..the doctor said..."i'm afraid it's ectopic pregnancy"..Ya Allah..luruh jantung mylady...doktor suruh gi jumpa dia on the 16th....so, mylady and dear hubby amik cuti on the 16th and pergi jumpa doktor...again the doctor buat ultrasound...still nothing...then the doctor perform transvaginal ultrasound. Doctor see something...and it's in my fallopian tube...confirm ectopic pregnancy...sedihnya mylady rasa bila dengar berita yang paling mylady tak nak dengar nih..dear hubby tanya doktor..if kena operate, bila nak operate...doktor kata by today..then dear hubby tanya...takleh ke ubah so that the kandungan be in the right place?...ye..mylady tahu, dear hubby pun mengharap..doktor senyum and explain that it cannot be done...mylady minta tangguh to next Monday sebab on the same day, my biras kena c-section..so for sure my in laws letih ke hulu ke hilir. sebenarnya .mylady berharap ngat by postpone the operation, the kandungan will move to the right place..huhuhu....doktor kata, as a profesional, dia akan buat hari ni..sebab ectopic pregnancy ni bukan jek bahaya pada kandungan..tapi, kalau pecah  boleh membawa maut kepada ibu..so, dear hubby setuju for the doctor to proceed with the operation..doctor pun explain the procedure which is called laparoscopy..3 tebukan kecil di kiri, kanan dan tepi pusat...tebukan di pusat untuk dimasukkan camera...so mylady cakap kat doktor "u will make sure it's ectopic and then only u'll proceed to remove it right doctor?"..doctor cakap "yes"..then the doctor explain lagi...if kandungan tu kecil lagi, fallopian tube tu masih boleh diselamatkan...tapi, banyak kes yang bila mengandung, jadi lagi kandungan luar rahim sebab dia akan terlekat di bekas yang dipotong dulu...so mylady and dear hubby serahkan segalanya to the doctor expertise...mylady terus kena admit...telefon mak...mylady nangis..then my sister, my aunty semua call..semua give me support...tapi mylady still sedih...tapi mylady harus redha...mungkin ini ujian Allah pada mylady so that mylady akan lebih dekat padaNya..dan mungkin ada hikmah disebaliknya...

Masuk2 je wad, mylady dah kena tagged..huhuhu..takleh nak lari dah...operation dijangkakan start at 3pm...dear hubby dok buat lawak la..since dia tahu mylady sedih and sedikit kecut...at 2pm, mak & makngah mylady sampai...at almost 3pm, mak & bapa mertua with kakak ipar sampai..elok2 diaorang sampai, nurse pun sampai la nak amik mylady bawak ke Operation Theatre..mak mylady terus nangis..mylady yang tengah tahan sedih pun apa lagi..terus nangis la..mylady cakap "mak jangan la nangis...nanti mylady *bukan nama sebenar* lagi sedih..mak, makngah and dear hubby iring mylady sampai ke OT..dear hubby plak tak abis2 amik gambar and video recording mylady sampai masuk ke OT.(only after the operation baru dear hubby bagitau..he keep snapping picture of me and video recording just to hide his sadness..so that mylady tak sedih..huhuhuhu)..mylady ni berdebar toksah cakap la..sedih lagi...at almost 4pm, doktor bius masuk..suruh mylady sedut oksigen dalam2,,and then...mylady terus tak sedar...tup2 jek dengan doktor bius punya suara "puan..bangun puan...semua dah selesai".....then bila mylady dah stabil, nurse bagitau doktor terpaksa buang tiub fallopian kanan mylady sebab the kandungan actually dah besar..about 8 weeks dan dah start to bleed..mylady sedih..tapi luckily my dear hubby sentiasa ada untuk mententeramkan mylady...so, selama 3 hari dear hubby berkampung di KPJ temankan mylady..jaga mylady..lapkan badan mylady dan bantu mylady...
 cian my dear hubby kesejukan dan terpaksa berkampung selama 3 hari dengan mylady..thanks a lot my dear..you really gave me strength to go through all this..

sakitnya tangan gebu mylady dicucuk2...after operation, masuk drip 4 botol...huhuhu..berpuasa starting from 10am on the 16th till 1pm on the 17th...

Mylady tahu, ramai yang cakap tak suka morning sickness bila mengandung..tapi bagi mylady yang susah nak dapat pengalaman macam ni, that's the most wonderful experience...tapi mylady hanya rasa loya for several days and only start muntah a day before the procedure...tapi, Alhamdulillah..Allah gave me a chance to feel it...and enjoy it...and i love it..and i pray that Allah will give me another chance...

To my dear hubby...
Selamat Ulang Tahun ke 7 abang...thanks for always be by my side...for loving me and for caring me...i really hope i can give you the best gift ever for our anniversary..which is our baby..but i never thought it'll be like this..i'm sorry my dear...but Alhamdulillah..segalanya yang terjadi pasti ada hikmahnya...Allah telah menguatkan lagi rasa kasih sayang antara kita...all this while I keep saying that I'll take care of you if you get sick..tapi abang pulak yang kena jaga ayang..and you have prove that you are the best!!.

On our anniversary, I want you to know that you are still the ONE who is everything I could ever hope for -the ONE i love with all my heart and soul...and thanks for comforting me and give me support..and i'll only love you for the rest of my life my dear....always...and i'll always be..muuaahhssssssssss!!!!

p/s : to my dear blogger friends...i know that this miracle happen due to all your doa's too..i really thank you for your kind thoughts...and please keep on praying for mylady and dear hubby to be blessed with anak-anak yang soleh/solehah...Amin....

Thursday, November 24, 2011

Jom Masak!! : Kari Ayam

Assalamualaikum!!..

Yuhuuu..tengah buat apa tu?..Haaa..mylady cam biasa..kat opis la nih...syiokkkk rasa minggu ni..tak banyak issue..so, boleh la mengisi masa yang terluang ni update blog jap...cuaca kat Penang ni, tiap2 hari camni lah..tengahari panas sesangat...bila masuk pukul 2 keatas, mula la redup...cam nak hujan..pastu, kul 4pm keatas, hujan pun mula lah turun...ishhh..bukan mylady tak bersyukur..syukur sesangat...syiok jek cuaca redup2 ni...bila cuaca redup, mata pun layu, perut pun mula berkeroncong...Kalau perut berkeroncong, tetambah plak sekarang pulak musim cuti sekolah, confirm la anak2 merengek2 minta diisi perut mereka yang lapar tu..

Bercakap pasal musim cuti sekolah ni, Mylady ingat lagi last year during cuti sekolah penggal ke3, bawa anak2 sedara seramai 5 orang kerumah mylady during weekend...selalunya kalau mylady ngan dear hubby, during weekend, kitaorang gi pasar, beli bekpes..balik rumah bekpes lambat, so lunch pun mylady masak agak lambat sket..so, dah bawa anak2 sedara ke rumah, kitaorang gi la pasar membeli ikan..pastu tapau nasi lemak..by the time sampai rumah dah 10am++..So kami bekpes agak lambat la...dalam kul 10:30am camtu...so, lepas tu mylady pun mula lah siang ikan semua..pukul 12tghari tepat, my only nephew..(ye...atas dia 4 orang kakak...at last my sis berjaya jugak dapat boy, then terus tutup kedai..hehehe..)..he's only 9 years old...masuk2 dapur jek, terus dia tanya "acik...nasi & lauk dah masak ka?"...erkkk...terkejut mylady..nasi lemak bekpes tu dok rasa penuh lagi dalam perut...kakak2 dia semua marah dia.."apa la adik ni..orang semua kenyang lagi...makan lambat sket la"..hehehe..cian dia...mencebik je mulut kena marah ngan kakak dia..ye lah..budak lelaki kan..hyperactive plak tu..so, lepas tu mylady tahu lah mak2 yang ada anak di rumah tu, kenapa mak diaorang kena kreatif untuk buat satu juadah yang boleh dipelbagaikan..hehehe...

Fuhhhh..panjang gilos membebel...oklah..ni nak share resepi kari ayam yang simple..resepi my mom...sesuai la untuk jadikan juadah lauk makan tengahari, untuk minum petang, leh la buat roti jala ka, roti bom ka, or makan dengan roti canai segera, or cicah dengan roti benggali waktu minum petang hujan2 cenggini, fuhhh..memang lentokkkkkk....

KARI AYAM IBUNDA
 Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
2 inchi halia *
tumbuk bahan2 bertanda * diatas
1 1/2 peket rempah kari daging *mylady guna babas
1 sudu besar serbuk cili * untuk menambahkan rasa pedas kari
Campur rempah dan serbuk cili dengan bahan yang ditumbuk lumat, gaul sebati.
2 biji kentang - di belah 2 atau 4 (ikut size yang disukai)
Garam secukup rasa
1 sudu besar kerisek
1/2 kotak santan - mylady guna cap Kara

Bahan tumis
5 biji bawang merah - dihiris nipis
Bunga cengih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Minyak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, dan masukkan bahan2 tumis, tumis hingga bau harum
2. Masukkan rempah yang dah digaul dengan bahan2 tumbuk tadi, masukkan garam dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kerisek, air dan kentang.
4. Bila kentang dah empuk, masukkan ayam dan biarkan sebentar
5. Masukkan santan, biarkan mendidih dan perasakan garam secukupnya.
SELAMAT MENCUBA!! :-)


Wednesday, November 23, 2011

Doyan Oh Doyan...

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat2 bloggers...

Sekarang ni musim durian kat area sini...last week mylady ikut dear hubby & his siblings gi dusun durian my father in law...dah almost 7 tahun berkahwin, baru ni la first time jejakkan kaki ke dusun durian..dulu2 one of dear hubby's uncle yang jenguk2 dusun ni..since dia pun dah uzur, my father in law minta anak2 dia le plak jenguk2 dusun tu...since early this year dear hubby and adik lelaki dia selalu gi tebas2 apa2 yang patut..ye lah, dear hubby kata, punyalah semak, silap2 harimau pun ada...uishhh..takut plak mylady dengar..so takmo le nak ngikut..kang harimau datang, camne mylady nak lari?..kalau lari, confirm kena tangkap..sebab lari tak laju...ala2 jogging gittew..hehe...baru2 ni, pokok doyan pun dah mula berbuah, FIL suruh hubby and adik dia gi..beriya2 dear hubby nak bawak mylady sekali..mylady ni memang adventurous sket...*eh ye ke?*...ye lahh..adventurous dari mak mylady le..sebabnya, tiap kali dear hubby gi dusun, confirm kena gigit pacat...mak mylady dengo jek pacat, dah naik geli geleman..so, dia pesan kat mylady, takyah la gi dusun..kang kena gigit pacat...as for mylady, tak kisahnyer...keinginan nak tengok dusun durian membuak2...*ye..jakun sket ek...sebab takdak dusun durian*..

Sampai2 jek dusun, mylady terkesima...humang aihhh...tergantung2 buah2 durian..satu pokok pun, punya la banyak buah dia..inikan pulak berpokok2 *sambil imejin diri ini dikelilingi buah durian..heavennn*..ye..mylady memang hantu durian...hahaha...ikut arwah bapa mylady la nampaknya...so, sampai2 dusun, suruh pokok durian posing, haaa..ni dia dusunnya...atas bukit tau!!..

haaa..tu dia..nampak tak buah tergantung2 tu?

 haa...ada pokok durian, dokong, rambai...i loikkkeeee...

 haa..tu mylady zoom guna camera hp mylady nih...bila zoom, tak la berapa clear gambar kan?..yang penting, nampak kan benda bulat berduri yang tergantung2 tu?..:-)..

Balik dari dusun, mylady & dear hubby dapat souvenir...apa souvenir dia?..sorang sekor pacat..dear hubby kena gigit kat tengah2 tapak tangan...mylady plak yang betul2 berhati2, memang tak nampak pun pacat...tup2 rasa celah jari kaki yang hujung tu, macam basah..tengok2 dah penuh ngan darah...huhuhuhuh...SIL kata kami 2 orang darah manis..sebab sis & brother in law tak kena gigit pacat pun...huhuhuhu...

So, petangnya kami berkenduri durian dengan pulut...almost tiap kali singgah rumah FIL, mesti ada buah durian..hasil dari pokok sekeliling kawasan rumah...and kemarin, sebelum balik, FIL jamu buah durian lagi..sebelum naik kete, dia hulur plak..."kat sini makan jugak...tapi, bawak balik sama...kot2 teringin nak makan kat rumah" .....ewwwww....cayangggg pak mertua sorang nih!!!...siap dah dikupas...cam tau2 jek fav menantu dia..heheheh...
*i'm drooling everytime i look at this pic...*

Monday, November 21, 2011

Ya Habibi Ali Baba....

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers...

Haaa..tengok tajuk dia...arab la pulak kan? Ok...ni takde kena mengena dengan cuti2 ke negara Arab or mylady masak masakan Arab..hehehe..Mylady pernah makananan Arab sekali, tapi rasa macam tak sesuai dengan tekak mylady. All the grill kebab, grill lamb semua tu sedap..tapi, gravy dia yang masam tu buatkan mylady tak berapa suka..tapi, last week, member2 seopis ada bagitau kat dear hubby ada restoran makanan Arab di buka di Tesco Extra Seberang Jaya...dear hubby pun sama la macam mylady..tak berapa suka ngat ngan gravy yang masam tu..so, kitaorang just ignore jek la kawan2 seopis dok bercerita..tapi, ada sorang abang tu, sampaikan almost everyday gi makan situ...so, dear hubby tanya la dia..tak masam ke gravy makanan arab situ? Abang tu cakap, tak masam...and masakan dia memang sedap..

Kebetulan kemarin my boss request me to come to office...so, dear hubby hantar mylady to office and at 1pm, we went to the arab restaurant for our lunch..

 Ni dia restoran dia...Restoran Al-Araby.. Susun atur dalam restoran tu ok la..kemas dan teratur..

this is mine..Lamb Mandy...

yang ni plak, dear hubby's order..Chicken Mandy..set dia terdiri daripada Nasi Mandy with Grill Chicken/Grill Lamb, Salad (lebih kurang macam coleslaw, tapi lebih sedap), then dia ada bagi macam kuah dalca, then dengan sambal macam tomato puree..tapi, tak rasa masam..memang sedap..tengok la portion nasi dia..makan, makan, makan, nasi macam tak luak jek..huhuhu...jenuh nak abiskan..

 As for drinks, mylady ambil Rani fresh apple juice and dear hubby ambil Rani fresh mango juice...memang sedap...the apple juice was so refreshing, yang mango juice pulak, punya la pekat..macam blend buah mempelam, then tuang dalam cawan. 

After all, the makanan memang sedap..but...the portion...banyak sangat!!!..nasi dia tu, sesuai untuk mengenyangkan 2 orang dewasa..sama gak la ngan ayam dia...luckily mylady ambil lamb...memang sedap lamb dia,..lembut jek...portion dia pun just nice...Cakap kat dear hubby, lenkali kalau gi, kita order 1 set, then share jek la...hehehe...

So, siapa2 yang tinggal kat area Seberang Perai ni, and would like a taste of makanan Arab, bolehlah singgah ke restoran ni...the Chicken Mandy priced at RM14.90, and the Lamb Mandy priced at RM16.90..:-)

Thursday, November 17, 2011

Cilonnnn...Cakkkk!!!!

Assalamualaikum buat semua rakan bloggers...

Haaa..main cilon cak plak ek...timbul jap, then tenggelam....tenggelam...tenggelam..tak timbul2 dah..now baru timbul..hehehe..sori ek...last few weeks mylady agak sibuk..*alasan le tuh ek*...ditambah dengan penyakit M, so terbiar la blog ni...eh..sebenarnya bukan M tau..tapi, tumpuan ni dah teralih sket...sekarang ni dok pulun tengok Hell's Kitchen online..dulu2 bukan main keji, kutuk si Gordon Ramsay ni..sebab suka marah2 dan maki2 orang..then, bila follow the latest season, eh, cam best plak...so, gigih la mencari kot2 ada yang boleh tengok online...and luckily ada!!..ahaha...Season 1-4 dah complete tengok..ish..kalau sambil memasak sambil kena maki cenggitu, maunya mylady ketuk kepala Gordon Ramsay tu ngan periuk..hehe..

Cuaca sekarang ni pun tak menentu...a day before Hari Raya Aidiladha, mylady dah janji nak tolong my mom masak ketupat. Then my mom request for lemon butter cake..so, nak buat gak la sebiji for MIL..tup2, bangun2 pagi hari Sabtu tu, badan dah rasa semacam..muka cam panas dah...so, plan nak gi tolong mak wat ketupat pagi2, terpaksa ditunda..dear hubby suruh tido dulu..bangun2 tido, ermm..sahhh..demam...nak ikut dear hubby gi rumah MIL pun tak larat..sebab kek pun tak terbuat lagii..so, bila dear hubby gi umah MIL, mylady gagahkan gak le bangun wat 2 biji kek tu..siap jek 2 biji kek tu, dear hubby balik, siap2 gi hantar kek umah MIL then terus gerak gi umah my mom...sampai2 umah my mom, balut2 ketupat, terus kitaorang balik rumah..and malam tu, memang badan mylady panas sangat..tido rasa cam ngigau jek..antara sedar ke tak tu, mylady realize dear hubby dok letakkan tuala basah kat dahi..at almost 4am baru dia tido lepas suhu mylady turun sket...esoknya, orang semua berhari raya, kami berdua, tergolek jek..sorang demam, sorang tak cukup tido..hehehe..anyway, thanks a lot my dear for taking care of me...nasib baik le kitaorang amik cuti up to 9 November, so sempat la fully recover sebelum masuk kerja..yes,,dear hubby suruh sambung cuti on 8hb & 9hb..sebab 9hb is my birthday!..normally memang mylady amik cuti on my birthday. Reason is - segan plak kawan2 opis dok wish birthday..ehheeh..

On the 8th, bangun2 pagi jek, dear hubby suruh siap2.."jom gi camerin highland"..eh..cam bermimpi plak..tapi, memang best la wat adhoc plan cenggini, so siap2, off we go...celebrate my birthday in cameron highland.. dah lama mylady tak gi cameron ni..last gi masa lom kawin..haa..more than 7 years dah tak gi...Memang cameron banyak berubah..tapi, best la gi sana..sejuk jek..we plan to go again next time..so Cameron Highland, wait for my next visit ek...

Banyak lak mengomel...layan jek la ek gambar2 yang sempat mylady capture masa di cameron highland..

 Kitaorang stay di Natasya resort...kalau family ramai sesuai sangat stay sini..leh accomodate 4 dewasa..tapi, kalau nak mausk lebih pun boleh..tapi, kena bawak tilam sendiri la ek..resort ni betul2 tepi Equatorial..memang best dok sini..siap ada pantry with microwave, fridge, pinggan mangkuk..price wise plak, kalau peak season, rm339 kalau tak salah...but kami gi off peak, dapat at rm169 jek.:-)

Ni la Natasya resort..which is combined with EQ..Natasya manage 1 bedroom resort while EQ plak manage the 2 or 3 bedroom resort. Free parking disediakan...

Ni la view from our room's balcony...ladang sayur..arghh..best betul tengok sayur yang segar bugar ni...lepak2 di balcony menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang indah disertai dengan secawan teh panas...memang best!!

Ni ladang teh Cameron Bharat...had our breakfast here...cantik betul pemandangan..rasa tenang jek jiwa tengok pemandangan yang indah cenggini..

Ni di Cactus Point...banyak pokok cactus kat sini..cantik2 dan comel2 plak tu..kalau nak buat sebagai souvenir untuk kawan2 pun sesuai..

Di Cactus Point ni, bukan jual cactus je tau..pokok2 bunga & pokak2 daun pun ada..

Ni lak di Taman Agro Al-Mashoor...strawberry tak berapa banyak ngat..dapat snap yang ni jek..

Ada pokok anggur gak kat sini...taman agro Al-Mashoor ni kecik jek sebenarnya..kitaorang ke sini bukan nak tengok pokok strawberry or pkok anggur...tapi....

Haaa..ni lah tujuan asal kami ke Taman Agro Al-Mashoor nih..diaorang ada jual aiskrim strawberry...ada 2 jenis..1 cam aiskrim malaysia tu, 1 lagi cam gambar diatas ni la..tapi, time mylady gi, yang aiskrim malaysia dah abis, so dapat la makan yang ni..rm2 per cup...sedapssssss!!!

Haa..last sekali, nak share gak..tempat makan steamboat yang dijamin halal..terletak di Tanah Rata..RM40 per 2 pax (1 dapur)..tak sempat snap gambar bahan2 steamboat dia..maklumlah..sejuk2 ni kan..laparrr jek...sampai2 jek makanan, terus lupa diri...tapi, yang mylady ingat, dia ada 2 biji telur, udang, isi ayam, then ada macam2 jenis bebola, ada 3 jenis sayur, then dia kasi mee & kueyteow..kuah dia plak, kuah tomyam & sup ayam..fuh..memang sedap...1 set untuk 2 orang makan, bagi mylady memang lebih daripada cukup..disamping tu, Orchid Food Corner pun ada gak menu2 yang lain...Dear hubby try nasi goreng kampung...memang sedap!

Selain dari tu, kitaorang ada gak gi Pasar Brinchang. Beli buah2, sayur2...tapi, tak beli pun segala cendawan goreng tu..sebab gi pasar tu lepas breakfast, so still full..takpe..takpe..lenkali leh gi lagi...masuk2 kete jek, dear hubby bagi ni...

ohhh..so sweet sangat sayang..thanks a lot ek for this birthday gift..a sweet escape that I'll remember for the whole of my life..

Thursday, October 27, 2011

Jom Masak! : Gulai Udang Berkacang Buncis

Assalamualaikum kengkawan sumerrr...

Uwaaaaa...masuk hari ni, dah 11 hari mylady & dear hubby bekerja non-stop...yer..sabtu ahad pun kena mai kerja..letih..letih..letih..tak sabar betul nak tunggu hari Sabtu ni...nak bermalas2an di rumah..hehehe..sampaikan nak update blog pun, tak sempat..balik keje lambat..sampai2 rumah dah terkelepek...memang penat betul!!..Dah la jiran sebelah rumah yang tak abis2 membakar mercun..pagi2 buta sebelum masuk waktu subuh dah berdentum sana sini...malam pulak, lagi 10 mins masuk 12 tghmalam, berdentum dentam lagi...aduh la...sib baik la tempat keje kitaorang ni flexible working hours..kalau idak, jenuh la gi keje ngan mata yang sepet akibat tak cukup tido..

Haaa..ini bukan menu semalam atau menu yang akan dihidangkan pada malam ni...dah berapa hari dapur mylady tak berasap disebabkan balik kerja lewat..hehehe..ni pun ada kat opis lagi..hujan lebat sangat kat luar tu..so, takpe lah..dear hubby kata tunggu je lah jap sampai hujan reda...as for me, takde masalah..leh jek update blog yang dah hampir nak bersawang ni..eh..ke dah bersawang eh?..hehehe..

Menu ni mylady masak minggu lepas...tah naper tetiba teringat plak gulai udang MIL yang sedap banget tu..tanya mak mylady, dia kata kalau gulai udang, sesuai buat guna udang yang medium size..alamak...dalam peti sejuk ada yang size besar jek..tapi, kalau dah teringin ngat tu kan, tak kisah la kecik ke besar size dia kan?..janji sedappp!!!..jom la kita check resepi yang simple ni:-

GULAI UDANG BERKACANG BUNCIS
Bahan-bahannya
300gm udang
2 sudu besar rempah kari udang
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *ditumbuk lumat
10 batang kacang buncis - dipotong serong
3 biji bawang merah *dihiris nipis
2 ulas bawang putih *dihiris nipis
1 tangkai daun kari
1 inci halia *dihiris nipis dan memanjang
Santan secukupnya *mylady letak dalam 1/3 kotak je sebab lebih sukakan rasa pedas lebih dari rasa lemak
garam secukup rasa
secubit gula atau secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 cawan air (1 cawan dibancuh dengan rempah)

Cara2nya
1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari & halia yang dihiris nipis hingga naik bau.
2. Bancuh rempah bersama bawang besar yang ditumbuk lumat dengan air hingga sebati, Masukkan dalam bahan tumis tadi.
3. Tunggu hingga rempah pecah minyak
4. Masukkan santan dan air kacau hingga sebati
5. Masukkan udang, biarkan sebentar
6. Masukkan garam, gula secukup rasa
7. Masukkan kacang buncis, biarkan sebentar, tutup api.
8. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, October 20, 2011

Jom Masak!! - Nasi Lemak Homemade

Assalamualaikum and morning to everybody yang sudi melawat  my blog..

Aiiishhhhh...idak le...takde rajin bebeno aih nak bangun pepagi buta wat nasi lemak hari bekerja ni..unless la kalau dinner semalam lauk sambal tumis..ha, memang boleh je masak nasi lemak masa bangun semayang subuh..tapi, ini bukan menu sarapan pagi ni ye..ni menu sarapan hari Sabtu baru2 ni...

Cenggini citernya..ciss..ciss dan ciss lagi..asyik bercerita jek..hahaha...hari jumaat sebelum hari sabtu baru2 ni, suddenly dear hubby buat statement yang menggoncang jiwa.."Esok kalau KITA masak nasi lemak ok tak"..ye..sila berikan tumpuan dan fokus sepenuh perhatian anda pada perkataan yang sengaja di CAPSLOCK kan itu...KITA...mylady terkesima...KITA?..so, mylady jawab.."ok jek kalau KITA nak masak nasi lemak esok"..baru le dear hubby tersengih2.. baru tersedar penggunaan kata ganti diri yang dia sendiri tak bermaksud nak menggunakannya..bila mylady setuju nak masak, apa lagi, seronok betul la dia..lagipun, agak dah lama tak masak nasi lemak ni...alahhh..kalau ada daun pisang kan best!!..next time pi umah FIL nak minta daun pisang sket la...baru la best buat nasi lemak ni..

Dear hubby requested for sambal tumis ikan...preferred ikan kembong/temenung la..kena potong kecil2 macam yang selalu nasi lemak bungkus kita beli tu...while mylady hanya ada stok ikan cencaru..tapi, cencaru pun, lepas buang jaket dia, goreng, memang sedap di buat sambal tumis..tapi, mylady plak teringin nak makan sambal tumis ikan kering since isi ikan kurau ada lagi dalam peti sejuk...so, alah....dua2 pun ikan..satu kering, satu basah..so, mylady buat sejenis sambal tumis, campur dua2 sekali..rasa still ada umpphhh!!..untuk resepi sambal tumis ikan kering, sila klik sini ye..

As for Nasi Lemaknya, memang simple la resepi dan bahan dia..tapi, mylady share gak..boleh dijadikan rujukan buat masa depan...ye dak? lets check it out!!

NASI LEMAK HOMEMADE
Resepi Nasi Lemak
2 pot beras
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia, hiris halus
1 kulit kayu manis
2 helai daun pandan - dibelah memanjang 4, kemudian di simpul
garam secukup rasa
Santan  RM1 *Santan ni, ikut suka korang tau..sebab ada yang suka lemak ada yang tak berapa suka lemak

Cara2nya
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan kedalam rice cooker
2. Masukkan santan dan air secukupnya.
3. Masukkan garam secukup rasa kalau 2 pot beras agak2 dalam 1 sudu teh
4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris beserta daun pandan dan kulit kayu manis
5. ON kan rice cooker, sedia untuk dimasak
6. Bila air dalam rice cooker meruwap atau hampir kering, gembur nasi dengan sudip untuk meratakan rasa santan dan garam ke seluruh bahagian nasi.
6. Bila dah siap (lampu rice cooker dah pergi ke "WARM", biarkan sebentar untuk nasi benar2  kering), sedia untuk dihidangkan .
Side dishes untuk nasi lemak ni, ikut suka selera masing2 la ye..telur goreng, telur rebus, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng, papadom..dan macam2 lagi...
Untuk resepi sambal tumis, klik link bawah ni ye...


So, apa bekpes kitaorang pagi ni? Simple  jek..hubby requested for this simple bekpes..so yummeh!!! Mekasih bebanyak kat Che Mat Gebu for this delicious recipe. Resepi leh click kat link bawah ni ek :-



Wednesday, October 19, 2011

Jom Masak!! - Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan selamat malam buat kawan2 sekelian..

Dah kenyang ke?..Mata tu mesti tengah kuyu tunggu masa nak masuk beradu je ek...Mylady baru hari ni dapat peluang nak update blog..2-3 hari lepas, baru jek tulis tajuk posting, malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan...dari hari sabtu hari tu my dear hubby demam..so, masa memblog kena le spend lebih untuk dia..memasak pun, yang biasa2 jek la..based on apa yang di request oleh dear hubby..bubur nasi, sup sayur...alah..benda2 simple jek.. pastu, masuk kerja plak, ada issue banyak plak..even semalam balik keje pukul 1 pagi..biasa la..kalau dah tido tak ikut time, jadi la pecah mengantuk..tau dak apa tu pecah mengantuk?..maknanya, takleh tido..eventhough waktu tu kita sepatutnya dah berada di alam mimpi yang indah..last2 pukul 3pagi lebih baru leh tido..tu pun lepas dear hubby nyanyikan lagu "pukul 3 pagi" dendangan P.Ramlee....hahahaha..takdelah..mylady gurau2 jek tau bab nyanyi2 tu..heheh..

Hari ni pun, balik keje agak lambat..sampai rumah pukul 7 pm lebih...badan rasa letih ngat sebab hari ni pun sehari suntuk di production line. Dah la pepagi sempat minum air jek..pukul 4pm baru dapat makan...uwaaaaaaaaa..tapi, tak kurus2 gak...heran kan?..mungkin senang hati kot..hehehe...

Sampai2 rumah, teringat isi ikan tenggiri dalam peti ais...masakan apa paling cepat ek..tetiba teringat asam pedas melaka...google punya google, jumpa la resepi asam pedas melaka ni di rumah Kak Ummi Kuantan. Cara membuatnya pun senang..cumanya mylady takdak bunga kantan..arghhh..takpelah..replace ngan daun cenohom...asalkan ada bau asam pedas udah le...then, terung or bendi pun takde..selongkar tempat sayur, jumpa la sebiji timun...teringat plak kedai ikan semilang yang mylady selalu makan area sini, diaorang letak timun..memang sedap..so, takde terung or bendi, timun pun jadilah!!!

The verdict :- Memang sedap asam pedas ni...fuyooo..terangkat..makan panas2 waktu hujan2 camni plak, ermm..taktau nak kata apa la...hehehe...toksah cakap banyak la Cik Jah oooiii..jom kita check resepi dia naaa...Kak Ummi ku sayang..mylady minta izin C&P disini ek..thanks sebab sudi mewar2kan resepi yang sedap ni...:-

ASAM PEDAS MELAKA
Bahan Asas:-
1 kg. ikan duri/tenggiri *mylady guna ikan tenggiri
1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji *mylady tak letak..takde stok..lagipun dah cukup masam
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris * takde stok..ganti ngan sebiji timun, buang bahagian tengah
8-10 biji bendi*takde..so, mylady tak letak
2 tangkai bunga kantan*takde gak..ganti ngan daun cenohom
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
2/3 cawan minyak masak

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih


Bahan Tumis:
1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya.
    2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi.
    3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak.
    4. Masukkan ikan, bunga kantan dan air. Kacau rata.
    5. Masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi.
    6. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit.
    7. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

    Friday, October 14, 2011

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO

    Assalamualaikum dan selamat petang to uuoollzzzz...

    Haaa..ingat tak lagi entry yang lepas tentang kek mylady yang bertukar menjadi apam mekar?. Haa..dek kerana kek tu, tak tido malam mylady jadinya..so, the next day tu, lepas2 memasak, mengemas dapur, lepak2 ngan dear hubby, tengok jam pukul 10pm...tapi, hati mylady ni tergedik2 gak nak buat kek...dah pukul 10pm..nak buat kek apa nih..tepung kek pun takdak..so, selak sana, selak sini, nampak la resepi kek yang simple ni kat blog Kak Azlita Masam Manis. Sebab2 mylady pilih nak wat kek cheese ni ialah seperti beriku:
    • Kek cheese confirm takkan membuat magic dan bertukar menjadi apam mekar
    • Kek ni takyah dibakar
    • Bahan2 dan cara nak buat dia simple banget!!!
    So, mylady bgtau la dear hubby..kata nak gi dapur buat kek..dear hubby macam "ehh..biao betik bini aku ni..domam ko apo?"..tapi, yang kuor dari mulut dia "eh..dah pukul 10pm..pukul berapa plak nak tido kang..esok lambat plak gi keje"..Mylady kata..takpe..jap jek nak buat kek nih..kek surprise...

    Stok semua ada..cumanya takde biskut marie jenama LEE..yang ada dalam stok, 1/2 bungkus biskut oreo with vanilla cream, 2 bungkus biskut oreo with blueberry + mint cream, 1/2 bungkus biskut cheese..ahhh..hentam jek lah labu..janji biskutttt...

    So, ikut le cara2 membuatnya, cumanya mylady memang degil..orang kata, rendam biskut 1 saat...so, mylady yang genius ni pikir...biskut marie, memang la rendam 1 saat..sebab dia cepat lembut..oreo ni, kena la rendam lama sket..sebab dia keras...so, mylady rendam 10 saat...amik ngkoooooo...angkat tu, ok jek..letak2 atas lapisan cheese tu, pastu kalau ada hati nak redecorate balik susunan, kim salam jek lah cik jah oiii,...dia dah lembik..melekat setepek atas lapisan cheese tu...

    Dah la tu..plan asal nak buat 1/2 adunan...ye lah..takde biskut marie..takut gak kang tak sedap plak dah digantikan ngan oreo...so, buatlah 1/2 adunan..dan masukkan dalam loyang 9"..genius kan mylady ni? Letak selapis layer cheese, pastu boh selapis layer biskut, lepas tu selapis layer cheese, lapis biskut, cheese dah abis..masa ni, tinggi kek adalah setinggi 3 cm sahaja..uwaaaaa...sib baik ada another 250gm cheese dalam peti ais..apa lagi, sepantas kilat mylady kuorkan, dan tambahkan lagi ketinggian kek menjadi 6cm..barulah cun...untuk topping, mylady campur biskut oreo dan biskut cheese sbb biskut cheese ada rasa masin sket, so menambahkan kelemakan kek nih...

    mylady ni memang fail la bab decoration..sememeh dan berlemoih ja..tapi takpe..janji sedappp!!!

    Panjang lak mylady membebel..jomlah kita check resepi yang berasal dari olahan anak bujang yang amat pandai memasak ni..RYO..akak minta C&P ek RYO..thanks sebab sudi sharekan resepi yang marvellous ni...resepi yang wajib dicuba..memang sedap ya amat..mak mylady yang tak makan kek cheese pun, bila rasa sket, terus dia suruh potong 1 slice for her...and for my brother plak, dia kata "laa..awat bawak sket sangat"..and dear hubby plak, everynight memang akan makan 1 slice of this cheese cake..itu la sebabnya leh bawa to rumah my mom sket je..sebab yang dirumah pun, tinggal agak2 dalam 2-3 slice jek..hahahaha..disebabkan mylady menggunakan resepi RYO..dan juga menggunakan biskut OREO sebagai ganti biskut marie, maka mylady jadikan nama kek cheese ni, sebagai...

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO
       
    tu la..degil kan?..orang suruh rendam biskut 1 saat, ko rendam 10 saat...kan dah huduh jadinya..
     
    Bahan2: (Saiz 9x9)

    A:
    • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) *pakai stok yang ada jek...OREO..dan untuk topping, mylady campurkan dengan cheese crackers..
    • 500 ml susu segar,dipanaskan
    B:
    • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
    • 10 ml susu segar
    • 1/2 cawan gula halus

    Caranya :

    1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
    2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
    3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
    4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
    5. Panaskan susu segar,padamkan api.
    6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
    7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
    8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
    9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
    10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
    11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

    Panasnya cuaca hari ni....

    Assalamualaikum dan selamat petang buat semuaa...
    Yeaaayyy..hari ni dah Jumaat..memang every week dok tunggu ja kedatangan jumaat sambil hati terloncat2 girang *eh..hati leh terloncat eh?*..memang looking forward for Saturday and Sunday...my fav days..cuaca di Penang sejak 2-3 hari ni, panas sangat..anyway, hujan ke panas ke, mylady still bersyukur..kalau hujan, syok sebab cuaca sejuk..kalau panas especially during weekend, syok sebab boleh mendobi baju2 yang setimbun tu..satu lagi, yang bestnya during cuaca panas, dapat makan ni....

    thanks to dear hubby sebab belikan tutti frutti untuk menyejukkan tekak..kih..kih..kih...

    Wednesday, October 12, 2011

    Daging Bumbu Bali - Memang Simply Siti!!..opsss...Simply Sedap!!

    Assalamualaikum dan selamat tengahari uollssss...

    Dah lunch ke belum? Ke diet?..Puasa ganti?..apa2 pun, kalau nak masak untuk lunch ke, or nak masak untuk berbuka puasa ke, mylady amat...amat..amat..amat syorkan resepi ni..Cepat dan mudah...sedap dimakan..haaa...kan dah cam iklan maggi pulak..hehehe..

    Resepi ni mylady dah KIV dari sebelum puasa lagi..tapi, buatnya idak pun...kan dah menyesal..kalau idak, senang keje time raya tu..buat masakan ni as cicah ketupat pun sedap..even dear hubby pun tanya..ada letak lengkuas ke?..sebab dari rasa dia, memang macam rendang..bahan2 simple jek...cara2 buatnya plak mudah ya amat. Mylady masak guna daging batang pinang, so 30 minit jek pun dah siap. Sekali lagi, resepi ini memang amat berbaloi untuk dicuba..kalau dah cuba, leh la share ngan mylady the result ek...anyway, this recipe memang akan menjadi resepi yang akan selalu dibuat disebabkan kesedapannya...Mylady minta izin C&P resepi ni ek kak Azlita...

    DAGING BUMBU BALI
    by : Chef Wan
    Resepi sumbangan : Cindai Biru

    500g daging (potong nipis, cuci bersih)
    250ml santan tin - ita guna santan kotak
    3 helai daun limau purut
    2 sdb kicap pekat
    *5 biji buah keras
    *8 biji cili merah
    *3 ulas bawang putih
    *1 inci halia
    *1 sdt kunyit serbuk
    Garam dan kicap manis rasa
    Minyak untuk menumis
    Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.
    10 biji cili api (ini mylady tambah sebab mylady suka pedas)

    Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.

    Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
    Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

    Apam mekar = gua sukeerrr....kek mekar??..uwaaaaaaaaaa!!

    Assalamualaikum dan selamat malam buat kawan2 sekalian...

    Haa..dah tido ke?..Mesti la dah tido kan?..dah tengahmalam pun...mylady lom tido lagi...hati ku kuciwa...duka dan nestapa..uhuk..uhuk..uhuk..naper???..eh..ada ke orang nak tau?..takpe..takmo tau pun takpe..meh mylady nak citer...

    Citernye cenggini..Sabtu baru2 ni gi umah mak mylady. Then, dia kasi pisang abu kepek ngan pisang raja..pisang abu kepek tu, mylady wat pisang goreng ja..then, pisang raja tu, plan nak buat kek pisang la..sebab mak mylady memang suka ngat kek pisang. Cari punya cari punya cari resepi, mylady terberkenan resepi Kek Pisang Marble Coklat dari blog kak Azlita Aziz..so, semalam masak siap2 untuk dinner hari ni..so that mylady ada masa untuk buat kek Pisang Marble ni. Cara buat dia memang mudah giler. Maka, bermulalah project Kek Pisang Marble ni pukul 6pm. Mylady bajet, by 6:30pm, boleh siap, mana nak tahu....cara-caranya memang mudah..tapi, disebabkan semangat berkobar2 nak dapatkan belang yang cantik cam Kak Azlita buat, maka kek hanya berjaya disiapkan pukul 7:15pm..masuk oven, sambil2 cuci pinggan mangkuk, dok jakun la mengendap kek didalam oven...


     "Riang hati ku badan bertuah..punya teman yang comel dan manja"..begitulah gembiranya hati mylady bila tengok kek tu naik dengan jayanya..habis mengemas, mandi, solat maghrib..8:15pm tepat, oven berbunyi..time's up..so, mylady gi la check kek..humang aiihhhh..cam gunung berapi..semekar mekarnya sampai berlubang tengah. Mylady konpius sekejap..eh..aku ni buat kek ke, buat apam?..Cepat2 mylady kuorkan dari oven...dear hubby yang dok puji "sedapnya bauuuuu" pun, cepat2 datang menjenguk bila dengar mylady menjerit tokojut melihat kek menjadi seperti gunung berapi. Dear hubby kata, takpe...nak bagi kat mak nanti, potong siap2 la..bagi bahagian yang ok jek..so, ok la..let it cool down first..Sejuk sket, mylady pun potong la..panas2 ni sedap la gak..sebab bahagian tepi dia rangup kan..tapi, bila dah sejuk, bila mylady makan, macam nak tercekik jek..padat giler..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..alamatnya masuk cik tong ler kek ni..Camne le nak terer buat kek cam kak Azlita Aziz ni ek?
     Ni selepas dikeluarkan dari oven..nampak dak rekahan tempat terjadinya letusan gunung berapi tu?..Mylady tak snap gambar masa kek ni tengah mekar..sebab terlampau terkejut dan panik..huhuhu




    Thursday, October 6, 2011

    Jom Masak!! : Mee Kuah? Mee Bandung?

    Assalamualaikum dan selamat pagi dear sunshine...

    Haaa..udah...mylady samakan readers semua dengan sunshine..bukan sebab readers semua panas tau, tapi sebab korang semua menyinari hidup mylady (including silent readers ye)...hehehe..seronok bila tahu ada yang sudi berkunjung ke blog picisan mylady ni walaupun kadang2 mylady takde masa nak buat new entry..so, to all my sunshine out there, thanks a lot for your support...

    Apa kes la mylady ni pepagi dah buat entry mee kuah@ mee bandung nih?..Haa..jangan terkejut..mylady and dear hubby had this mee kuah@mee bandung for today's breakfast. Ceritanya cenggini..hari Selasa baru2 ni, buatkan Sup Tulang untuk juadah makan malam..so memandangkan ada lagi baki Sup Tulang, semalam mylady plan nak buat mee kuah@ mee bandung ni for dinner. Tapi, I know my other half ni, prefer nasi for dinner. So, bila tanya dia whether he want mee kuah for dinner?..Nih jawapan dia "Ayang jangan la buat mee2 semua ni for dinner..abang nak makan nasi"..hehehe..so, for dinner dah direject, kalau nak buat for minum petang, bagi orang yang bekerja macam mylady ni, waktu petang tu, still kat office..sampai rumah dah nak malam..so, jalan penyelesaiannya ialah - mee bandung@mee kuah for breakfast..:-)

    Haa...satu soalan lagi...mylady tak tahu la...apa bezanya mee bandung dan mee kuah ni? Is it the same mee?. Mee Rebus memang mylady tahu..sebab dia ada masukkan ubi dalam kuahnya..as for mee bandung or mee kuah, i'm totally lost..dulu2 ada sorang kakak ni bagitau mylady beza mee bandung & mee kuah..tapi, bila pi kedai makan, bila order mee kuah, aik..apasal cam mee bandung..and bila order plak mee bandung, aik, apsal plak macam mee kuah?..So, mylady takde keje aih nak pikiokan..wat pening kepala ja...as long as berkuah yang tak dimasukkan ubi, mylady panggil dia mee kuah je...sonang citer...

    Panjang lak mylady membebel pagi ni kan?..Jomlah check resepi yang senang ni :-)

    MEE KUAH @ MEE BANDUNG
    Bahan-bahannya
    Daging, udang, fishball (ikut suka korang la ek nak masukkan apa pun)
    Cili kering +  1 biji bawang besar + 1 inci belacan - di mesin halus
    1 ulas bawang putih - diketuk
    1 sudu besar gula
    1 sudu teh garam
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
    4 cawan air rebusan daging (mylady masukkan sup daging daripada baki Sup Tulang)
    Mee
    Sawi di potong dalam 1 inci - asingkan batang dan daunnya
    Taugeh
    1 biji telur - dipukul (macam nak buat telur dadar)

    Cara-caranya
    1. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga  naik bau
    2. Masukkan cili yang dikisar bersama bawang besar & belacan tadi
    3. Masukkan gula, garam dan garam hingga cili kisar berubah warna ke merah gelap
    4. Masukkan udang, daging, fishball
    5. Masukkan sos tiram, kicap dan air rebusan daging/ sup daging, biarkan mendidih
    6. Rasakan kuah mee secukup rasa - masin, manis
    7. Masukkan telur dan kacau dalam kuah
    8. Masukkan mee, gaul rata
    9. Masukkan batang sawi (daun sawi masuk last sekali sebab daun cepat layu)
    10. Masukkan taugeh dan daun sawi.
    11. Biarkan sebentar (mylady suka taugeh rangup..so, memang masukkan taugeh jap jek, terus angkat)
    12. Mee bandung@mee kuah siap dan sedia untuk dihidangkan, bolehlah diletakkan daun bawang, cili, bawang goreng or telur rebus sebagai hiasan.
    SELAMAT MENCUBA! :-)

    Monday, October 3, 2011

    Jom Masak!! - Ketam Masak Lemak Cili Api

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera to uolssss semua..hehehe

    Masak apa malam nih cik kiah oiii???..haaa..buntu?..nak yang cepat jek?..haa..jom kita wat ketam masak lemak cili api..nak siang ketam tak susah mana pun...ikan lagi susah..dengan nak cuci sampai hilang hanyir lagik..kalau ketam, just cuci gitu2 jek, buang duri2 dia, taraaaa..siap untuk dimasak...

    Mylady suka makan ketam masak lemak cili api ni...fuh..bagi pedas sket, pastu kalau rajin, wat sekali sambal belacan, goreng ikan, sayur kangkung goreng belacan..fuh...kecurrr..terleleh sebentar..tapi, menu mylady  tadi, takde ikan goreng..sebab terlupa nak kuorkan ikan..so, replace with telur dadar..still sodap!!..jom check resepi yang mudah banget nih.

    KETAM MASAK LEMAK CILI API
     Bahan-bahannya
    1 biji bawang putih*
    2 biji bawang merah*
    1 inci halia*
    15 biji cili api*
    bahan2 bertanda * ditumbuk halus
    serbuk kunyit
    garam
    santan
    minyak untuk menumis

    Cara-caranya
    1. Mula-mula, bersihkan ketam, kemudian toskan.
    2. Kemudian, tumis bahan2 bertanda * yang ditumbuk lumat sehingga harum baunya
    3. Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan digaul rata
    4. Masukkan ketam yang ditoskan tadi, kacau rata sehingga bahan2 tumis dan serbuk kunyit kena pada semua bahagian ketam
    5. Masukkan santan, air dan garam
    6. Tunggu hingga mendidih, dan perasakan secukupnya.
    7. Bila dah secukup rasa - lemak, masin, pedas, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan.
    SELAMAT MENCUBA! :-)
    apa tengok2?..sepit kang baru tau!!..hahaha..ini special for dear hubby..dia prefer ketam rebus/stim sebab isinya lebih manis...

    Apa itu sayang?

    Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat2 sekalian..

    Haaa..memandangkan waktu keje dah abis, dah mata pun asyik kuyu jek, asik2 posting pasal makan jek, hari nih jom kita sembang sket..topik hari ini..apa itu sayang?..Mylady pernah sembang2 dengan kawan2 opis ni..majoritinya bersetuju rasa "sayang" diantara lelaki dan perempuan itu, adalah berbeza. Pernah dengar tak si suami kata "awak nak apa lagi ni? apa lagi yang tak cukup?..rumah saya dah beli, kereta saya dah bagi..barang kemas, semua dah cukup...apa lagi yang awak nak?"..haaa...tu dia pengertian sayang dari pandangan suami..cukup nafkah zahir dan batin, itulah maknanya sayang..cinta...tapi, bagi si isteri or perempuan pulak, sayang tu lain pengertiannya...ada tak isteri yang tak sayangkan suami?..adaaa...memang ada isteri yang tak sayangkan suami. .sebabnya?..suami bukan pilihan hati, ataupun, berkahwin tanpa rasa cinta, ataupun berkahwin hanya untuk mengelakkan kata2 orang..walaupun si isteri tak sayangkan suami, tapi, tanggungjawab dijalankannya juga...memasak, membasuh, mengemas, semua tanggungjawab seorang isteri dilaksanakan...so, kalau pengertian "sayang" bagi seorang isteri dan suami adalah sama, dengan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sudah memadai untuk menunjukkan tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami..tapi, jawapannya tidak..seorang isteri, kalau sayangkan suami, memasak dengan penuh kasih sayang..dihidangkan, di cedukkan untuk suami, malah kalau suami minta disuap pun, sanggup dia suapkan...penat lelahnya tak terasa, kurang tidurnya tidak terasa lantaran hatinya gembira membuat sesuatu untuk insan tersayang..

    So, untuk lelaki/suami diluar sana...bukanlah material semata-mata yang si isteri perlukan..perhatian, belaian dan kasih sayang, yang diutamakan..insyaAllah, hidup akan kekal bahagia, aman makmur selamanya...:-)

    Thursday, September 29, 2011

    Jom Masak!! - Parpu Telur

    Assalamualaikum dan selamat tengahari to uolsss diluar sana...:-)

    Panas betul cuaca hari ni..panas + kenyang, so mata agak kuyu la kan..meh sini..mylady nak resepi yang amat simple...mak mylady selalu masak parpu telur ni..nak buat dia, memang la teramat mudah..pejam mata pun siap...hehehe..parpu telur ni, kalau makan dengan sambal belacan & ikan goreng..fuhhhhh..memang sodappppp!!!...selalunya kalau mylady masak, memang mylady buat parpu telur ni lebih..sebab apa?..esoknya, panaskan parpu telur, leh dibuat cicah untuk dimakan dengan roti canai segera...memang marvelous!!! Jom kita check resepi! :-)

    PARPU TELUR
    Bahan-bahannya
    Segenggam kacang dal - cuci dan toskan
    2 biji ubi kentang
    Telur ayam
    Santan
    Serbuk kunyit
    Santan
    Garam secukup rasa

    Bahan untuk tumis
    1 tangkai daun kari
    3 biji cili kering - dipotong 2 inci
    1 sudu teh halba campur
    2 biji bawang merah
    2 biji bawang putih

    Cara-caranya
    1. Rebus kacang dal dan ubi kentang sehingga empuk
    2. Masukkan serbuk kunyit dan garam
    3. Masukkan santan dan biarkan mendidih
    4. Pecahkan telur satu demi satu dan biarkan mendidih.
    5. Tumis bahan2 untuk menumis didalam kuali lain sehingga kekuningan dan naik bau
    6. Tuang kesemua bahan tumis (beserta minyak) kedalam kuah parpu yang berisi telur tadi
    7. Sedia untuk dihidangkan
    SELAMAT MENCUBA! :-)

    Ikut undang-undang la cik adik oiii!!

    Assalamualaikum dan selamat pagi to my beloved readers...

    Haaa...pagi2 ni mylady dah angin dah...masa on the way ke office page tadi, kitaorang queue belakang satu kereta ni..punya la slow ya amat..dear hubby memang dah geram dah...dah la kita ni lambat nak masuk office, dia plak bawak kete cam tak betul..tengok betul2 kat belakang tu, alamak..patut la slow...kete polis rupanya...tapi, yang mylady hangin tu, bukan sebab dia bawak slow ke apa ke..tapi, sebab dia pakai henpon sambil drive..sebab tu la jap nak kekiri, jap nak kekanan..dear hubby suruh mylady snap picture...post dalam blog...aish, tapi mylady tak sempat snap gambo dia..sebab mulut tak henti2 mengomel dan berleter sambil mata menjeling2 pada cik polis tu..hehehe..

    Mylady hairan la...awak tu penguatkuasa undang2..should be awak la kena ikut peraturan..awak tu sebagai contoh teladan..ini idak..dah tunjukkan contoh yang kurang baik..mylady hairan la..dari dulu lagi mylady tengok, selalunya orang yang buat undang2 ni la yang akan melanggar undang2 yang dibuat...buktinya?..masa mylady sekolah asrama dulu, macam2 peraturan kena ikut...bilik kena bersih..cadar kena cekang..tau dak cekang?..maksudnya tegang..cadar takleh kedut2..pastu, belakang or hujung katil takleh sidai /sangkut apa pun...atas tilam tu, jangan la nak letak walaupun sebatang pensel... pastu, dari bilik air, kena lengkap berkain batik & bert-shirt...memang la berkemban tu tak boleh...tapi, bertuala dan bert-shirt pun takleh..kena pakai kain batik..eventhough bilik air sama level ngan bilik, dan kedudukan jalan besar dari asrama kitaorang tu, amatlah jauh..kalau dari jalan besar tu, nampak macam semut yang terkedek2 berlari2 anak ke bilik...macam2 peraturan yang dikenakan..kalau tak ikut?..haaa...kena denda la..takleh outing untuk minggu tersebut..macam bilik mylady, kitaorang wat tempahan denda sepanjang tahun...bilik kitaorang bersih ok..kadang2 tu, sementara solat, sidai jap tuala kat hujung katil, waktu tu la pengawas datang check bilik..memang malang betul..

    Tapi, yang mylady tak puas hati tu, bilik pengawas..humang aihhh...dah lebih kurang cam kem pelarian..tapi, sebab diaorang pengawas, dan kitaorang tak di amanahkan check bilik & denda diaorang, so diaorang selamat...then, pengawas juga la yang mylady nampak lari terkedek2 dengan bertowel & ber-tshirt naik dari tingkat bawah ke biliknya di tingkat 1..dan pengawas yang sama memberi amaran pada kawan mylady yang juga memakai towel dan bert-shirt semasa minah tu berjalan terkedek2 ke bilik...ye..sekolah kitaorang sekolah perempuan..takde campur lelaki..yang mylady tak puas hati tu, ko wat peraturan, ko kena la ikut..kalau orang tengok ko selamba jek terkedek2 berlari ke bilik ngan towel, orang pun nak ikut gak...sebab tu masa di asrama tu, mylady tak berapa ngam ngan beberapa pengawas..sebab mylady tak respect diaorang yang buat rules tapi, diaorang juga yang melanggarnya....adios....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsi Resepi