G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Friday, May 20, 2011

Blackforest cheese cake

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua..

Penutup tirai untuk malam ini sebelum mylady masuk beradu, mylady nak berkongsi resepi untuk percubaan membuat cheese cake mylady yang pertama. Percubaan ini dilakukan atas dorongan encik suami yang suka bebeno makan Blackforest cheese cake di secret recipe. Setelah mylady giat mengoogle ke sana ke sini, membeli bahan2 yang diperlukan, inilah hasilnya...comot bebeno, !!!..maklumlah..1st time trial..nanti2 leh cuba lagi...:-) tapi resepi dari Kak Zai Teratak Impian ni memang sedap



Sumber : Kak Zai Teratak Impian (saya minta izin copy & paste ye Kak Zai)
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - kak zai guna biskut digestives
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh coklat emulco

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

Bahan-bahan D:
1 tin pitted black cherries

Topping:
150 ml jus ceri -kak zai campur dgn bluebery topping(filing) dan kurangkan jus ceri
1 sudu besar tepung jagung -kak zai guna 2 sudu teh gelatin + 2 sudu besar air dan diboilkan
*mylady parut pulak coklat sebagai tambahan topping

Cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.
  2. Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu teh coklat emulco.Kacau rata.
  3. Tuangkan mentega bercampur coklat kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  5. Pukul krim putar sehingga pekat.Ketepikan.
  6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon seingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putra tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah ceri.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
  9. Buat topping dgn mencampurkan jus ceri dan tepung jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api.
  10. Tuangkan jus ceri hingga habis.Atur buah ceri.simpan dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..(kak zai cuma masukkan selama 2 jam sahaja kerana kek ni cepat keras)

2 comments:

Nora Shahaira Best Blogger Tips

nora memg takut nk tgok blog kak zai pasal jiwa dan hati meronta...tp memg sedap aa cake..masa mude remaja dulu ada buat sekali...sukeeee.tp tgh anak kecik yg ligat ni..nk buat donut pun payah

Mylady Best Blogger Tips

Betul tu nora..menggoda iman betul tgk. Saya pun takleh wat selalu kek...kang lupa diri plak bila makan..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi