G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, July 19, 2011

Segmen Mari Memasak : Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Arrghhhh..ngantuknya hari ni!!!...Keje tak banyak plak hari ni...memula dok baca blog, dah hampir terpejam mata...belek henpon, main sudoku *gara2 dear hubby dah potong my level..cisss!!..akan ku kejar balik*..tup2 rasa pandangan gelap sambil tangan masih memegang henpon...lorrrr..mylady terlena...sedar2 jari dah tertekan nombor apa2 tah kat petak sudoku tu, dan mylady dah lost track nak isi nombor apa dekat petak mana satu..dah la hampir2 nak abis..ciss lagi...tekan RESET button...pueh ati den...hehe..

Haaa..mylady ada nak share menu yang mylady masak..sudah semestinya bukan hari ni..sebab hari ni mylady ada kat opis..sudah pasti boss mylady tak kasi mylady memasak di pantry opis..nih menu ahad lepas..tapi, sebab kebizian melanda hari ahad tu, posting di tunda ke kemarin..dan dari kemarin di tunda ke hari ni...

Resepi nasi tomato ni, cam biasa la ek..resepi from my mother..Kadang2 mylady gi makan kenduri, ada nasi tomato yang berwarna oren terang dan berasa masam..rupa2nya my mom bagitau, ramai yang  menggunakan puree tomato dalam tin instead of tomato soup...Mak mylady memang dari dulu pakai Kimball tomato soup dalam tin tu..rasanya2 most of orang Penang masak nasi tomato pakai tomato soup instead of tomato puree kot..Lets check out the recipe!

Haa..ni lah dia kimball tomato soup...gambar ehsan Mr Google ye...


NASI TOMATO
Bahan-bahannya
4 pot beras basmathi - untuk menghasilkan tekstur nasi yang panjang dan sebiji2..*abaikan tekstur nasi seperti didalam gambar sebab mylady pakai beras biasa jek since takde beras basmathi kat rumah..hentam sajalah labu!!
1/2 tin kimball tomato soup
1 senduk susu tepung dibancuh dengan air panas
*anggaran air bergantung kepada air yang diperlukan untuk memasak 4 pot beras, ditolak dengan 1/2 tin kimball tomato soup..contohnya, kalau 4 pot beras guna 4 1/2 pot air, so susu dibancuh dengan 4 pot air sebab lagi 1/2 tu, contribute daripada kimball tomato soup
Garam/Gula secukup rasa
Kismis *optional
Daun Pudina *optional

Bahan menumis
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar
*kedua2 bahan diatas ni di tumbuk halus
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
buah pelaga
kulit kayu manis
 2 sudu besar minyak sapi

Cara-caranya
Basuh dan sejat beras basmathi
Tumis bahan2 diatas didalam minyak sapi hingga wangi baunya
Masukkan susu tepung yang dah dibancuh dan tomato soup kimball
Masukkan garam dan gula, rasakan secukup rasa
Tuang kedalam beras didalam rice cooker yang dah dibasuh dan disejat tadi
On kan rice cooker, dan pastikan nasi sentiasa dikacau untuk memastikan masak sekata
Bila nasi dah hampir masak, taburkan kismis dan daun pudina...kalau takde pun tak apa..but daun pudina ni memang akan menambahkan lagi keharuman nasi tomato tersebut
Selamat Mencuba...

Haa..kalau dah ada nasi tomato, memang tak lengkap kalau takde ayam masak merah or ayam masak ros ni..here goes the recipe...

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
1/2 tin tomato soup kimball
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar *1 untuk ditumis, 1 untuk dimesin
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
*mesin halus bahan2 diatas kecuali ayam dan tomato soup...:-)
1 kuntum bunga lawang
2 bunga cengkih
1 biji pelaga
1 kulit kayu manis
Santan pekat 1/2 biji kelapa
Garam/Gula
1/2 kiub ayam knorr

Cara-caranya
Ayam dibersihkan dan digoreng menggunakan garam & kunyit.
Angkat ayam, tinggalkan minyak sedikit didalam kuali untuk menumis
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan  bahan2 yang dimesin..biarkan mendidih hingga cili masak dan kurang bau lengkuas/halia
Kemudian masukkan tomato soup kimball, santan, ayam yang digoreng..biarkan mendidih sebentar..
Kemudian masukkan garam, gula, kiub ayam knorr dan rasakan secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan..:-)

Tengok menu..ish..takkan 2 jenis jek kot..sedih ngat aih...so, godek2 esbok, ada le balance2 udang lagi..so, mylady buat jek udang goreng kunyit..resepi dia ni, rasanya ramai dah tau..hehe..malu jek nak letak..tapi, letak gak la..mana tau ada nak try ke..ehehhe..

UDANG GORENG KUNYIT
Bahan-bahannya
Udang
Serbuk Kunyit
Garam
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya
Gaul udang dengan garam & kunyit
Goreng dalam minyak yang sedikit hingga masak
Masukkan sos tiram, serbuk lada, bawang besar, cili merah
Gaul rata
Sedia untuk dihidangkan...:-)

4 comments:

GreenAppleKu.com Best Blogger Tips

Betul punya mengugat keimanan, aku puasa nihhhh...

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.com la..cian kat hang..lenkali untuk segmen mari memasak, aku boh AMARAN..ORANG BERPUASA TIDAK DIBENARKAN KLIK LINK INI..hehhe..selamat berpuasa..:-)

Nuridah Best Blogger Tips

Assalamualaikum Mylady,

kalau berpuasa mesti nk jaga mata sikit...hehe...sedapnya tengok udg tu...dh terguder...sedap pulak bila tengok nasi tomato tu lagi...

Mylady Best Blogger Tips

@Nuridah Waalaikumussalam..Betul tu..waktu puasa, mata tu penting..dari mata turun ke hati..betul tak?..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi