Assalamualaikum rakan-rakan bloggers semua..
Haaa..mengiau plak mylady nih...hahahaha...tah naper, tetiba mylady teringat plak pada kucing-kucing mylady yang sekarang dah tak lagi bersama mylady.
Mylady mula membela Tomei pada June 2006..masa tu Tomei baru berusia 4 bulan..Tomei ni Mylady dapat daripada kawan kepada anak sedara..Sayangnya, sebelah mata Tomei ni, macam ada masalah, so kalau mylady ambil gambar, Tomei tak pernah nak buka matanya..memang seronok dengan kehadiran Tomei di rumah..tetambah bulan puasa..waktu sahur bila Mylady bangun sorang2 memasak di dapur, Tomei akan menemani Mylady..
Tomei sedang beristirehat
Tak lama lepas tu, disebabkan kesian kat Tomei yang takdak kawan seperkucingan, mylady dan hubby mencarikan kawan untuk Tomei..jeng..jeng..jeng..Tecik..Tecik ni, masa mula2 beli, memang kecik giler..tapi, nah..amik ko..lama2 lepas tu, besoooo...
Tecik semasa kecik..
Tecik semasa dah tak kecik lagi..
Bila dah cukup umur, Tomei & Tecik mendapat 5 ekor anak2 bulu yang comel2 belako, tapi, 2 jek yang survive...Mylady namakan Tuah & Teja...hehehe...
Tuah
Teja
Sekarang ni, Tomei, Tecik, Tuah & Teja dah tak bersama mylady lagi..semuanya mylady dah bagi kat orang disebabkan mylady & hubby selalu balik rumah lewat malam, kesian pulak kat diaorang. Memandangkan ramai yang meminta untuk membela sicomel-comel ni, mylady telah memberikan mereka kepada sedara dan kawan mylady dengan harapan mereka akan mendapat kasih sayang dan perhatian yang lebih daripada apa yang telah mylady berikan.
Kenapa mylady bemonolog tentang kucing? Sebab mylady tak faham kenapa sesetengah manusia sanggup memukul dan mencederakan kucing yang comel nih. Mereka tak tahu apa-apa..mereka tak dikurniakan akal fikiran, so kita sebagai manusia yang berakal fikiran, sepatutnya dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Mylady tak dapat menahan airmata daripada menitis bila menonton video di bawah ini. Hanya kerana seekor ikan, beginikah hukuman yang patut dia terima? Mylady benar2 respect pada insan yang berhati mulia ini yang sanggup menyelamatkan makhluk Allah yang lemah ini...
4 comments:
Waaa..dalam hati ada taman ni..
@GreenAppleKu.com ni bukan taman ja..bunga, lalang, dusun buah2an, semua ada..hehehee
huhu...last bela kucing masa sekolah menengah dulu..lepas dia mati..memang tiada gantinya.. terus plak alergi dengan kucing..boleh sampai bengkak mata wooo
@Nora Shahaira sama la kita Nora..mylady bela kucing pun, tak leh nak cium dia..setakat usap2 jek..kalau terlebih sket, menggaru la mata sampai bengkak2..
Post a Comment