9Assalamualaikum buat sahabat bloggers...
Sebagai renungan buat para isteri..
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah kulakukan..
Kau peliharalah hatiku dan kurniakannya ketabahan dan kekuatan iman...
Kau limpahkanlah diriku dengan kesabaran...
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal...
Kau berikanlah aku sifat kasih mengasihi sesama insan
Kau berkatilah diriku dengan sifat tawadhu' dan penuh keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata dusta dan nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Sesungguhnya hambaMu ini adalah makhluk yang lemah
Janganlah kau timpakan ujian kepadaku dengan bebanan yang tak terdaya ditanggung olehku...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau kurniakan aku seorang lelaki yang bergelar suami...
Segala kelemahan, kekuatan, kelebihan, kekurangan, kekhilafan yang ada padanya, aku terima dengan rela hati, kerana tatkala akad dilafazkan, bagiku dialah satu2nya suamiku dunia dan akhirat...
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Bimbinglah aku dan suamiku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah...
Aku tahu aku tak layak untuk SyurgaMu,
tapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu
Ya Allah
Jadikahlah suami ku ini suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Walaupun ku tahu diriku ini penuh dengan kekhilafan, namun aku memohon kepadamu Ya Allah, jadikanlah suami ku ini bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sesungguhnya Ya Allah, bagiku suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Jadikanlah isterinya ini seorang yang menyenangkan hatinya ..
Jadikanlah isterinya ini, penyejuk matanya...
Dan berikanlah dirinya kegembiraan dan ketenangan bila bersama ku...
Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..
1 comments:
Great blog I enjoyed readding
Post a Comment