G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Friday, July 29, 2011

Rindunya....

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haaa...dear hubby mesti terkejut ni..bini aku rindu sapa plak nih..aish..nak kena godam nih..haahaha..actually, mylady rindukan kedatangan Ramadhan al-Mubarak..tah la..naper kali ni ternanti2 kedatangan Ramadhan..rindu nak bersahur berdua ngan dear hubby...*i tengok u, u tengok i, nasi tengok kita..hehehe*..nak bertarawih ngan dear hubby *hopefully diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah ni hingga ke penghujung Ramadhan*..rindukan betapa meriahnya suasana berbuka bergilir2 bersama keluarga suami & my family..*kalau berbuka berdua, rasa tak tertelan nasi tu*..dan rindunya memerah otak berpikir nak masak apa untuk sahur so that terbuka selera dear hubby untuk makan banyak *hahaha...betul ke yang ni pun dirindui?..hehehe*

Anyway, mylady nak ucapkan, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, maaf segala salah dan silap..walaupun kita hanya kenal di alam maya, tapi, mungkin ada sebarang penulisan mylady yang mengguris perasaan para pengunjung...mylady minta maaf ek..takde niat pun nak menghentam mana-mana individu dalam posting mylady..semua tu adalah berdasarkan pendapat dan pandangan dari mylady.

Akhir kata, semoga ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini, diterima olehNya...Amin...


Segmen Mari Memasak : Ikan Masak Lomak Cili Api

Assalamualaikum dan selamat pagi buat para sahabat..

Yeah...hari ni dah hari Jumaat..patutnya esok dan lusa cuti la kan?...Leh rehat2 kat rumah or pergi membeli belah untuk meyambut kedatangan Ramadhan..tapi, mylady & dear hubby still ada 2 CCNA classes to attend.. Patutnya class every Saturday, which will end by next Saturday..tapi, sapa la rajin nak pi kelas during bulan puasa ni. So, after further discuss, diaorang setuju buat kelas sabtu & ahad so that bulan puasa kitaorang takyah gi kelas dah...Yahoooo!!!..

Haaa...ni mylady nak share menu yang dimasak pagi tadi...setiap hari Jumaat during lunch time memang kitaroang balik rumah my mom sebab dear hubby gi masjid yang dekat ngan rumah my mom. So, mylady masak siap2 lauk untuk dibawa kesana..so that tak la my beloved mom bersusah payah nak memasak plak. Mylady suka lauk ni..sebab sedap...dan juga senang disediakan...so, lets check out the recipe..

IKAN MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahannya
1 biji bawang putih *ditumbuk
2 biji bawang merah *ditumbuk
15 biji cili api *ditumbuk - pagi tadi mylady malas nak menumbuk..so belah 2 jek cili tu
1 Santan kotak
1 inci kunyit hidup ditumbuk *takde kunyit hidup, mylady ganti dengan 1 sudu teh kunyit serbuk
2 keping asam keping
Garam
2 biji tomato
Daun kunyit *bau lebih harum kalau masukkan daun kunyit..mylady ingatkan ada dalam fridge..godek punya godek, takdak la pulakkkkkkk...so tak letak la..ishhhh..
500ml air

Cara-caranya
1. Lumur ikan dengan garam & kunyit dan goreng - ketepikan
2. Dalam periuk, masukkan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk
3. Bila dah berbau harum, masukkan santan dan air
4. Masukkan asam keping dan daun kunyit
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan
6. Bila asam keping dah kembang, masukkan garam dan ikan, biarkan mendidih
7. Rasakan masin & masam secukupnya
8. Masukkan tomato potong, dan biarkan mendidih 
9. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)

Thursday, July 28, 2011

Sleepiness Thursday..

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haa..3 hari jek lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..bulan yang mulia...So, camne? dah bersedia ke? Hopefully tahun ini kita dapat menambahkan ibadah kepadaNya..

Mylady ngantuk sebenarnya ni...tu yang terhasilnya sleepiness Thursday..hahaha...pandai2 jek ek reka sleepiness Thursday pulak...sebenarnya, masa mylady dok blogwalking hari tu, ada jumpa this quote..cam best jek quote nih..so, let me share it with you guys out there! :-)


Rasanya ramai yang pernah ada dalam situasi macam ni...bertahan atau bersabar disebabkan bimbang dan malu dengan penerimaan dan kata-kata orang sekeliling...Ada kekasih yang makan hati dengan kelakuan pasangannya dan di telan bulat2 begitu saja disebabkan malu kerana dulu menggembar gemburkan bahawa kekasihnya itulah kekasih paling hebat didunia...sanggup hidup berpura-pura, tapi makan hati...as what the picture said, sometimes leaving is better than staying as it'll makes things worst. Kalau rasa kekasih tu dah mula buat perangai, buat apa nak ditunggu lagi..Waktu bercinta ni, bolehlah nak breakup ke apa ke..tapi, what will happen if you choose to stay, get married, and then what?..Still nak makan hati berulam jantung lagi ke?..Come on..get up and make your mind!..InsyaAllah..ada yang lebih baik menanti mu disana...Mylady pernah dengar satu pepatah nih "Kalau kena pilih antara orang  yang sayangkan kita dengan orang yang kita sayang, lebih baik pilih orang yang sayangkan kita...sebab dia akan sayangi dan hargai kita sampai bila-bila"..tapi, kalau orang yang sayangkan kita dan orang yang kita sayang tu is the same person - Alhamdulillah, syukur diatas rahmatNya..:-)

p/s : yeah..hilang rasa mengantuk selepas memerah otak untuk buat posting nih..hehhe

Segmen Mari Memasak : Sup Telur Berempah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..

Camne cuaca di tempat anda hari ni? Kemarin di Penang hujan lebat..tapi, kejap jek pun...hari ni plak, nampak cam mendung..tapi tak tahu la nak hujan ka idak...mylady ni cukup suka dengar bunyi hujan...rasa syahdu, aman jek..masa kecik2 dulu sanggup ubah kedudukan katil ke tepi tingkap..kalau hujan malam2, sanggup buka tingkap untuk dengar bunyi hujan lebih clear..tetambah plak kalau kena tempias2 air hujan..fuhhhh..nyenyak tido..hehehe...sekarang pun, kalau dengar bunyi hujan, terus berat jek mata nih..

Haa..banyak plak mylady membebel hari nih...actually mylady nak share menu dinner yang direquestkan oleh hubby last night...dari dulu lagi dear hubby ada bagitau mak dia ada pernah buat sup telur..while mak mylady tak pernah plak masakkan sup telur untuk kitaorang..pastu, tanya MIL, dia cakap dia pun ingat2 lupa..but senang jek...then, disebabkan dear hubby takut mylady buat tak menjadi, so sup telur hanyalah tinggal sebagai angan2 sahaja..eheheh...hinggalah satu hari tu, mylady tengok CMG dari Dapur Tanpa Sempadan post pasal sup telur nih..tapi, mylady tak bagitau dear hubby..ingatkan nak masak sup telur waktu bahan2 mentah habis, so leh surprisekan dia ngan sup telur..mana tau, semalam balik dah lambat, bagi option untuk menu yang cepat dimasak sedap dimakan :- ikan masak lemak cili api, or ayam masak apa2 yang simple or sup telur...laju jek dia jawap sup telur..then he try to recall apa ada dalam sup telur mak dia dulu..so sweet of you my dear..

Sooo..inilah dia sup telur berempah resepi CMG...mylady minta zin C&P kat sini ek CMG...my dear hubby kata :- SEDAPP!! Thanks ek CMG!

SUP TELUR BEREMPAH
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
  2. Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
  3. Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday # 2

 p/s : dear hubby complain cakap tulisan tak clear..and need to click on the picture for large image in order to view the wordings...so, mylady rajin2kan diri menaip balik apa yang ada dalam gambar tu ek..so, jadilah entry nih, Wordless Wednesday..hehehe

I ASKED FOR STRENGTH..
AND ALLAH GAVE ME DIFFICULTIES TO MAKE ME STRONG..

I ASKED FOR WISDOM
AND ALLAH GAVE ME PROBLEM TO SOLVE..

I ASKED FOR COURAGE..
AND ALLAH GAVE ME OBSTACLES TO OVERCOME

I ASKED FOR LOVE..
AND ALLAH GAVE ME  TROUBLED PEOPLE TO HELP..

I ASKED FOR FAVORS..
AND ALLAH GAVE ME OPPORTUNITIES..

"MAYBE I RECEIVED NOTHING I WANTED..
BUT I RECEIVED EVERYTHING I NEEDED"

Wordless Wednesday # 1

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..


Tuesday, July 26, 2011

Segmen Mari Memasak : Chewy Oatmeal & Raisin Cookies

Assalamualaikum dan selamat petang buat para sahabat..

Haa..semalam mylady hanya sempat buatkan nasi goreng as dinner for dear hubby, salah satunya sebab nak buat this cookies la. Actually dear hubby memang suka ngat Subway cookies..sebab cookies dia tak rangup, soft and chewy...as for mylady pulak, mylady suka biskut yang rangup...so, everytime mylady buat biskut, memang akan jadi rangup jek..so, cian la kat dear hubby..dia makan sket jek...

Masa hari Sabtu lepas, dear hubby has been requesting for cookies yang soft & chewy nih..mati akal mylady..camne la aku nak buat nih..memang tak reti..so, mylady try google, Alhamdulillah...ada resepinya.and since then, he has been begging me for this cookies...So, semalam mylady gagahkan diri gak le buat cookies ni for my dearie sebelum Ramadhan menjelang. Bau semerbak harum jek bila bakar cookies ni..hubby said sedap!!..cuma mylady kena kurangkan gula lagi eventhough mylady dah kurangkan 1/2 cup sugar....So bagi yang berminat nak mencuba this soft, chewy oatmeal & raisin cookies , here's the recipe :-

CHEWY OATMEAL & RAISIN COOKIES

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus *mylady letak separuh jek
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan butter yang dilembutkan pada suhu bilik
1 cawan gula perang
1 cawan gula castor *mylady kurangkan jadi separuh jek..tu pun still manis..mungkin sebab puri kismis dan juga chocolate potong yang mylady masukkan..next time takyah letak gula castor nih
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3  cawan instant oat *mylady letak 2 cawan oat + 1 cawan nestum untuk tambah rasa lemak
1 cawan kismis *mylady letakkan 1/3 cawan kismis + 1/3 cawan badam potong kasar + 1/3 cawan coklat cincang kasar

Untuk puri kismis, kisar bahan dibawah :-
1/3 cawan air
1/2 cawan kismis

Cara-caranya
1. Masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam dan gaul sebati
2. Didalam bekas lain, masukkan 1 cawan butter, 1 cawan gula perang, 1 cawan gula castor, 2 biji telur, 1 sudu teh esen vanila, dan dikacau sebati
3. Masukkan puri kismis dan dikacau sebati
4. Kemudian masukkan oats dan 1 cawan kismis, gaul sebati
5. Bulatkan dan letak atas dulang pembakar, bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 7-8 minit
6. Biskut akan kelihatan lembut seperti separuh masak. Scoop dan letakkan atas radai untuk disejukkan
7. Biskut yang dihasilkan agak lembut dan kenyal..tidak rangup seperti biskut biasa..
Selamat Mencuba :-)

p/s : Mylady buat 1 adunan diatas dan menghasilkan lebih dari 2 bekas biskut raya. Kalau nak buat, boleh buat separuh adunan. Memula pening pikir camna nak menghabiskan biskut yang banyak tu memandangkan kami berdua ja dan Ramadhan hampir tiba, so mylady letakkan 1 bekas di cube hubby in case dia nak mengunyah di masa lapar. Sambil memblog ni, mylady tersenyum simpul sebab dear hubby baru je datang ke cube mylady bagitau kawan2 kitaorang memuji yang biskut tu sedap..dan hanya tinggal 5 keping jek dalam bekas..Alhamdulillah..ingatkan biskut yang lembut ni, ramai yang tak suka..ada gak yang suka rupa2nya...:-)

Segmen Mari Memasak : Nasi Goreng Sambal Belacan

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai bloggers2 sekalian..

Haaa..dah ada kat opis ke?..Bekpes apa hari ni?..Nih mylady share bukan menu bekpes pun..actually ni menu for dinner last night..tapi, disebabkan tugas dirumah yang banyak menanti, tak terbuat plak entry untuk semalam. Anyway, nasi goreng ni, bukan jek sesuai untuk menu dinner..kalau di buat sarapan pagi or untuk lunch pun sesuai gitewww..bak kata orang, multiuniversal la...eh..ada ke perkataan tu?..hehehe..So, kalau ada lebihan nasi dan takde idea apa untuk dibuat bekpes, jom tengok resepi yang pakai hentam keromo ja dan menggunakan apa yang ada dalam esbok ja nih..:-)

NASI GORENG SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan
Baki nasi putih
Baki sambal belacan
Carrot
Sawi
Cendawan Tiram
Ikan bilis
Udang/Sotong/Jejari Ketam *ikut la apa yang ada dalam esbok korang..mylady letak udang ngan jejari ketam jek since sotong takde..
2 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
Garam *jika perlu..memandangkan sambal belacan dah secukup rasa

Cara-caranya
Nasi putih digaul dengan sambal belacan hingga rata dan sebati- ketepikan
Goreng ikan bilis sampai garing - ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali
Tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau
Masukkan sotong, udang, jejari ketam
Bila dah masak, masukkan nasi yang digaul sambal belacan tadi
Gaul rata dengan bahan2 tumis
Kemudian masukkan carrot dan batang sawi...
Biarkan hingga carrot sedikit layu..
Masukkan cendawan tiram dan daun sawi..
Kacau rata hingga masak..
Jika perlu, sila tambah garam
Angkat dan hidangkan..
Selamat Mencuba!! :-)


Monday, July 25, 2011

Ceria di pagi Isnin...

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Haa...lama kan mylady tak update blog..hahaha...honestly..beberapa kali masuk blog, tapi takdak idea nak blog tentang apa..dear hubby bagi some suggestion, mylady ada gak suruh dia buat posting on behalf of me since i don't have the idea...tapi, dia taknak...tak reti katanya..hehehe..

Anyway, mylady ada comes through this funny video clips...tunjuk kat dear hubby..and dia cakap, why don't you blog something about it...and here it goes..

Mylady just suka2 jek tau share video clips ni, takde sebarang niat untuk menyokong or menentang mana2 pihak..just enjoy their creative ideas in making out this video...lets check it out! :-)

PART 1

PART II

Hahaha...part 2 punya, memang mylady takleh tahan gelak..but some of my friends curious..about hisap garam tu...even dear hubby pun tak faham..naper dia letak garam dalam mulut? I'm not sure if you guys out there knows this or not...tapi, itulah petua untuk menghilangkan pedih mata..masa mylady kecik2 dulu, mylady dok dengan nenek..ye lah..mylady & adik beza umur tak sampai 2 tahun..my mom citer, asal lepas pandang dari adik jek, tengok2 mylady tengah cubit or do something to adik..yes...i'm kinda jelaous type..so, kena post balik kampung..duduk ngan nenek ni, takde aktiviti nak buat, dok kepoh la lebih..bila nenek tumbuk sambal, mylady pun menyibuk la gi sua muka depan lesung tu dengan harapan nenek bagi peluang mylady menumbuk sekali...orang dah kata, dok jauh2, tak..dia degil...masa nenek tengah menumbuk tu, tupppp...air cili terpercik masuk mata..apa laie..meraung la..nenek cepat2 masukkan 1-2 garam kasar dalam mulut..and after a while, rasa pedih tu akan hilang..mylady taktau la camna garam tu leh relate dengan hilangkan pedih mata..sapa2 yang pakar, leh la explainkan...mylady siap tanya nenek.."apsal nenek taruk garam?..kalau taruk gula lagi sedap"..haahaha...sib baik nenek tak taruh ngan lesung batu kat cucu dia nih...macam2 songeh..

Anyway, atuk & nenek dah kembali kerahmatullah...atok meninggal when I was 12 years old...sedih gila..and nenek just meninggal setahun lebih...this 15 ramadhan will be 2 years dia meninggal...Al-Fatihah untuk kedua2 arwah dan semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..

Thursday, July 21, 2011

Jusco Big Sale Deal!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat bloggers..

Aduh...lotih eden...haaa..mylady kerja hari ni..tetiba teringat plak..opssss...hari ni Jusco J Card Member's Day..discount up to 70% plak tu...so, ngendeng2 kat dear hubby, and he agreed!!..muahhhsss...syok giler...so, waktu lunch tadi, gigih le kitaorang gi Jusco...

Mylady prefer shopping during lunch time instead of after office hour especially during Big Day Sales..sebab apa?...kalau after office hours, nak cari parking confirm susah nak dapat, and to my surprise, semua trolley abis terus..fitting room plak, harus la kena beratur..tapi gi time lunch tadi, agak mudah la nak dapatkan fitting room..dear hubby terkejut tengok shopping mall penuh orang hari ni and he said "Diaorang nih tak kerja ke apa hari ni?"..Well dear..diaorang tu sama la cam kita..amik peluang lunch time to grab this best deal..itu pun tadi ada apek sebelah mylady spent about RM2000++..sabun serbuk basuh baju 1 trolley, syampu pantene 1 trolley..then apa tah lagi..punya la banyak dia beli...amboi..sakan betul apek nih stok untuk 5 tahun ke apa..tapi as for me, bagus la..pandai apek ni menguruskan perbelanjaan dengan membeli waktu harga murah..

Lepas shopping barang2 mylady..then, shopping for dear hubby plak..tengok2 jam..opsss...almost 2pm...almost 2 hours kitaorang shopping and we haven't had our lunch yet!!..rasa cam baru 15 mins jek dok dalam shopping mall tu *versi tak sedar diri bila bershopping* takpe..takpe..beli dulu barang dear hubby, and then gi claim for the cash voucher *RM100 spend on pink receipt get RM10 cash voucher, for green receipt pulak, you'll only get RM5 for RM100 spend*..lepas2 claim cash voucher, eh eh..naper kaki rasa sakit ek...masa gigih membeli tu, tak rasa plak sakit kaki *nyesal tak pakai flat shoes hari ni*......*ek eleh..sudahlah mylady..selalu camtu..abis gigih shopping baru rasa sakit kaki*..dan tetiba gak rasa perut berkeroncong...hehehe..

Letih tu memang la letih...sebab shopping in 2 hours time..tetambah plak shopping baju dear hubby..macam tak cukup time jek rasa...tapi at least I'm satisfied..mission accomplished!! :-)


p/s : Babeh...betul ke after office ni nak gi shopping lagi?..hehehe...i loikeee...*terus hilang sakit kaki* :-)

Tuesday, July 19, 2011

Segmen Mari Memasak : Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Arrghhhh..ngantuknya hari ni!!!...Keje tak banyak plak hari ni...memula dok baca blog, dah hampir terpejam mata...belek henpon, main sudoku *gara2 dear hubby dah potong my level..cisss!!..akan ku kejar balik*..tup2 rasa pandangan gelap sambil tangan masih memegang henpon...lorrrr..mylady terlena...sedar2 jari dah tertekan nombor apa2 tah kat petak sudoku tu, dan mylady dah lost track nak isi nombor apa dekat petak mana satu..dah la hampir2 nak abis..ciss lagi...tekan RESET button...pueh ati den...hehe..

Haaa..mylady ada nak share menu yang mylady masak..sudah semestinya bukan hari ni..sebab hari ni mylady ada kat opis..sudah pasti boss mylady tak kasi mylady memasak di pantry opis..nih menu ahad lepas..tapi, sebab kebizian melanda hari ahad tu, posting di tunda ke kemarin..dan dari kemarin di tunda ke hari ni...

Resepi nasi tomato ni, cam biasa la ek..resepi from my mother..Kadang2 mylady gi makan kenduri, ada nasi tomato yang berwarna oren terang dan berasa masam..rupa2nya my mom bagitau, ramai yang  menggunakan puree tomato dalam tin instead of tomato soup...Mak mylady memang dari dulu pakai Kimball tomato soup dalam tin tu..rasanya2 most of orang Penang masak nasi tomato pakai tomato soup instead of tomato puree kot..Lets check out the recipe!

Haa..ni lah dia kimball tomato soup...gambar ehsan Mr Google ye...


NASI TOMATO
Bahan-bahannya
4 pot beras basmathi - untuk menghasilkan tekstur nasi yang panjang dan sebiji2..*abaikan tekstur nasi seperti didalam gambar sebab mylady pakai beras biasa jek since takde beras basmathi kat rumah..hentam sajalah labu!!
1/2 tin kimball tomato soup
1 senduk susu tepung dibancuh dengan air panas
*anggaran air bergantung kepada air yang diperlukan untuk memasak 4 pot beras, ditolak dengan 1/2 tin kimball tomato soup..contohnya, kalau 4 pot beras guna 4 1/2 pot air, so susu dibancuh dengan 4 pot air sebab lagi 1/2 tu, contribute daripada kimball tomato soup
Garam/Gula secukup rasa
Kismis *optional
Daun Pudina *optional

Bahan menumis
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
*kedua2 bahan diatas ni di tumbuk halus
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
buah pelaga
kulit kayu manis
 2 sudu besar minyak sapi

Cara-caranya
Basuh dan sejat beras basmathi
Tumis bahan2 diatas didalam minyak sapi hingga wangi baunya
Masukkan susu tepung yang dah dibancuh dan tomato soup kimball
Masukkan garam dan gula, rasakan secukup rasa
Tuang kedalam beras didalam rice cooker yang dah dibasuh dan disejat tadi
On kan rice cooker, dan pastikan nasi sentiasa dikacau untuk memastikan masak sekata
Bila nasi dah hampir masak, taburkan kismis dan daun pudina...kalau takde pun tak apa..but daun pudina ni memang akan menambahkan lagi keharuman nasi tomato tersebut
Selamat Mencuba...

Haa..kalau dah ada nasi tomato, memang tak lengkap kalau takde ayam masak merah or ayam masak ros ni..here goes the recipe...

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
1/2 tin tomato soup kimball
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar *1 untuk ditumis, 1 untuk dimesin
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
*mesin halus bahan2 diatas kecuali ayam dan tomato soup...:-)
1 kuntum bunga lawang
2 bunga cengkih
1 biji pelaga
1 kulit kayu manis
Santan pekat 1/2 biji kelapa
Garam/Gula
1/2 kiub ayam knorr

Cara-caranya
Ayam dibersihkan dan digoreng menggunakan garam & kunyit.
Angkat ayam, tinggalkan minyak sedikit didalam kuali untuk menumis
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan  bahan2 yang dimesin..biarkan mendidih hingga cili masak dan kurang bau lengkuas/halia
Kemudian masukkan tomato soup kimball, santan, ayam yang digoreng..biarkan mendidih sebentar..
Kemudian masukkan garam, gula, kiub ayam knorr dan rasakan secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan..:-)

Tengok menu..ish..takkan 2 jenis jek kot..sedih ngat aih...so, godek2 esbok, ada le balance2 udang lagi..so, mylady buat jek udang goreng kunyit..resepi dia ni, rasanya ramai dah tau..hehe..malu jek nak letak..tapi, letak gak la..mana tau ada nak try ke..ehehhe..

UDANG GORENG KUNYIT
Bahan-bahannya
Udang
Serbuk Kunyit
Garam
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya
Gaul udang dengan garam & kunyit
Goreng dalam minyak yang sedikit hingga masak
Masukkan sos tiram, serbuk lada, bawang besar, cili merah
Gaul rata
Sedia untuk dihidangkan...:-)

Segmen Mari Memasak : Pancake

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers...

Pagi2 tadi mylady tanya dear hubby nak bekpes apa..as usual, dia memang tak suka menyusahkan mylady and requested for something easy to prepare..Roti bakar & telur separuh masak..tapi, kesian plak..tak jemu ke dia? So mylady suggest la...nak pancake tak? as I know it's one of his favourite..cepat jek dia jawab " Nak..sempat ke?..nak gi keje lagi.."..Jam dah menunjukkan pukul 7:15am.."Sempat.."..confident jek mylady jawab..mentang2 la waktu keje fleksibel..hehehe.. Mylady pernah ternampak resepi pancake mudah ni dekat dapur K.Nor dari Secubit Garam..so, i try her recipe out...tapi mylady tak letak yogurt sebab takde stok...rasa dia memang sedap...K.Nor..mylady minta tumpang copy & paste resepi dari K.Nor ek...Bekpes siap dihidangkan pada jam 8am...hehehe...

YOGURT PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder
2 biji telur A
5 sudu besar butter ~ dicairkan
1 cawan susu fresh *mylady tambaj another 1/2 cup untuk replace yogurt yang tak ada tu*
1 bekas yogurt plain (140gm) *mylady tak letak yogurt sebab takde stok*
2 sudu besar gula castor
secubit garam
1 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan adun hingga sebati.
Boleh menggunakan blender/hand wisk.
Rehatkan adunan selama 5 minit.
Panaskan frying pan dgn api yg sederhana kecil.
Masukkan sesenduk kecil adunan dan biarkan hingga adunan td mengeluarkan lubang2 kecil.
Terbalikkan dan masak hingga pancake masak.
Hidangkan dgn jem, sos coklat atau madu, mengikut selera masing2.
*mylady drizzlekan chocolate cair & whipped cream untuk topping..sedap!! :-)

Monday, July 18, 2011

Seronoknya bercinta lepas kahwin...:-)

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haaa..topik cintan cintun plak..hehehe...mylady saja nak berbicara tentang hal bercinta ni..

Kenapa mylady cakap bercinta lepas berkahwin tu lebih seronok? Ye lah..sebelum berkahwin, kita kena jaga batas pergaulan...even kalau mengikut salah satu article yang mylady baca, bercouple itu haram...memang ada yang berkata, tak salah jika kita menjaga batas pergaulan semasa bercinta...ye lah...selalunya orang berkata, kalau 2 orang bukan muhrim berdua2an, akan ada pihak ketiga..iaitu syaitan...tapi, bila mylady baca article tersebut, barulah terasa betapa banyaknya dosa yang dilakukan semasa bercouple...dosa apa?..dosa tangan - hantar sms cintan cintun, dosa kaki - keluar gi dating, dosa mulut - mengucapkan kata2 cinta, sayang..dosa mata, dosa telinga dan macam2 lagi...iskkk..rasa macam tak tertanggung plak dosa2 tu semua...

Haa..lepas berkahwin, itu semua halal...tapi, mylady hairan...naper lelaki sebelum kahwin sanggup berkepit macam awek tu nak kena culik tapi selepas beberapa tahun berkahwin, dah tinggal bini terkapai2 jalan dibelakang..ishhh..yang halal taknak pegang...cuba amalkan jalan berpegangan tangan dengan isteri..tak usah malu..bukannya kita berbuat dosa pun...bila berpegangan tangan, akan terbit satu rasa yang cukup indah dalam diri...cubalah praktikkan...hubungan pun akan bertambah erat antara suami isteri...

BerSMS...lepas berkahwin, cubalah berSMS macam semasa bercinta...jangan lah asyik SMS "Abang..balik keje nanti jangan lupa beli bawang ek"..or "Abang gi keje tadi tak buang sampah ke?"..or any SMS yang membuatkan otak suami lagi berserabut..cuba SMS kata2 yang menggembirakan suami "Abang dah sampai opis ek?..Balik awal kay...I miss you oredi"...or "My honey bunny busy ek hari ni?..Balik kang I masak something special for you...drive carefully tau....love u."..haaa..camtu la..laki pun, tak senang dok di opis..asyik ingat nak balik umah jek..heheheh..

Masa sebelum berkahwin, bila nak keluar dating jek, berdandan sehabis cantik, pakai perfume satu botol..memang indah jek di mata pasangan..haaa..cuba amalkan macam tu lepas berkahwin..ye lah..suami pun harus faham..dulu masa bercinta, kadang2 jek jumpa..sekarang dah hidup sekali...takkan le lepas2 siang ikan yang sebesen besar tu si isteri still berbau DKNY perfume..tu dasyat tu..mungkin dia mandi dengan perfume..dan si isteri plak, jangan la amik mudah hal tu...lepas2 siang ikan, mandi2..rambut tak bersyampu, sisik ikan pun ada satu dua di rambut, selamba jek gi nonton tv sebelah suami..ermmm..at least pastikan bau hanyir ikan tu dah hilang ye...lebih elok kalau pakai bau2an wangi dan berdandan bila dekat dengan suami...kalau suami suruh pakai skinny jeans ke, suruh bersolek ke pakai jek la...bukan pakai untuk keluar rumah dan jadi tatapan orang...tapi untuk tatapan suami..

Dulu mylady hairan..kenapa mak mylady layan bapa macam raja...mylady tak faham..ye lah..masa tu kecik lagi..bila bapa balik keje jek, mak terus hidangkan air..tanpa disuruh..mylady tak faham...bapa tak minta pun..naper mak susah2 buatkan air..tapi, sekarang bila dah berkahwin, baru la mylady faham betapa tingginya darjat seorang suami sampaikan Allah berfirman..“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada  suaminya".. Haa..begitulah tingginya darjat seorang suami pada si isteri ..tapi, suami pun jangan ambil lewa  tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami...kerana tanggungjawab seorang suami, amatlah berat...

Panjang pulak entry ni..last sekali, cuba amalkan sembahyang berjemaah dengan suami...kalau suami bagi alasan belum bersedia menjadi imam, that's ok..semayang sekali..lepas semayang, buat macam masa lepas akad nikah tu..cium tangan suami dan suami kucup ubun2 isteri..haaa..cuba amalkan...cium tangan suami dan mohon ampun atas segala kesalahan even kita takde wat salah.. *takyah tunggu raya ye*..InsyaAllah..rasa kasih tu akan bertambah mekar antara suami isteri..:-)

p/s : Dear hubby..i know i'm not a perfect wife for you..but i'm trying my best to be the one for you..guide me to the right path by following Al-Quran and Sunnah..teach me to be the loyal wife, .forgive me if I ever hurt your feeling and I need you by my side along our journey..InsyaAllah, our life will be bless by Allah S.W.T..

Kucing di buli burung?

Assalamualaikum dan selamat petang dear bloggers...

Mylady come through this clip in youtube. Memang cute betul kucing ni..penyabar betul..Mylady hope, kita as a human being patut ada tahap kesabaran yang lebih tinggi...so, enjoy this video!! :-)

Hangin betul!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat bloggers..

Dah lunch?..mesti tengah kenyang bagi yang baru yang lepas lunch. Mylady pun mata kuyu jek hari ni..Ha..hari ni mylady nak berceloteh pasal ragam manusia..On Saturday, mylady dapat satu phone call yang membuatkan darah mylady mendidih2..hehehehe...Ni conversation mylady dengan orang tu :-

Pemanggil : Assalamualaikum..boleh bercakap dengan Puan Mylady? (bukan nama sebenar..heehhe..)

Mylady : Waalaikumussalam...saya bercakap ni...

Pemanggil : Puan saya dari travel agency C******..saya nak sahkan alamat rumah puan, sebab kitaorang ada nak hantar kad platinum kepada puan.

Mylady : Huh?..Kad platinum? 

Pemanggil : A'ah..takde orang call puan ke sebelum ni beritahu yang kitaorang akan hantar kad platinum ni?

Mylady : 2 tahun lepas ada la...untuk jadi ahli VVIP..tapi, saya dah bagitau saya tak nak..sebab saya dah tak menggunakan servis syarikat awak lagi..saya pun dah tak keje *tipu sunat* dan dah tak gi melancong lagi..

Pemanggil : Saya tahu puan..kalau pun puan taknak menggunakan lagi servis kitaorang, puan kena juga ambil kad ni so that kitaorang boleh tutup account puan. Setiap pelanggan kitaorang yang mempunya kredit kad, kena terima kad ni sebab kad ni tak boleh di batalkan..puan terima kad ni, kami tutup akaun puan.

Mylady : what the???? *sambil pandang muka dear hubby* and dear hubby cakap "cakap je taknak"

Mylady : Kalau saya tak nak guna servis awak, kalau awak nak tutup akaun, apa hal plak saya nak kena terima kad platinum ni? Kad platinum ni kad apa sebenarnya?..benefit apa yang saya dapat kalau saya ambil kad ni? is it a credit card?

Pemanggil : Tak kisah la kad apa pun, puan nak guna ke, tak nak guna ke, tak kisah...yang penting sekarang ni, saya nak confirm alamat puan untuk hantar kad platinum ni kepada puan..puan faham tak?
*aiiiikkkk..sib baik bukan ada depan mata aku..kalau dak, aku sekeh2 mamat bangang nih*

Mylady : No..saya tanya..kad ni kad apa?..kad kredit ka, or kad untuk saya dapat benefit if saya travel ka? and apa charge apa2 ka untuk kad ni?..coontohnya kalau kad kredit, kan kena annual fee ngan goverment tax...

Pemanggil : Macam ni puan..kad ni, puan bayar sekali jek, rm480, pastu ikut suka puan la nak pakai ka dak.

Mylady : Huh?..buat apa saya nak bayar kalau saya tak nak pakai *suara dah tinggi dan hampir pitam ngan mamat bangang nih*

Pemanggil : Puan...saya just nak alamat puan untuk...

Mylady : TET *bunyi tekan butang END CALL, terus mylady off phone. He's calling from mobile number, so I set his call to be sent directly to voice mail*

Buang masa argue ngan orang macam ni...tak logik langsung..last 2 years I received the same call..from the same company..but it's a woman...dia nak naikkan my membership to VVIP..but I need to pay rm480. I said I don't want as I didn't travel a lot. So, she said, it's ok..only that my status is still as ordinary member la...not as VVIP..I said, it's ok with me..takde gunanya ber vvip ni..dapat voucher masa awal2 join pun, tak terabis pakai..

Yang mamat bangang nih, ada ke nak paksa kita amik kad tu dengan alasan nak tutup my account *since I cakap I dah tak pakai their services* and some more, need to pay the RM480?..Memang !@#$%^!!!.. Geram betul mylady nih...don't think I'm that stupid that you can fool me!!!

p/s : Puas hati dapat lepas geram dalam blog..so, to you out there, berhati2 la ek...

Saturday, July 16, 2011

Segmen Mari Memasak : Cucur Udang

Assalamualaikum dan selamat petang buat para bloggers..

Tengah sibuk sediakan minum petang ke? Bagi bloggers yang bekerja cam mylady ni, weekend jek la hari nak memasak something special untuk suami tercinta..bagi para home minister plak, setelah 5 hari bergelumang menyediakan makan minum untuk suami dan keluarga tercinta, weekend la hari untuk bersantai dan meluangkan quality time dengan yang tersayang...betul tak? Takpe..takpe..bagi yang sedang beriadah bersama keluarga, mylady hope you enjoy your day out with your dear family...

Hahaha..tengahari ni sorry la..mylady tak masak..dear hubby tak kasi masak plak..ajak kuor makan..so, we had our favourite Rice Noodle in Seafood Gravy at Black Canyon..nih memang favourite kitaorang ni..kalau gi Black Canyon, ini la yang kitaorang order..dah pernah try lelain menu, tapi inilah menu paling sedap pada tekak mylady & dear hubby..

letak cili api + bawang putih goreng...fuhhh..terangkat!!! *sorry ek macha..itu bawang putih goreng itu 1 botol juga saya hampir mau kasi habis..hehe*

Ok..ok..back to the topic..for minum petang, hubby requested cucur udang..Sebenarnya, masa singgah umah mak mertua semalam, dia offerkan daun kuchai yang bapa tanam..ada 12 pasu kuchai kalau tak salah..mylady cakap "boleh la mak..nak buat cucur udang ke, kuey teow goreng ke"..mylady suka letak kuchai sebab bau cucur tu akan jadi lebih harum..hehehe...terus dear hubby tanya "bila nak buat cucur udang?"..hehehehe....plan nak buat as breakfast..tapi, dear hubby prefer to have it during minum petang...so, here goes the cucur udang as your wish my dear...

CUCUR UDANG
Bahan-bahannya
Udang (ikut suka nak letak banyak mana)
Daun kuchai di potong
1 biji bawang besar di potong nipis
1 biji cili merah di hiris halus
Tepung Gandum
Sedikit Tepung Beras (agak2 1/4 daripada tepung gandum)
Garam
Air rebusan kepala udang (kalau takde, masukkan air dan sedikit ajinomoto)
Serbuk kunyit

Cara-caranya
Udang, daun kuchai, bawang besar, cili merah, tepung gandum, tepung beras, garam, air udang/ajinomoto dan serbuk kunyit, di campur sekali dan di gaul rata. Adunan tepung jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat..agak2 pekat sedikit dari adunan goreng pisang. Goreng dalam minyak sehingga kuning keemasan dan sedia untuk dihidangkan...:-)

Segmen Mari Memasak : Ikan Kerapu Masak Stim

Assalamualaikum dan selamat pagi my dear friends...:-)

Hehehe..apa ke hei pepagi wat posting Kerapu Masak Stim ni kan? Takkan le bekpes Kerapu Masak Stim pepagi ni kan?..Hehehe...Bebenonye, mylady masak Kerapu Stim ni semalam. On the way balik keje pukul 8pm semalam, dear hubby requested nak makan ikan stim..ikan tu memang ada..tapi, bahannya2 tak lengkap..so, singgah jap hypermarket beli bahan2nya...sampai umah, dah pukul 9 lebih..terus defrost ikan dan siapkan bahan2 untuk memasak..masak kerapu stim ni, amik masa yang singkat jek..tapi, proses menghiris halus segala halia, carrot dan cili tu la yang mengambil sedikit masa...and we have our dinner at 10pm++..hahaha..lebih kurang supper la kan?

Resepi ikan masak stim ni, mylady ambil dari another lady's recipe...haaa...another lady?..hehe..Yerp..Lady of Leisure from Little Parlour...1st time try resepi dia, dear hubby terus suka and we stick to this resepi setiap kali buat ikan masak stim..selalunya mylady guna ikan siakap..sebab mylady memang tak pernah makan ikan kerapu..but after my sister bagitau ikan kerapu lagi sedap rasanya if buat kari or stim compare to siakap, mylady pun ada la beli kepala ikan kerapu buat kari..hajat di hati nak buat posting la..tapi, sedih betul..maybe sebab isi ikan kerapu yang lembut tu, dia jadi cam hancur..but taste wise, memang sedap daripada ikan siakap..and since ada lagi isi ikan kerapu yang lebih, mylady try pulak buat masak stim..tapi mylady tak masak lama2 takut hancur jugak..and...memang sedap!!!.so if rasa2 nak makan ikan stim for today's lunch, lets check out the delicious recipe here..

IKAN KERAPU MASAK STIM
 
Perap isi ikan dengan sos tiram & sos ikan/nampla
 Bahan-bahan :- 
halia dihiris halus, 
cabai merah dihiris halus, 
serai 3 batang,
limau (mylady pakai lemon je since takdak stok limau), 
lobak dihiris halus, 
bawang merah (mylady takde bawang merah, so gantikan dengan bawang besar dibelah 4, 
cili api (ikut tahap kepedasan yang mampu diterima lidah), 
cendawan tiram (dear hubby suka cendawan enoki sebab rasanya yang chewy2 gittew..tapi takde stok kat hypermarket semalam..frust betul!!),  
fungus hitam, 
pati ikan bilis (takde dalam gambar..hehehe)..
buah plum (mylady tak masukkan..sebab takde..) 

 CARA-CARANYA
1. Blend cili api & bawang putih, tumis sekali dengan separuh halia yang dihiris halus dan serai
2. Bila dah naik bau wangi, masukkan air, bawang besar, dan pati ikan bilis.
3. Bila dah mendidih, masukkan ikan, lebihan halia tadi, jus perahan lemon dan garam. Perasakan secukup rasa.
4. Bila ikan dah masak, masukkan cendawan, fungus, carrot,  cili dan tomato.
5. Sebelum dihidangkan, bolehlah dihias dengan daun sup/daun bawang untuk aroma yang lebih wangi.
Selamat Mencuba!! :-)

Thursday, July 14, 2011

Segmen Mari Menonton : Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2

Assalamualaikum dan selamat tengah malam buat sahabat2 semua..

Haaa..dah tido ek?..Mylady lom tido..baru ja balik menonton  Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2. Kalau sapa2 yang dah tengok Part 1, jalan cerita part 1 agak hambar dan agak perlahan, tapi dalam part 2, jalan cerita dia memang menarik..sampaikan tak terasa masa berlalu...

So, dapatkah Harry Porter menewaskan Voldemort? Saksikan  Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 dipawagam berhampiran...*promote le pulak..hehehe

Rating?..mylady bagi 9 out of 10..:-)

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Berbaju kurung tak vogue?

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Alamak..alamak..dah dekat kul 5pm dah..hehe..takpe..luangkan masa yang ada untuk wat posting sebelum balik..Haa..topik mylady pada hari ni...tak vogue ke kalau kita berbaju kurung?  Ni bukan mylady kata ek..tapi, berdasarkan pengalaman dan kisah benar dari kawan2, mylady hairan gak..naper agaknya ada yang malu berbaju kurung? Bagi mereka, baju kurung hanya sesuai di pakai pada hari raya, menghadiri majlis agama, atau menziarahi jenazah...ada yang selepas kenduri, singgah ke shopping mall dan sanggup bawa baju persalinan untuk disalin semata2 malu nak berjalan2 didalam shopping mall tu dengan berbaju kurung...ermmm mylady takde nak menilai orang kat sini..sebab ada jugak yang rimas berbaju kurung kerana panas dan sebagainya..

Tapi, bagi mylady, tak usahlah sampai berasa malu nak berbaju kurung...suka tengok orang berbaju kurung ni..nampak ayu dan sopan jek..tapi ye lah...baik buruknya akhlak seseorang, bukannya bergantung pada ketrampilan diri...betul tak?

p/s : byeee...dear hubby dah ajak balik...yahoooooooooo!!! :-)

Monday, July 11, 2011

Bersyukurlah...

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Cakkk...pepagi lagi mylady dah bersiaran ek..hari ni mylady cuti replacement public holiday harijadi gabenor Pulau Pinang..nih tengah temankan dear hubby datang servis kete which will takes about couple of hours..sib baik la ada wifi..bolehla mylady menghilangkan rasa bosan dengan berblogging...

Bersyukurlah..ye..ramai diantara kita yang berkeluh kesah dengan segala takdir yang menimpa. Janganlah mengeluh...ada sebabnya kenapa Allah S.W.T memberikan kita ujian dan cabaran...bersyukurlah kerana Allah masih lagi meminjamkan nyawa kepada kita..bersyukurlah Allah mengurniakan kita rezeki seadanya...bersyukurlah kerana Allah tidah menduga iman kita dengana kekayaan yange melimpah ruah kerana ramai yang tersungkur apabila sudah dilimpahkan kekayaan..bersyukurlah Allah menjadikan kita sebaik2 manusia..bersyukurlah kerana Allah mengurniakan kita rupa paras..walaupun tidak secantik ratu dunia...bersyukurlah kerana Allah tidak menduga kita dengan kecantikan paras rupa yang mana ramai telah kecundang dilorong 2 gelap akibat mengejar kekayaan dengan berumpankan kecantikan..bersyukurlah Allah mengurniakan kita kesempurnaan hidup seadanya...

Ya Allah Ya Tuhanku..aku bersyukur dengan dugaan yang Kau berikan kepadaku, telah Kau datangkan bersamanya sinar kebahagiaan yang kucari-cari selama ini..Kau limpahkan kasih sayang yang kudambakan selama ini..dan Kau telah memberi peluang kepada kami memperbaiki diri..Ya Allah...sesungguhnya aku amat bersyukur..kerana segala ketentuan dan dugaan dariMu..merupakan pembuka jalan kepada kebahagiaanku...Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, July 10, 2011

Kari Tulang..

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat bloggers..

Hehehe..agak dah..bila mylady post about nasi minyak, mesti ramai hairan..aik..takkan nasi minyak jek..lauknya mana?..hehehe...nasi minyak ni, sesuai di makan dengan macam2 jenis lauk, contohnya :- gulai ayam kampung, gulai daging, ayam masak merah, ayam goreng berempah, dalca, daging pesamah, daging mami, sambal tumis udang, sambal tumis telur dan macam2 lagi..sebab tu mylady suka makan nasi minyak ni sebab senang nak buat lauk pauknya...

Untuk nasi minyak mylady hari ni, mylady watkan lauk dibawah ni untuk dimakan dengan nasi minyak...

KARI TULANG DAGING
Bahan-bahannya
Sekilo tulang daging
1 biji santan kelapa
1 sudu besar kerisek
2 biji kentang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
2 tangkai daun kari
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 tangkai kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 bungkus rempah daging
2 sudu besar serbuk cili
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Tumbuk bawang besar, bawang putih & halia
Tumis bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, serai yang diketuk, daun kari sehingga naik bau
Kemudian masukkan rempah daging dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan air
Tunggu sampai pecah minyak
Masukkan daging, tambahkan air, didihkan hingga daging empuk
Bila daging dah hampir empuk, masukkan santan, kerisik dan kentang
Tunggu hingga kentang empuk, masukkan garam secukup rasa
Okay...kari tulang dah siap...sedia untuk dihidangkan :-)

p/s : Mylady and dear hubby memang prefer bahagian bertulang nih..baik ayam, ataupun daging, memang nak bahagian bertulang..mungkin sebab rasanya lebih manis kot..hehehe...bahagian yang banyak isi tu, jawabnya masuk dalam tomyam or digunakan dalam mee/kuey teow/bihun...:-)

Selain kari tulang daging, mylady juga buatkan sotong berempah kurma, resepi daripada rumah Cik Mat Gebu...Memang mudah nak sediakan sotong ni dan rasanya pun sedap...dalam mylady dok menjenguk rumah otai2 masakan, tengok2 ehh...kak ummi kuantan pun menyediakan juadah yang sama...CMG..saya minta izin copy paste resepi kat sini ek..:-)

SOTONG BEREMPAH KURMA

Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram sotong saiz sederhana, siang, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DISATUKAN :-)
  • 1 camca besar rempah kurma (mat guna jenama adabi)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 inci halia*
  • 1 biji cili hijau*
  • 2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi digaul bersama bahan2 yang "disatukan" dan perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, halia dan juga cili merah, bila layu, masukkan sotong dan gaul rata.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, kacau dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga pekat. Perahkan jus limau kasturi, kacau dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..

Haaaa..menu terakhir sebagai juadah sampingan untuk nasi minyak ni, tadaaaa..paling simple dan sebagai pembuka selera...PAPADOMMM...:-) Yang ni takde resepi la ek..sila dapatkan di kedai2 runcit yang berhampiran..hehehe...

p/s : Sorry..gambar overall juadah yang dihidangkan tak sempat disnap..sebab dear hubby dah tak sabar2 nak menjamu selera...:-)

Nasi Minyak...

Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan..

Tengah buat apa tu?..Hehehe..dah time minum petang kan? Mylady baru jek nak post menu lunch tadi..maklumlah..lepas2 lunch, penyakit M pun datang..sementara tunggu waktu Asar nih, meh mylady nak share menu untuk hari ni..

Makan kenduri?..hahaha..tak la..takde jemputan kenduri kahwin pun..tapi, erm tetiba hari ni nak masak something special for dear hubby..ye lah...lebih kurang 20 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak, so apa kata tukar sket menu yang biasa2 tu, ke menu yang lain sket..so, ini dia menu untuk hari ni...

NASI MINYAK
 Bahan-bahannya
2 mangkuk beras
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Buah Pelaga,
Bunga Lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun Pandan
2 sudu besar minyak sapi
1 senduk susu tepung penuh krim
Air
Garam/Gula secukupnya

Cara-caranya
Beras dibasuh dan ditoskan, masukkan ke dalam rice cooker
Bawang putih & bawang besar ditumbuk lumat
Panaskan minyak sapi dalam kuali
Masukkan bahan yang situmbuk beserta buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan
Bila dah naik baunya, masukkan susu tepung yang dah dibancuh dengan air panas
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tuang kedalam rice cooker yang berisi beras tadi, pastikan air ikut sukatan seperti kebiasaan memasak nasi
 Bila nasi dah kering, sedia untuk dihidangkan..:-)

Menu lain mylady wat entry lain ek...nak solat then nak gi rumah parents-in-law...so, till then..see ya!!..



Saturday, July 9, 2011

Simple, yet delicious!!...:-)

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haa..keluar or bercuti kemana hari ni? As for mylady, dok terperap dalam umah jek la...memandangkan hari ni confirm road block merata2 tempat, adalah lebih baik duduk dirumah daripada dok sakit hati jem merata2 tempat nih..hehehe...

Semalam lepas kerja, mylady and dear hubby singgah rumah his parent...tup2 my father in law tanya mylady samada nak tak daun geti since dia nak potong pokok geti tuh...fuh..terus terliur nih...dah terimejin dan masak lemak daun geti, ikan goreng & sambal belacan..memang simple..tapi, penangan dia..fuhhh..bertambah2 nasi..so, dear hubby pun amik la sket daun geti tu untuk mylady watkan juadah makan tengahari hari ni..dalam dok menggoogle, baru mylady tau rupanya daun geti ni, ada orang panggil dia as daun turi ek..Anyway, jom layan menu mylady hari ni yang memang simple, but yet delicious. Buktinya...dear hubby berselera betul makan hari ni...seronok mylady nengoknya..hehehehe...*lebiu bebeh*...

MASAK LEMAK PUCUK GETI
Bahan-bahannya
Daun geti
Santan 1 kotak
Air
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Udang *optional
Bawang besar
Keledek

Cara-caranya
Masukkan air dalam periuk *agak2 padan dengan jumlah daun geti
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis
Masukkan santan
Masukkan udang
Masukkan keledek
Biarkan masak diatas dapur menggunakan api yang kecil hingga keledek empuk
Masukkan garam dan serbuk ikan bilis
Masukkan daun geti yang disimpul
Biarkan diatas dapur hingga mendidih sambil kacau perlahan2
Rasakan secukup rasa dan tambah garam/perasa jika perlu
Sedia untuk dihidangkan! :-)

Mylady ada jugak buatkan telur bungkus untuk pelbagaikan juadah makan tengahari.. so here goes the simple recipe

TELUR BUNGKUS
Bahan-bahannya
 1 keping burger ayam/daging Ramly
4 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar
5 tangkai cili api
Garam/Gula secukup rasa
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu besar lada sulah
3 biji telur & secubit garam

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih & bawang besar hingga naik bau
Masukkan daging burger Ramly yang telah dicincang
Kacau bahan2 diatas hingga agak garing
Masukkan cili sos, sos tiram, garam, gula, sos cili dan lada sulah
Masukkan sedikit air, biarkan sehingga pekat, rasakan secukup rasa
Angkat dan ketepikan
Pecahkan 3 biji telur, masukkan garam dan goreng diatas kuali non stick
Bila telur hampir masak, masukkan daging yang dah dimasak tadi, dan dilipat 4 segi.
Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENJAMU SELERA!! :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi