Cakkk..*pura2 happy walaupun malas nak gi keje* dah bekpes? bekpes apa pagi ni?..Hah??,,,nasi kandaq?..amboi nana..awat jadi lagu tu na...pagi2 dah pekena nasi kandaq nooo..hehehe..gurau jek..kalau takdak idea ka apa ka, mylady leh suggestkan menu kat bawah ni...my fav nih...mylady wat untuk makan petang semalam,sebagai juadah berbuka untuk mak mylady yang berpuasa sunat Rejab...jom layan resepi yang mudah ini :-
KUEY TEOW GORENG
Bahan-bahannya
Sebungkus kuey teow
2 senduk besar cili kisar
3 ulas bawang putih di ketuk/potong halus
Udang/sotong/fishball - ikut suka
Taugeh
Kucai
Sos Tiram
Kicap Pekat
1/2 cawan air rebusan kepala udang
Garam/Gula
Cara-caranya
Tumiskan bawang putih sampai naik bau
Masukkan udang/sotong/fish ball
Masukkan cili kisar, garam/gula/ sos tiram/kicap pekat tunggu sampai masak or pecah minyak
Then, masukkan kuey teow yang dah dicuci
Gaul sebati
Then masukkan taugeh dan daun kucai
Rasa dan adjust apa2 yang kurang.
Kalau dah sedap, siapppl..sedia untuk dihidangkan..;-)
*perhatian ye..cili kisar mylady ni, bukan cili bo ye..nih mylady buat sendiri hasil campuran 2 genggam cili kering, 3 biji bawang besar, belacan ukuran 1 ruas hujung ibu jari. Kisar bahan2 ni sampai lumat, boleh di gunakan untuk menggoreng dan juga sebagai base sambal tumis
3 comments:
Salam. kalau free sila lah view website kami di www.susukambingmerah.com.my. bukan susu kambing biasa tapi susu kambing dengan campuran pati buah merah. bagus untuk sakit2 kronik dan etc. harap luangkan masa, singgah website kami. tk :)
Assalam my lady, sedapnya nampak your kuey tiow goreng tuu...
dah lama tak goreng kuey tiow....kecur lah kita tengok..
@Ayu W'salam Ayu..hehe..my fav kuey teow goreng nih...tu pasallah mylady sakan bersilat kat dapur kemarin..sebab plan hari ni nak puasa..kalau tak buat kang, asyik teringat2 plak..hehehe...
Post a Comment