G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Saturday, July 9, 2011

Simple, yet delicious!!...:-)

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..

Haa..keluar or bercuti kemana hari ni? As for mylady, dok terperap dalam umah jek la...memandangkan hari ni confirm road block merata2 tempat, adalah lebih baik duduk dirumah daripada dok sakit hati jem merata2 tempat nih..hehehe...

Semalam lepas kerja, mylady and dear hubby singgah rumah his parent...tup2 my father in law tanya mylady samada nak tak daun geti since dia nak potong pokok geti tuh...fuh..terus terliur nih...dah terimejin dan masak lemak daun geti, ikan goreng & sambal belacan..memang simple..tapi, penangan dia..fuhhh..bertambah2 nasi..so, dear hubby pun amik la sket daun geti tu untuk mylady watkan juadah makan tengahari hari ni..dalam dok menggoogle, baru mylady tau rupanya daun geti ni, ada orang panggil dia as daun turi ek..Anyway, jom layan menu mylady hari ni yang memang simple, but yet delicious. Buktinya...dear hubby berselera betul makan hari ni...seronok mylady nengoknya..hehehehe...*lebiu bebeh*...

MASAK LEMAK PUCUK GETI
Bahan-bahannya
Daun geti
Santan 1 kotak
Air
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Udang *optional
Bawang besar
Keledek

Cara-caranya
Masukkan air dalam periuk *agak2 padan dengan jumlah daun geti
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis
Masukkan santan
Masukkan udang
Masukkan keledek
Biarkan masak diatas dapur menggunakan api yang kecil hingga keledek empuk
Masukkan garam dan serbuk ikan bilis
Masukkan daun geti yang disimpul
Biarkan diatas dapur hingga mendidih sambil kacau perlahan2
Rasakan secukup rasa dan tambah garam/perasa jika perlu
Sedia untuk dihidangkan! :-)

Mylady ada jugak buatkan telur bungkus untuk pelbagaikan juadah makan tengahari.. so here goes the simple recipe

TELUR BUNGKUS
Bahan-bahannya
 1 keping burger ayam/daging Ramly
4 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar
5 tangkai cili api
Garam/Gula secukup rasa
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu besar lada sulah
3 biji telur & secubit garam

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih & bawang besar hingga naik bau
Masukkan daging burger Ramly yang telah dicincang
Kacau bahan2 diatas hingga agak garing
Masukkan cili sos, sos tiram, garam, gula, sos cili dan lada sulah
Masukkan sedikit air, biarkan sehingga pekat, rasakan secukup rasa
Angkat dan ketepikan
Pecahkan 3 biji telur, masukkan garam dan goreng diatas kuali non stick
Bila telur hampir masak, masukkan daging yang dah dimasak tadi, dan dilipat 4 segi.
Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENJAMU SELERA!! :-)


2 comments:

mrs redzuan Best Blogger Tips

patutla macam rasa pelik jek bila mylady kata daun geti. saya sebut daun turi. sedapnyeeee...

Mylady Best Blogger Tips

@mrs redzuan hehehe..itu la..mylady pun baru tau daun ni ada 2 nama panggilan rupa2nya..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi