G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Monday, July 18, 2011

Seronoknya bercinta lepas kahwin...:-)

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haaa..topik cintan cintun plak..hehehe...mylady saja nak berbicara tentang hal bercinta ni..

Kenapa mylady cakap bercinta lepas berkahwin tu lebih seronok? Ye lah..sebelum berkahwin, kita kena jaga batas pergaulan...even kalau mengikut salah satu article yang mylady baca, bercouple itu haram...memang ada yang berkata, tak salah jika kita menjaga batas pergaulan semasa bercinta...ye lah...selalunya orang berkata, kalau 2 orang bukan muhrim berdua2an, akan ada pihak ketiga..iaitu syaitan...tapi, bila mylady baca article tersebut, barulah terasa betapa banyaknya dosa yang dilakukan semasa bercouple...dosa apa?..dosa tangan - hantar sms cintan cintun, dosa kaki - keluar gi dating, dosa mulut - mengucapkan kata2 cinta, sayang..dosa mata, dosa telinga dan macam2 lagi...iskkk..rasa macam tak tertanggung plak dosa2 tu semua...

Haa..lepas berkahwin, itu semua halal...tapi, mylady hairan...naper lelaki sebelum kahwin sanggup berkepit macam awek tu nak kena culik tapi selepas beberapa tahun berkahwin, dah tinggal bini terkapai2 jalan dibelakang..ishhh..yang halal taknak pegang...cuba amalkan jalan berpegangan tangan dengan isteri..tak usah malu..bukannya kita berbuat dosa pun...bila berpegangan tangan, akan terbit satu rasa yang cukup indah dalam diri...cubalah praktikkan...hubungan pun akan bertambah erat antara suami isteri...

BerSMS...lepas berkahwin, cubalah berSMS macam semasa bercinta...jangan lah asyik SMS "Abang..balik keje nanti jangan lupa beli bawang ek"..or "Abang gi keje tadi tak buang sampah ke?"..or any SMS yang membuatkan otak suami lagi berserabut..cuba SMS kata2 yang menggembirakan suami "Abang dah sampai opis ek?..Balik awal kay...I miss you oredi"...or "My honey bunny busy ek hari ni?..Balik kang I masak something special for you...drive carefully tau....love u."..haaa..camtu la..laki pun, tak senang dok di opis..asyik ingat nak balik umah jek..heheheh..

Masa sebelum berkahwin, bila nak keluar dating jek, berdandan sehabis cantik, pakai perfume satu botol..memang indah jek di mata pasangan..haaa..cuba amalkan macam tu lepas berkahwin..ye lah..suami pun harus faham..dulu masa bercinta, kadang2 jek jumpa..sekarang dah hidup sekali...takkan le lepas2 siang ikan yang sebesen besar tu si isteri still berbau DKNY perfume..tu dasyat tu..mungkin dia mandi dengan perfume..dan si isteri plak, jangan la amik mudah hal tu...lepas2 siang ikan, mandi2..rambut tak bersyampu, sisik ikan pun ada satu dua di rambut, selamba jek gi nonton tv sebelah suami..ermmm..at least pastikan bau hanyir ikan tu dah hilang ye...lebih elok kalau pakai bau2an wangi dan berdandan bila dekat dengan suami...kalau suami suruh pakai skinny jeans ke, suruh bersolek ke pakai jek la...bukan pakai untuk keluar rumah dan jadi tatapan orang...tapi untuk tatapan suami..

Dulu mylady hairan..kenapa mak mylady layan bapa macam raja...mylady tak faham..ye lah..masa tu kecik lagi..bila bapa balik keje jek, mak terus hidangkan air..tanpa disuruh..mylady tak faham...bapa tak minta pun..naper mak susah2 buatkan air..tapi, sekarang bila dah berkahwin, baru la mylady faham betapa tingginya darjat seorang suami sampaikan Allah berfirman..“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada  suaminya".. Haa..begitulah tingginya darjat seorang suami pada si isteri ..tapi, suami pun jangan ambil lewa  tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami...kerana tanggungjawab seorang suami, amatlah berat...

Panjang pulak entry ni..last sekali, cuba amalkan sembahyang berjemaah dengan suami...kalau suami bagi alasan belum bersedia menjadi imam, that's ok..semayang sekali..lepas semayang, buat macam masa lepas akad nikah tu..cium tangan suami dan suami kucup ubun2 isteri..haaa..cuba amalkan...cium tangan suami dan mohon ampun atas segala kesalahan even kita takde wat salah.. *takyah tunggu raya ye*..InsyaAllah..rasa kasih tu akan bertambah mekar antara suami isteri..:-)

p/s : Dear hubby..i know i'm not a perfect wife for you..but i'm trying my best to be the one for you..guide me to the right path by following Al-Quran and Sunnah..teach me to be the loyal wife, .forgive me if I ever hurt your feeling and I need you by my side along our journey..InsyaAllah, our life will be bless by Allah S.W.T..

6 comments:

GreenAppleKu.com Best Blogger Tips

Romantik ler pula kawan aku ni. Tapi memang betul, sepatutnya inilah jalan yang terbaik untuk bercinta habis-habisan kerana dah sah sebagai suami isteri kan.

Sharifah Tahirah Best Blogger Tips

waa =D

Anonymous Best Blogger Tips

"You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly." ~ Sam Ke

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.com Betul tu...itu yang seronok bercinta lepas kahwin..dah takde halangan..sumer green light jek..hehehehe..

Mylady Best Blogger Tips

@Sharifah Tahirah Tahirah..thanks ek sudi singgah ke sini..:-)

Mylady Best Blogger Tips

@Anonymous Dear hubby ke ni?..Thanks for leaving this meaningful comment.. Amat bermakna for me..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi