G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, April 19, 2012

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu dan Tahniah buat sahabatku - Eiza GreenAppleku

Assalamualaikum dan selamat petang to all of you...

Haa...dah lama mylady mendiamkan diri..rindu plak dengan blog nih...sorry la ye..bukan mylady lupakan terus..ingat tu ingat nak update blog...tapi agak busy dengan urusan kerja dan juga urusan keluarga..

Ni ada nak share citer basi ni...on 10-12 March mylady and dear hubby gi jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Sebenarnya jalan2 ni aktiviti sampingan jek, sebab kitoarang kena attend kenduri disana. Sebelum gi, mylady ada le survey tentang Kuala Terengganu ni..apa yang menariknya..antara yang menarik orang rekemen is gerai ICT...ehh...gerai Information Technology ke apa ni?..rupa2nya ICT tu ialah singkatan untuk Ikan Celup Tepung. Jangan salah faham ye, bukan ikan jek di celup tepung..ada udang, sotong, kepok lekor dan macam2 lagi. So, sampai2 di Setiu, di tepi2 pantai, banyak la gerai2 ICT ni, mylady ambil sotong dan ikan kembung. Meratah makananp laut yang sedap, murah dan segar sambil dihembus angin laut...fuuhhh..asyik masyuuukkkk!!..so, 3 hari di sana, 3 hari gak le mylady makan ICT nih..hehehe...
bila tengok gambar ni, tak sabar rasanya nak gi ke Kuala Terengganu lagi..

 jumpa bas ni masa beratur di traffic light kat Kuala Terengganu..cantik dan unik rekabentuk bas ni..even kerusi dan hiasan dalaman pun di hias penuh berseni...

 sebelum balik, mylady sempat melawat Masjid Kristal...masjid yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara..

Masa di sana gak, mylady diperkenalkan dengan desert yang agak famous...Locong...kalau nak tahu camne rupa locong ni, sila google ye...google locong...bukan pocong tau!!!...memang sedap sangat, sampai lupa nak snap gambar...dear hubby pun suka sangat2...mana nak cari bahan2 buat locong kat Penang nih?..huhuhhu

Sebelum mylady mengundur diri, mylady nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat yang kukasihi saudari Eiza GreenAppleku..sahabat mylady dari zaman sekolah menengah lagi...minta maaf ek lambat wish...anyway mylady doakan Eiza dan pasangan dirahmati Allah S.W.T dan sentiasa dalam lindungan dan barakahNya dunia dan akhirat...Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi