G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Wednesday, June 1, 2011

Jom Makan! - Ikan Siakap Masak Tripple Rasa & Sayur Campur

Assalamualaikum sahabat bloggers..

Tengah dok buat apa tu?..baru abis semayang Isyak? Alhamdulillah.....baru lepas dinner?..haaa..makan apa malam ni? Jom jenguk dapur mylady untuk dinner menu. Haipppp...jangan kutuk ye..memang menu mylady simple2 jek..sesuai untuk wanita bekerjaya yang ingin meminimumkan masa bersantai bersilat di dapur.

IKAN SIAKAP MASAK TRIPPLE RASA
Bahan-bahannya
Ikan Siakap (mylady & en hubby suka bahagian kepala, sedap meratah..heheeh)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
I inci halia
5 biji cili api
1 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 tangkai serai (serai takde, so mylady tak masukkan)
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
nenas or tomato (kalau takde, letak je sos tomato sket)
Garam/Gula secukup rasa

Cara-caranya
Ikan Siakap di lumur garam kunyit - goreng deep fried
Bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili api - semua bahan2 ni di tumbuk lumat or potong pun boleh, tumiskan dengan cili kisar
Masukkan daun limau nipis (hiris halus boleh, tak halus pun boleh)
Masukkan garam/gula sedikit, biarkan cili masak betul.
Bila cili dah masak (warna bertukar ke merah gelap), masukkan sedikit air..
masukkan sos cili, sos tiram atau nenas@tomato@sos tomato
Biarkan mendidih, then rasa apa yang kurang, sila tambah bagi secukup rasa
Bila kuah dah agak2 pekat, angkat dan siramkan atas ikan siakap yang digoreng tadi.
Sedap makan panas-panas
Selamat mencuba!!


SAYUR CAMPUR

Bahan-bahannya
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji cili api
Fishball/Udang
Garam
Serbuk ikan bilis knor
Carrot, bunga kobis, anak jagung, sayur bok choy
foo chook (ada orang panggil pucuk) dan suun rendam dalam air
Cara-caranya
Tumis bawang putih, bawang merah, cili api dan fishball/udang sampai bau wangi
Masukkan sedikit air, garam & serbuk ikan bilis knorr
Masukkan carrot, bunga kobis, anak jagung yang telah di potong, kacau rata
Masukkan sayur bok choy(sawi kecik)
Then masukkan foo chok & suun yang dah lembut di rendam tadi
Gaul rata, rasakan secukup rasa
Siap untuk dihidangkan
*mylady suka tabur bawang goreng &daun sup+ daun bawang, tapi kalau takde, takyah le..
Selamat Menjamu Selera!!



3 comments:

Ummi Best Blogger Tips

Assalam MyLady...thanks ya singgah dapur akak tu...x dan nak balas komen pun lgk...so akak bertandang sini jek la...ada apa2 nak jamu akak tak ni..xpun akak balik..merajuksss..hehe

Mylady Best Blogger Tips

@Ummi..terharu giler mylady cenggini, first time blogger otai masak2 sudi menjejakkan kaki ke blog mylady yang baru mula nak merangkak ni..

itu la..kak ummi datang lambat..ikan pun dah tinggal tulang..heheh.. jangan merajukssss ek..lain kali sudi2kanlah jenguk ke sini lagi ye..thanks ek kak ummi..

Anonymous Best Blogger Tips

If you want tο get a greаt deal frοm
this piece of wгiting then you have to applу
these stratеgieѕ to yоur wοn weblog.


Here is my ωеbpаgе payday loans

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi