G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, June 9, 2011

Astro @ Asteruk @ Astenuk??

Assalamualaikum sahabat bloggers..

Mylady pasti, 99.9% sahabat bloggers disini adalah pelanggan Asteruk ASTRO..pada awal tahun baru2 ni, kita telah di sajikan dengan berita baik (maksud tersirat, the opposite ye) dari Astro..iaitu cukai perkhidmatan dinaikkan 6%....dan sekarang ni, dengarnya Astro ingin membuat pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan..

Aish... tak habih2 selaras pakej..sesekali tu, cuba selaraskan quality..jangan dok ulang citer yang sama berulang kali..mylady dah remove movie pakej sebab dok ulang citer yang sama, pastu, bila hari kerja, movie best2..bila hari cuti, movie tah apa2..last2 en hubby potong movie pakej..beli RMVB/MKV player, tengok latest movie yang di download..lagi best..satu lagi, harap2 Astro selaraskan satelit mereka sekali.. ini idak..asal hujan lebat, service interrupted..aik..dah naikkan service charge up to 6% pun, service still get interrupted?..aishhh...nak naikkan harga, laju jek..tapi, kualiti nan ado...


Pengendali perkhidmatan televisyen berbayar ASTRO akan membuat pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung pada pakej pilihan pelanggan.

ASTRO dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam langganan mereka ekoran pelarasan tersebut.
Pek Famili yang memberi akses kepada 38 saluran dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan.

Menurut ASTRO, pelanggan boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang direka khas bagi menawarkan pakej ASTRO yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan rakaman video peribadi (PVR).

Pada harga RM125, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, tiga pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

Ketua Pegawai Operasi ASTRO Henry Tan dalam kenyataan itu berkata pelarasan harga adalah perlu berikutan dengan kenaikan kos kandungan global dan tempatan yang semakin meningkat termasuk hak penyiaran acara sukan.

-- BERNAMA

5 comments:

Nuridah Best Blogger Tips

Salam Pagi Mylady,

hmmm biasa la tu, kalau disini Star Hub pun sama juga, cerita di ulang tyg,kak nur jarang nonton...hubby aje.Kak nur lebih prefer ngadap computer....heheh.

Lulu caldina Best Blogger Tips

Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)

~mrs azmi~ Best Blogger Tips

saya pun baru terminate servis dorang ni.. tak tahan dah dengan servis yang tahapahapa tu. tengah terang benderang panas membahang pun servis currently not available. tapi bila kita bayo lambat sikit pandai pulak cepat nak gantung perkhidmatan! marah betul!

bukan sikit2 duit kita bayar tapi channel yang kita nak tengok susah sangat nak dapat

Mylady Best Blogger Tips

@Nuridah Salam Nur..ori lambat reply..heheh...sama la macam mylady.lebih prefer mengadap computer daripada tengok cerita yang tah apa2 kat tv tu...

Mylady Best Blogger Tips

@~mrs azmi~ setuju betul...sebelum di upgradekan servis, hujan lebat jek akan ada interruption..sekarang ni, tengah panas2 terik pun ada interruption..bayar mahal, tapi yang kita dapat - problem, citer yang diulang2, citer lama, citer yang bosan...ni la masalahnya bila takde pesaing so diaorang bagi servis kira ala kadar jek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi