G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Sunday, July 3, 2011

Kek Pisang @ Banana Cake

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers...

Kek pisang ni, mylady buat last week, cuma terlupa nak buat entry..Resepi by Alex Goh...So far, mylady dah try resepi dalam buku Alex Goh dan resepi dia memang menjadi. Cumanya kek pisang mylady ni, tak nampak tinggi because I separated it to 2 pan...1 nak bagi kat mak, 1 plak untuk kudapan dear hubby kat rumah sedangkan if mengikut resepi, memang adunan ni untuk 1 pan jek..*tu la..sapa suruh menggatal menderhakakan arahan?..Anyway, here's the recipe..

Kek Pisang by Alex Goh
Bahan-bahan
250gm mentega
230gm gula(mylady kurangkan ke 180gm sebab guna pisang raja yang manis)
5 biji telur
300gm tepung gandum *
1/2 sudu besar susu tepung *
1 sudu teh serbuk penaik *
* bahan bertanda ni, diayak sekali
200gm pisang
Secubit garam
1/4 sudu teh pati pisang

Cara-caranya
1. Putar mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang
3. Masukkan bahan2 yang telah diayak bertanda * kedalam adunan secara kaup balik
4. Lecek pisang dan campurkan dengan garam dan pati pisang, kacau hingga sebati
5. Masukkan kedalam adunan tepung tadi dan pukul hingga sebati
6.Masukkan kedalam tin roti bantal yang telah disapu minyak dan dialas kertas
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50-60 minit, sedia untuk dihidang.

koleksi buku Alex Goh hadiah dari dear hubby masa mula2 kawin..tapi, until now tak khatam semua resepi lagi..sorry ek my luv...

4 comments:

Sunah Sakura Best Blogger Tips

sedapnyeeee kakkkk! bila la saya nak buat... T_T

mrs redzuan Best Blogger Tips

sodapnye kek pisang tu.....=)

Mylady Best Blogger Tips

@Sunah Sakura Sunah..you can do it!!..haha..resepi dia agak senang sunah..bila2 ada kelapangan, cuba la try..semerbak harum 1 rumah masa kek ni tengah dibakar..hehehe

Mylady Best Blogger Tips

@mrs redzuan thanks mrs..ye kan, any type of butter cake, memang kena pada tekak saya..tetambah kek pisang nih..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi