G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, June 30, 2011

Ayam Goreng Berempah Serai

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari buat sahabat2 bloggers..

Mylady ada nak panjang2kan resepi yang mylady dah try dari dapur Love. Memang sedap betul ayam goreng ni. Ratah saja pun sedap or makan dengan nasi saja pun dah sedap...especially the kerak bumbu yang kita tumbuk tu... Love...i minta izin copy & paste your resepi ni ek...

Ayam Goreng Berempah Serai by Love...



Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. *Kalau nak lagi sedap, boleh perap semalaman
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi