G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, November 24, 2011

Jom Masak!! : Kari Ayam

Assalamualaikum!!..

Yuhuuu..tengah buat apa tu?..Haaa..mylady cam biasa..kat opis la nih...syiokkkk rasa minggu ni..tak banyak issue..so, boleh la mengisi masa yang terluang ni update blog jap...cuaca kat Penang ni, tiap2 hari camni lah..tengahari panas sesangat...bila masuk pukul 2 keatas, mula la redup...cam nak hujan..pastu, kul 4pm keatas, hujan pun mula lah turun...ishhh..bukan mylady tak bersyukur..syukur sesangat...syiok jek cuaca redup2 ni...bila cuaca redup, mata pun layu, perut pun mula berkeroncong...Kalau perut berkeroncong, tetambah plak sekarang pulak musim cuti sekolah, confirm la anak2 merengek2 minta diisi perut mereka yang lapar tu..

Bercakap pasal musim cuti sekolah ni, Mylady ingat lagi last year during cuti sekolah penggal ke3, bawa anak2 sedara seramai 5 orang kerumah mylady during weekend...selalunya kalau mylady ngan dear hubby, during weekend, kitaorang gi pasar, beli bekpes..balik rumah bekpes lambat, so lunch pun mylady masak agak lambat sket..so, dah bawa anak2 sedara ke rumah, kitaorang gi la pasar membeli ikan..pastu tapau nasi lemak..by the time sampai rumah dah 10am++..So kami bekpes agak lambat la...dalam kul 10:30am camtu...so, lepas tu mylady pun mula lah siang ikan semua..pukul 12tghari tepat, my only nephew..(ye...atas dia 4 orang kakak...at last my sis berjaya jugak dapat boy, then terus tutup kedai..hehehe..)..he's only 9 years old...masuk2 dapur jek, terus dia tanya "acik...nasi & lauk dah masak ka?"...erkkk...terkejut mylady..nasi lemak bekpes tu dok rasa penuh lagi dalam perut...kakak2 dia semua marah dia.."apa la adik ni..orang semua kenyang lagi...makan lambat sket la"..hehehe..cian dia...mencebik je mulut kena marah ngan kakak dia..ye lah..budak lelaki kan..hyperactive plak tu..so, lepas tu mylady tahu lah mak2 yang ada anak di rumah tu, kenapa mak diaorang kena kreatif untuk buat satu juadah yang boleh dipelbagaikan..hehehe...

Fuhhhh..panjang gilos membebel...oklah..ni nak share resepi kari ayam yang simple..resepi my mom...sesuai la untuk jadikan juadah lauk makan tengahari, untuk minum petang, leh la buat roti jala ka, roti bom ka, or makan dengan roti canai segera, or cicah dengan roti benggali waktu minum petang hujan2 cenggini, fuhhh..memang lentokkkkkk....

KARI AYAM IBUNDA
 Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
2 inchi halia *
tumbuk bahan2 bertanda * diatas
1 1/2 peket rempah kari daging *mylady guna babas
1 sudu besar serbuk cili * untuk menambahkan rasa pedas kari
Campur rempah dan serbuk cili dengan bahan yang ditumbuk lumat, gaul sebati.
2 biji kentang - di belah 2 atau 4 (ikut size yang disukai)
Garam secukup rasa
1 sudu besar kerisek
1/2 kotak santan - mylady guna cap Kara

Bahan tumis
5 biji bawang merah - dihiris nipis
Bunga cengih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Minyak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, dan masukkan bahan2 tumis, tumis hingga bau harum
2. Masukkan rempah yang dah digaul dengan bahan2 tumbuk tadi, masukkan garam dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kerisek, air dan kentang.
4. Bila kentang dah empuk, masukkan ayam dan biarkan sebentar
5. Masukkan santan, biarkan mendidih dan perasakan garam secukupnya.
SELAMAT MENCUBA!! :-)


2 comments:

GreenAppleKu.com Best Blogger Tips

Sedap giler...

Dda Ly Best Blogger Tips

thanks for sharing...*wink*
buat saye lapar pepagi niii...hehehe

meh ke rumah..
mia takmo g skolah...
keep in touch ok..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi