Again, mylady minta maaf sebab lama tak mengupdate blog. Sebenarnya, lepas abis kerja Jumaat tu, terus kidnap mak mylady balik umah mylady..nak suruh dia rehat..kalau dok umah dia, memang taktau dok diam..ehehe...so, since dia ada kat rumah, takkan la nak mengadap laptop kan?..dah la kidnap dia mai umah, pastu tak dilayan plak..mesti dia rasa boring..bila malam, masuk tido, baru ja berblog hopping, dah terlelap..hehehehe..en hubby pun dah bising...setiap hari dok dengar dia kata "eh..tak update blog ke hari ni"..adus bang..tolong update leh tak?..hehehe...
Mak mylady dah lama dok teringin nak makan ikan masak taucu..ye lah..kitaorang tak pernah masak pun masak taucu nih..ada sekali tu, mak sedara pupu bagi kat my mom..dia suka..pastu, dok ulang la tanya..camne nak wat masak taucu..so, masa dia ada kat sini, dalam peti sejuk ada ikan siakap..taucu pun ada mylady beli hari tu, selak buku 1 Hari 1 Resepi Kak Hanieliza...jeng..jeng..jeng..ada resepi dia..so, taddaaaaa..inilah hasilnya...:-)..minta izin share resepi dekat sini ye Kak Hanieliza...
IKAN MASAK TAUCU by Kak Hanieliza
Bahan A
1 potong ikan jenahak *mylady ganti ikan siakap
1/2 cawan taucu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun kecil (dipotong kecil) *mylady ganti ngan carrot
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk kunyit
Minyak masak
Bahan B (dihiris)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar
Cara-caranya
1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam & kunyit, goreng sehingga garing dan ketepikan
2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
3. Masukkan taucu, air asam jawa, gula dan biarkan mendidih
4. Masukkan timun, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau rata
5. Biarkan pekat sedikit dan tuangkan diatas ikan tadi
6. Hidangkan dengan nasi putih.
0 comments:
Post a Comment