G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, June 16, 2011

Cuti-cuti 1Malaysia VS Curi-curi Wang Malaysia

Assalamualaikum sahabat bloggers..

Selepas pengumuman oleh Minister of Tourism, Ng Yen Yen bahawa peruntukan untuk mengendalikan 6 laman facebook account untuk kempen Tourism Malaysia menelan peruntukan hampir 1.8 juta, ramai yang tidak puas hati kerana wang rakyat dibazirkan pada sesuatu yang boleh diperolehi secara percuma. Iyo ler..budak darjah 1 sekarang pun dah ada facebook account..diaorang pun tahu..facebook account tu free. Pembelaan dari pihak Minister of Tourism mengatakan, perbelanjaan itu termasuklah untuk programming, coding, debugging, graphic and etc..ok lah..*walaupun dah masuk faebook account, dah nampak tak semenggah mana*, alasan mereka bolehlah diterima..tapi, wajarkah menggunakan peruntukan sebanyak ini pada sesuatu yang kita ada pilihan untuk membuatnya secara percuma, dan wang tersebut, di belanjakan pada mereka yang memerlukan?..Masih ada lagi penduduk miskin di negara kita..masih ada lagi nasib anak2 yatim, ibu2 tunggal dan warga emas yang tak terbela, dan jikalau wang itu disalurkan pada mereka yang memerlukan ini, akan lebih mulialah pemimpin di mata kita.

Mylady masuk salah satu facebook account yang dicipta - Citrawarna 1Malaysia. Dari salah satu comment pengguna facebook yang terdapat disitu mengatakan, gambar profile yang digunakan ialah kepunyaannya. Bila mylady view profile picture tu, memang betul..siap ada watermark lagi..aduhhhhh..dengan peruntukan RM1.8 jutam tak boleh ke upah photographer untuk shoot gambar sebagai profile picture?

Ada satu group telah mencipta akaun baru didalam facebook - Curi-curi wang Malaysia yang membantah sekeras2nya berkenaan hal ini...

p/s : dimanakah letaknya akal dan pertimbangan yang sewajarnya?

2 comments:

Sunah Sakura Best Blogger Tips

tourism malaysia punye web pun da kene attack...mcm mana la...

Mylady Best Blogger Tips

@Sunah Sakura hehehe..itula..pelaburan pada tempat yang salah..patutnya more on security..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi