Ha..sebelum tido ni, mylady teringat pulak pada berita panas beberapa hari lepas dimana Anonymous hacker ada memberi amaran bahawa mereka akan menggodam laman sesawang malaysia.gov.my pada pukul 3:30pagi waktu Malaysia. Korang rasa, mampukah pakar2 IT dalam kerajaan mengukuhkan security untuk memastikan Anonymous hacker tidak berjaya dengan misi mereka untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia atau adakah jalan penyelesaian paling selamat yang diambil ialah dengan shutdown semua server2 yang berkemungkinan akan di attack oleh Anonymous? Kita tunggu dan lihat pukul 3:30am nanti ek...
p/s: buat pakar2 IT yang terlibat, mylady ucapkan, semoga sukses...Malaysia Boleh!!
LATEST UPDATE :
Belum sempat Anonymous menjalankan misinya, dah ada pulak puak2 yang tak bertanggunjawab mula menghack *ada ke perkataan ni?* beberapa website..antaranya, UiTM Penang
Satu lagi hacker - Dragon Force Malaysia telah berjaya menghack *sudah2 la pakai ayat yang tak wujud nih mylady oiii* beberapa website
SabahTourism.com pula dihack oleh hacker yang menggunakan nick Anonymous..adakah ini hacker yang sama yang menggunakan profile 'V'? beberapa information seperti email address, password, server login id & password telah didedahkan..
p/s : Kru studio pun shutdown server mereka kerana bimbang akan ancaman penggodam ini..
Other Malaysian websites:
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 comments:
Konfem en. hacker tu takder kerja. Menyusahkan orang betul. Cer bawa jadi blogger. Ada gak manfaat nyer..
@GreenAppleKu.com dia nak test power la tuh..kalau jadi Blogger, mesti dia hack traffic...pokai le nuffnang ngan advertlets nak membayonyer..hehehe
perghhhhh! tu pasal malam tadi banyak website gov da shutdown awal2..takut kene hack!
@Sunah Sakuradik..itu la, banyak shutdown serber..tapi..shutdown server bukan jalan penyelesaiannya..bila2 pun diaorang ni leh hack..patutnya diaorang lebih kukuhkan security so that penggodam2 nih tak berjaya..hehehe
@Sunah Sakura blog siapa yang kena hack? diaorang overwrite content ke, or content still ada lagi, just they put a warning message?
Post a Comment