G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Friday, October 14, 2011

KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO

Assalamualaikum dan selamat petang to uuoollzzzz...

Haaa..ingat tak lagi entry yang lepas tentang kek mylady yang bertukar menjadi apam mekar?. Haa..dek kerana kek tu, tak tido malam mylady jadinya..so, the next day tu, lepas2 memasak, mengemas dapur, lepak2 ngan dear hubby, tengok jam pukul 10pm...tapi, hati mylady ni tergedik2 gak nak buat kek...dah pukul 10pm..nak buat kek apa nih..tepung kek pun takdak..so, selak sana, selak sini, nampak la resepi kek yang simple ni kat blog Kak Azlita Masam Manis. Sebab2 mylady pilih nak wat kek cheese ni ialah seperti beriku:
  • Kek cheese confirm takkan membuat magic dan bertukar menjadi apam mekar
  • Kek ni takyah dibakar
  • Bahan2 dan cara nak buat dia simple banget!!!
So, mylady bgtau la dear hubby..kata nak gi dapur buat kek..dear hubby macam "ehh..biao betik bini aku ni..domam ko apo?"..tapi, yang kuor dari mulut dia "eh..dah pukul 10pm..pukul berapa plak nak tido kang..esok lambat plak gi keje"..Mylady kata..takpe..jap jek nak buat kek nih..kek surprise...

Stok semua ada..cumanya takde biskut marie jenama LEE..yang ada dalam stok, 1/2 bungkus biskut oreo with vanilla cream, 2 bungkus biskut oreo with blueberry + mint cream, 1/2 bungkus biskut cheese..ahhh..hentam jek lah labu..janji biskutttt...

So, ikut le cara2 membuatnya, cumanya mylady memang degil..orang kata, rendam biskut 1 saat...so, mylady yang genius ni pikir...biskut marie, memang la rendam 1 saat..sebab dia cepat lembut..oreo ni, kena la rendam lama sket..sebab dia keras...so, mylady rendam 10 saat...amik ngkoooooo...angkat tu, ok jek..letak2 atas lapisan cheese tu, pastu kalau ada hati nak redecorate balik susunan, kim salam jek lah cik jah oiii,...dia dah lembik..melekat setepek atas lapisan cheese tu...

Dah la tu..plan asal nak buat 1/2 adunan...ye lah..takde biskut marie..takut gak kang tak sedap plak dah digantikan ngan oreo...so, buatlah 1/2 adunan..dan masukkan dalam loyang 9"..genius kan mylady ni? Letak selapis layer cheese, pastu boh selapis layer biskut, lepas tu selapis layer cheese, lapis biskut, cheese dah abis..masa ni, tinggi kek adalah setinggi 3 cm sahaja..uwaaaaa...sib baik ada another 250gm cheese dalam peti ais..apa lagi, sepantas kilat mylady kuorkan, dan tambahkan lagi ketinggian kek menjadi 6cm..barulah cun...untuk topping, mylady campur biskut oreo dan biskut cheese sbb biskut cheese ada rasa masin sket, so menambahkan kelemakan kek nih...

mylady ni memang fail la bab decoration..sememeh dan berlemoih ja..tapi takpe..janji sedappp!!!

Panjang lak mylady membebel..jomlah kita check resepi yang berasal dari olahan anak bujang yang amat pandai memasak ni..RYO..akak minta C&P ek RYO..thanks sebab sudi sharekan resepi yang marvellous ni...resepi yang wajib dicuba..memang sedap ya amat..mak mylady yang tak makan kek cheese pun, bila rasa sket, terus dia suruh potong 1 slice for her...and for my brother plak, dia kata "laa..awat bawak sket sangat"..and dear hubby plak, everynight memang akan makan 1 slice of this cheese cake..itu la sebabnya leh bawa to rumah my mom sket je..sebab yang dirumah pun, tinggal agak2 dalam 2-3 slice jek..hahahaha..disebabkan mylady menggunakan resepi RYO..dan juga menggunakan biskut OREO sebagai ganti biskut marie, maka mylady jadikan nama kek cheese ni, sebagai...

KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO
   
tu la..degil kan?..orang suruh rendam biskut 1 saat, ko rendam 10 saat...kan dah huduh jadinya..
 
Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) *pakai stok yang ada jek...OREO..dan untuk topping, mylady campurkan dengan cheese crackers..
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

4 comments:

RYOVZHVR Best Blogger Tips

hihi...TQ sis...gud try......ok jugak tu...still ada bentuk biskut tu...my fren try guna oreo jugak.jadi mcm eskrem.

Mylady Best Blogger Tips

hahaha...eskrem pun, eskrem la..janji sedap!!..ni anak sedara nak balik dari USM kelantan for raya haji, dah order acik dia ni suruh buat cheese cake ni sebab paksu dia kata sedap sangat..heheh

Ayu Best Blogger Tips

Assalam mylady..wah kat sini pun dah cuba ya..kita juga masih terkais2..heheh.. oklah tu asal sedap kan mylady..

Mylady Best Blogger Tips

@Ayu Ayu...mananya tak cepat..punya la teringin nak makan kek..tengok2 jumpa kek yang mudah nih..bahan mudah, cara pun mudah...sedap plak tu..apa lagiii..ehehe..cepat la try..tak sabar nak tengok hasil air tangan ayu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi