Dah lunch?..Mesti tengah kekenyangan dengan mata yang separuh terbuka sambil berusaha membeliakkan mata apabila boss melintas dihadapan...di Penang sekarang ni, tengah hujan..tadi balik rumah mak mylady, sempat la take a short nap..bestnyaa...lagi best kalau leh sambung lagi dan takyah masuk kerja..hehehe...
Hujan2 ni, kalau dapat dua benda nih kan best :-
HOT CHOCOLATE
picture ehsan mr google
First time buat biskut chocolate chips rangup resepi Kak Hanieliza ni, masa b'day en hubby..bawak ke opis..ramai puji..diaorang kata lebih sedap dari famous amos...nak buat pun tak susah..lepas dari tu, member opis asyik tanya jek..bila lagi b'day en hubby..sebab nak makan lagi biskut nih..hehehe...resepi nih, memang mylady simpan terus..this is the best cookies recipe ever!!..*saya minta izin C&P ek kak Hanieliza*...
Sumber : Kak Hanieliza
Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
0 comments:
Post a Comment