Bagi yang bekerja, mesti rasa seronok sebab hari ni dah jumaat..esok dan lusa dah bercuti..manakala bagi cikgu dan pelajar sekolah, mesti dah rasa tak seronok memandangkan cuti sekolah dah nak berakhir...dan bagi para ibu yang anak2 dah nak kembali ke asrama, mesti dah mula tak lalu makan, tido tak lena, mandi tak basah..sebab nak berjauhan dengan anak kesayangan..takpe..jangan bersedih..semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah yang boleh berbakti kepada ibubapa, ugama, bangsa dan negara..
Berkaitan dengan kasih sayang..ramai yang inginkan agar dapat bersama2 dengan yang tersayang hingga kehujung nyawa..mylady juga begitu..walaupun pasangan kita ada kelemahan dan kekurangannya, tapi bagi mylady, dialah sesempurna insan yang dijadikan Allah S.W.T untuk melengkapkan hidup kita.. dan semoga, dipertemukan kembali di akhirat nanti...tapi, jangan sampai terlupa tentang cinta kita yang paling utama, iaitu cinta kepada Allah S.W.T..insyaAllah, dengan menumpukan cinta kepadaNya, sekaligus hubungan antara kita dan pasangan akan diberkati olehNya...
0 comments:
Post a Comment