G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, June 16, 2011

Kenapa link download di block?

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat bloggers..

Dalam mylady berblog hopping, ramai juga ( ke boleh dikatakan semua?) orang tidak berpuashati apabila SKMM block kebanyakan download website. Bila pikir2 balik, ada lah kepentingan diaorang tu yang menyebabkan diaorang mengambil tindakan tersebut..pada pendapat Mylady, antaranya ialah :-

1. Untuk menaikkan kembali jumlah pelanggan ASTERUK..kalau kita lihat, kebelakangan ini, ramai yang dah menamatkan perkhidmatan ASTERUK mereka. Di tambah pula dengan kewujudan laman2 web yang menawarkan link download percuma untuk movie2 terkini, apa gunanya melanggan ASTERUK yang perkhidmatannya sering tergendala, movie2 yang di ulang tayang beratus2 kali, movie2 yang dah lama, lebih banyak channel yang mengenakan caj tambahan kalau pengguna hendak menonton siaran tersebut. Dengan menyekat link download ini, harapan mereka, pelanggan akan kembali melanggan ASTERUK...ishh..kalau betullah, memang TERUK betul kan?

2. Untuk menaikkan lagi langganan ASTERUK FIRST. Seperti yang semua sedia maklum, ASTERUK FIRST menayangkan movie2 yang baru ditayangkan di pawagam...tetapi, dengan adanya laman web untuk download ni, seelok2 movie ditayangkan di ASTERUK FIRST, keesokannya movie tersebut dah boleh didownload di laman2 web tersebut..so, siapa yang nak bayar tambahan RM15 kalau kita dah bayar MAHAL untuk internet connection yang tah apa2 nih...

kalau dah camtu ceritanya, takpelah..apa gunanya ada internet connection >1Mbps nih..takkan untuk berblogging jek kan yang mana 512kbps connecntion pun dah boleh support...ooo..lupa plak mylady...>1Mbps connection tu untuk main interactive game kat facebook account Cuti-cuti 1Malaysia..ish...apalah mylady nih...

1 comments:

wanUSJ Best Blogger Tips

Saya bersetuju dengan pendapat anda. Syabas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi