G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Friday, August 26, 2011

Menu Sahur : Nasi Ayam

Assalamualaikum dan selamat pagi buat para tetamu ibunda delights..

Pertama kali, terimakasih sebab sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. Kunjungan andalah pembakar semangat untuk saya teruskan mengupdate blog saya...bebanyak terimakasih saya ucapkan..

Haaa..dah sampai hujung2 Ramadhan ni, makin pening la memikirkan menu bersahur..tetiba dear hubby request for nasi ayam untuk bersahur masa on the way ke Pasar Ramadhan. So, mylady thought, ok ja..beli sebungkus untuk dear hubby bersahur, tapi, sebenarnya dear hubby nak makan homemade chicken rice. Alololo..ciannya kat dia..bini dia nak amik jalan senang jek ek...hahahaha...

Semalam hujan lebat sehari suntuk di Penang...so, lepas berbuka dan solat Isyak di rumah my mom, tak leh balik lagi sebab hujan lebat sesangat...bukan takleh balik sebab basah ke apa..tapi, biasalah kan..time2 hujan lebat ni la jalan jem, pastu, nak speedy pun takleh...so, bila hujan agak reda at 10:15pm, baru la gerak balik..and we arrive home at 10:50pm..dear hubby.. asik tanya..sempat ke nak buat nasi ayam?,,Mylady cakap, sempat jek...so, masuk dapur, defrost ayam, sambil2 tu menumbuk bahan2 untuk sup & perap ayam. Tumis sup - siap!...then, ayam pun dah defrost, perap ayam - siap!..11:20pm dah leh beradu..hehe...

At 4am mylady bangun, letak nasi dengan sup yang dah sejuk tu..(mylady masak nasi, sukatan air mylady sukatan pakai jari jek vs beras..so, since nasi ayam ni dimasak dengan sup, memang harus le tunggu sup tu sejuk dulu..kalau idak, melecur lak jari nih..), masukkan ayam dalam oven pastu goreng jap, then prepare sos cili dan kicap...pukul 5am, siap!!..dah leh makan!! Makan nasi ayam homemade time sahur panas2...fuuhhh..memang sedap la!!..resepi? Mylady dah pernah post sebelum ni. Klik kat sini ek untuk resepinya...


Thursday, August 25, 2011

Biskut Raya : Biskut Samprit@Biskut Bunga Dahlia

Assalamualaikum dan selamat pagi buat para pengunjung..

Pagi ni, hujan turun dengan lebatnya di Penang. Best giler! Lagik best kalau tak kerja kan?.Tapi nak buat camne...kerja tetap kerja untuk mecari rezeki..ye tak?. Pejam celik, pejam celik, lagi 4 hari jek kita nak berpuasa, then nak sambut raya...Apa???..4 hari lagik?..haa..mylady ni memang...asal tengok jek resepi biskut raya yang menarik, terus copy, then kalau singgah ke baking shop, membeli la bahan2...dari awal berpuasa..tapi, buatnya idak..bukan taknak buat, tapi, bila sampai hari cuti jek, ada banyak lagi kerja2 lain yang nak disiapkan..so, tertangguh jap projek biskut raya. Kemarin selepas sahur, barulah mylady tersedar..tak sampai seminggu nak raya, tapi mylady belum start projek biskut raya..nak tempah, rugi plak bahan2 dah beli...so, after sahur kemarin, mylady plan nak buat biskut samprit or dahlia ni...lepas solat subuh, terus mylady buat penyediaan. Potong ceri, ayak tepung siap2 supaya cepatkan proses pembikinan biskut.

Pagi tadi, lepas solat subuh, maka projek pun berjalan. Dikeluarkan penimbang yang masih didalam kotak, hand mixer dan bahan2 yang diperlukan. Elok2 nak start, hujan pun turun mencurah2...apa lagi, mylady buka pintu dapur, sambil membuat biskut, rasa hati nyaman dan tenang saja melihat limpahan air hujan...dear hubby memang tak bagi mylady buat biskut raya ni..sebab kesian takut mylady mengantuk dan keletihan di opis..tapi, kalau tak buat, bila lagi nak buat..ye tak? So, pagi tadi, on the way to office, dear hubby drive and mylady.....ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzz..hehehe

Panjang lak membebel pagi nih..heheh..oklah..resepi biskut samprit ni, mylady ambil dari rumah otai masakan kita...CMG dari Dapur Tanpa Sempadan. Dah buat last year, memang sedap la resepi biskut ni, so mylady ulang lagi untuk tahun ni. Che Mat..saya minta izin C&P resepi di sini ek..Jom kita tengok resepi yang mudah ni :-

BISKUT SAMPRIT @ BISKUT DAHLIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*

100 g tepung jagung*

160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, August 23, 2011

Juadah Berbuka...aikkk...

Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers...

Haaa..terkejut kan?..dalam entry yang sebelum2 ni, mylady ada bagitau yang mylady tak masak untuk juadah berbuka sebab tiap2 hari gilir2 berbuka di rumah mak or rumah mertua kan...tapi, semalam mylady memasak untuk berbuka...kenapa ye?

Semalam mylady & dear hubby ada conference call from 8pm- 11pm..so, our boss bagi kebenaran balik half day..yahoooo..plannya, petang tu nak gi pasar ramadhan & beli juadah berbuka, then solat maghrib, terus masuk conf call...on the way balik, singgah rumah mertua jap...disini, plan asal telah berubah ekoran benda2 di bawah ni yang dipetik segar dari kebun...jom cuci mata...

Senario 1 : Sampai2 umah mertua, nampak pokok geti/turi...eh..teringat plak kat rumah ada ubi keledek lagi..lama plak tak makan masak lemak geti nih..so terus suruh dear hubby amikkan daun geti sikit..dia pun tak membantah, sebab dia pun suka menu nih..hehehe..
Daun turi/geti ini telah ditransform menjadi....


Senario 2 : Kalau dah ada masak lemak daun turi/geti nih, mesti lah kena ada sambal belacan kan?..So, jom jalan2 tengok apa hasil dari kebun...
Segar2 kan cili burung ni?..kecik2 jek..tapi, pedasnya, fuhhh...berpeluh2 kalau makan..

Senario 3 : Dengar jek mylady nak buat sambal belacan, ayah mertua terus offer dear hubby ulam yang menjadi kegemaran dia...tadaa...

Senario 4 : Mendengarkan ayah mertua offer ulam fav dear hubby, mak mertua pun tak kurang juga...terus offer mylady ulam yang selalu mylady makan bila berbuka di sana..sedap tau terung kecik ni..rangup...cam ulam timun pulak..
Bahan-bahan diatas, telah ditransform menjadi..

Memandangkan menu untuk berbuka semua tu simple dan mudah disediakan, teringat plak kuih kegemaran dear hubby yang dia request 2-3 hari lepas..resepi inti adalah dari ibu mertua..gabungan jintan manis & putih, halia, bawang, lada..so, apa lagi..inilah hasilnya...
*jangan gelak ek..size tak sama...berebut buat sebab nak habiskan before 7pm...don't judge a curry puff by its look...hahahahaha..anyway, dear hubby kata sedapppppsss...sebelum tido pun dia request nak makan lagi..luckily mylady buat extra dan simpan the balance dalam freezer..so everytime dia nak makan, just keluarkan dan goreng jek..makan panas2 memang yummeh!! 

So, inilah menu berbuka kitaorang semalam..simple jek kan?..makan pula dengan ikan goreng panas2..fuh...sedapsss dan memenuhi kehendak selera kitaorang..:-)
 
p/s : kan best kalau tua2 nanti dapat dok di kampung...makan hasil tanaman sendiri, suasana aman & nyaman...i loikkeeee...

Monday, August 22, 2011

Segmen Mari Memasak : Puding Tauhu Berkuah Laici

Assalamualaikum dan selamat malam buat para bloggers..

Bercakap pasal puding tauhu ni, ramai dah otai2 dan bloggers masakan yang dah try buat..dan keputusannya memang tidak menghampakan. Sabtu baru2 ni, my sister ajak berbuka di rumah dia..mylady memang dah lama aim nak buat Puding Tauhu ni, cumanya takde masa jek..*alasan ke?*..hehehe..so, memandangkan puding ni cepat dimasak dan sedap dimakan...*cewaaahhh..cam iklan maggi gitteww*, so mylady pun buatlah puding ni sebagai desert untuk berbuka puasa...hasilnya?..memang sedapppp..nyaman jek ditekak makan sejuk2..tapi, mylady lebih sukakan puding yang lebih lembut..cam jello gitteww...so, next time buat, mylady nak tambahkan lagi jumlah air untuk mendapatkan puding yang lebih lembut...

Resepi mylady cilok dari dapur Kak Nor Secubit Garam..Mylady mohon C&P resepi ni ek Kak Nor...

PUDING TAUHU BERKUAH LAICI
PUDING TAUHU  resipi original: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan
utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara: utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.
Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.
Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

 

Menu Sahur : Udang Nyonya Betawi & Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Cakkk..ya..mylady kembali semula setelah mendiamkan diri beberapa lama..tuntutan kerja membuatkan mylady hilang sebentar dari dunia blogging ni...tapi, ingatan masih tetap pada blog ni...kesian pada para pengunjung yang melawat blog ni tapi hampa kerana tiada coretan terbaru dari mylady..*gelak sat naaa...cam la ada orang dok menunggu entry dari mylady...kih...kih..kih..*

Haa..baru2 ni mylady memang blur terus..tak tahu nak masak apa untuk sahur. Jalan punya jalan punya jalan blog...last2 mata mylady tertarik pada satu resepi dari dapur Ayu..si empunya Curlybabe's Satisfaction. Resepi yang simple dan mudah, tapi sedap pada tekak mylady sebab adanya rasa pedas. Ayu..mylady minta izin C&P resepi disini ek...

UDANG NYONYA BETAWI
From : Ayu CurlyBabe's Satisfaction
Sources:-From SajiOnline

BAHAN-BAHAN:

500 gm udang
1/2 sudu kecil lada sulah serbuk 
1/2 sudu kecil  garam+
serbuk perasa-(Ayu tambah)
1 biji telur (pukul hingga berbuih)
100 gm tepung jagung
2 ulas bawang putih (ketuk)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 sudu besar  bawang putih goreng-(
Ayu gantikan 1/2 sudu besar bawang putih kisar)
1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk,
bawang putih kisar, dan cili padi hiris). Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.


Disamping Udang Nyonya Betawi ni, mylady juga buatkan Kangkung Goreng Belacan. Rasanya ramai dah tahu camna nak masak kangkung ni kan?. Mylady suka gunakan kangkung kampung (daunnya berbentuk seperti hati) kerana rasanya lebih kenyal berbanding kangkung biasa. Jom tengok resepi yang mudah tapi sedap nih..

KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahannya
1 ikat kangkung
1 sudu besar cili kisar
beberapa ekor udang
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu teh kicap  pekat
1 sudu teh kicap manis
1 ulas bawang putih

Cara-caranya
1. Tumis bawang putih & udang dalam minyak yang dah dipanaskan
2. Maskkan cili kisar dan serbuk belacang, biarkan hingga cili masak
3. Masukkan kangkung yang dah dicuci dan ditoskan airnya
4. Masukkan kicap pekat dan kicap manis
5. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!! :-)

Saturday, August 20, 2011

Mana Mak?

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers...

Pertama kali, mylady nak minta maaf sebab beberapa hari ni tak dapat update blog. Mylady bz sangat lately dengan tuntutan kerja..memang tak sabar menunggu weekend..dan akhirnya sabtu tiba juga..hehehehe..yahoo!! Sedar tak sedar, lagi 10 hari je kan kita nak berpuasa, dan selepas tu, sama2 lah kita bergembira menyambut Syawal selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Gembiranya rasa sebab nak menyambut Syawal..tapi, sekelumit rasa sedih timbul dihati..apakah kita akan bertemu Ramadhan berikutnya?..Wallahualam. Ha..ni mylady nak share satu cerpen pendek yang mylady dapat dari facebook. Menitis air mata membaca cerpen ni..semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjaga ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
...  
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Tuesday, August 16, 2011

Menu Sahur : Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat2 bloggers..

Mylady still not fully recover from sakit tekak, demam dan selsema..tapi, dah masuk keje...ye lah..doktor bagi MC sehari jek..isk..isk..isk..sampai hati doktor...bagi la seminggu ke...baru la syiok sket..hahahaha...hari ni pun lambat mengupdate sebab kepala agak berat..asal letak kepala atas bantal jek, terus dunia gelap gelita..hehehe..

Haa...sahur tadi, kitaorang makan western la pulak..asik nasi jek kan?..dear hubby pun mesti boring..asik2 nasi..asik2 nasi..so, sebelum tido semalam, mylady buatkan kuah spaghetti, bangun 4:30am tadi, just masak spaghetti dan panaskan kuahnya...4:50am dah boleh bersahur dengan jayanya..hehehe..mylady punya kuah spaghetti memang tak berapa masam sebab kitaorang tak suka masam...tapi suka pedas..so, mylady adjust to our taste bud la..jom kita tengok resepi nih!

SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahannya
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan cili kisar *kalau nak lagi pedas, leh tambah lagi
2 cawan sos Prego
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam knorr
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji capsicum - potong dadu *mylady tak letak sebab takde
1 tin cendawan butang *dibelah 4 atau dihiris nipis
1/2 sudu teh Garam
1/2 sudu besar Gula

Cara-caranya
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu
2. Masukkan daging cincang, kacau rata
3. Masukkan cili capsicum dan cendawang butang
4. Masukkan cili kisar, garam dan gula
5. Bila cili kisar dah agak masak, masukkan sos prego
6. Masukkan kiub ayam knorr dan serbuk lada hitam
7. Didihkan sehingga kuah agak kering dan pekat
8. Rasakan dan tambah garam/gula secukup rasa
9. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA! :-)

Monday, August 15, 2011

Menu Sahur : Sambal Sardin

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua..

Sori sebab hari ni mylady lambat buat posting..sebab apa?...Mylady tak sihat..:-(..dah beberapa hari ni, tekak rasa semacam..but i just ignore it..ingatkan sebab kurang minum dan cuaca panas..tapi, semalam dah start batuk, selsema dan panas badan..So, pepagi dear hubby bawa gi klinik and here I am...at home...on sick leave and dear hubby takes emergency leave..hehehe...
 Since demam, memang kepala rasa berat ngat..semalam just masak sambal sardin untuk dear hubby..itupun, lepas2 hidangkan makanan untuk dear hubby, mylady terus tergolek atas katil..even dear hubby kejutkan suruh minum air since mylady tak makan sahur pun, rasa cam mimpi jek..so, jom le tengok resepi sambal sardin yang budak2 yang tak cukup umur pun tahu masak..hehehe

SAMBAL SARDIN
Bahan-bahannya
1 tin kecil sardin
Bawang besar
1 ulas bawang putih
Cili Hijau
Air Asam Jawa
Garam
1 sudu besar cili kisar

Cara-caranya
1. Goreng ikan sardin dalam minyak yang sedikit (2 sudu besar) hingga agak garing - ketepikan
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau hingga naik bau
3. Masukkan cili kisar, kacau sebati
4. Masukkan sos dalam tin sardin bersama garam dan sedikit air
5. Perah air asam, biarkan sehingga kuah pekat.
6. Masukkan sardin yang digoreng tadi dan gaul sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA! :-)

Sunday, August 14, 2011

Menu Sahur : Ayam Masak Halia

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Kejap je dah 2 minggu kita berpuasa...mylady agak ramai yang dah memulakan projek biskut raya. Mylady belum lagi mula. Dah la penimbang sukatan plak rosak..aishhh..dah la sukatan sekarang ni banyak pakai gram instead of cawan..kena beli baru la nampaknya..kalau dak, takdak biskut raya la tahun ni..hehhe

Hari ni mylady nak share resepi yang selalu mak mylady masak. Menu ni, makan ngan nasi panas2, memang sedap. So, bulan puasa ni, kalau nak kelainan time sahur, boleh la cuba menu ni ek...jom kita tengok resepi dan bahan2 yang amat mudah ni...

AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Garam
Kunyit
1 inci halia * tumbuk
5 biji cili api *tumbuk
2 ulas bawang putih *tumbuk
3 ulas bawang merah *tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Ayam di potong kecil, lumur garam kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. Bila dah masak, ketepikan
2. Tinggalkan minyak dalam kuali sebanyak 1 sudu besar
3. Masukkan bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau
4. Masukkan sos tiram, garam dan air
5. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan ayam dan bawang besar yang dipotong.
6. Gaul hingga bawang agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA! :-)

Saturday, August 13, 2011

Menu Sahur : Nasi Goreng Cili Api

Assalamualaikum and morning to all sunshines out there...:-)

Yes...hari yang dinanti2kan dah tiba..hehehe..syok giler takyah gi keje hari ni..Leh buat aktiviti bebas...ya...bukan renang gaya bebas ekk...hehehe..hari ni menu sahur mylady simple jek..buat nasi goreng as per requested by dear hubby..tak lalu dah ngan nasi putih..sekali sekala tukar ke nasi goreng, naik juga selera waktu sahur ni..jom tengok apa yang mylady sediakan untuk sahur hari nik...yok!

NASI GORENG CILI PADI
Bahan-bahannya
5 biji cili padi *
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis *
Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda * diatas
Sotong/Udang/Ayam - ikut suka nak letak apa
Minyak
Garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis knorr
Carrot/Kobis/Sawi - ikut suka nak letak sayur apa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk, tumis hingga naik bau
4. Masukkan ayam/udang/sotong - kacau hingga masak
5. Masukkan nasi, garam, serbuk ikan bilis
6. Gaul rata dan masukkan kobis/carrot/sawi
7. Rasakan secukup rasa
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)

p/s : Cili Padi yang bertenggek diatas nasi didalam gambar diatas, hanyalah untuk tujuan penggambaran sahaja ye..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...:-)

Thursday, August 11, 2011

Menu Sahur : Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum dan morning to all...

Yess...ceria rasa hari ni..sebab apa?..sebab esok dah hari Jumaat..tak sabar betul menunggu hari Sabtu & Ahad.. hari ni mylady lambat pulat buat entry untuk menu sahur..selalunya buat entry lepas subuh..tapi, hari ni, lepas2 subuh, terus zzzzzzzzzzzz..heehehehe...

Menu sahur mylady ni, biasa2 ja..tak de la se gah mana pun..sebab mylady and dear hubby, dua2 memang lebih sukakan lauk yang simple dan kering waktu sahur...takde la sup ke, masak lemak ke, kari ke yang dijadikan menu bersahur..alamatnya, tak tersentuh la lauk tu..

Menu sahur kitaorang pulak, bukannya sejenis jek..yang mylady post ni, the main dish la konon2nya.. ye jangan gelak ek..main dish kitaorang memang sempoi jek.bangun 4:30pagi, masak nasi & main dish, pukul 5am dah boleh makan..disertai dengan telur asin, papadom, acar buah dan juga sambal ikan bilis kering+ kacang+ kentang..side dish memang wajib ada..bak kata orang, sebagai pembuka selera...

So mylady, takyahlah nak membebel pepanjang ek..bulan posa ni, orang tak larat nak baca posting yang berjela2 nih...*erkk..ada ke orang baca?*..hehehehe..

So, lets check out the simple recipe!!..

SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan-bahannya
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar - untuk di kisar
1 biji bawang besar - untuk tumis
sedikit belacan
2 biji bawang putih
Sos Tiram
Asam Jawa
Garam/Gula

Cara-caranya
1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang puith. ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga agak layu
3. Masukkan bahan kisar
4. Masukkan garam, gula sos tiram..kacau hingga cili kisar masak *warna bertukar ke warna merah gelap*
5. Perah air asam jawa
6. Masukkan udang
7. Rasakan secukup rasa *kalau kurang garam & gula, sila tambah ye*
8. Biarkan hingga kuah agak pekat, angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)

Wednesday, August 10, 2011

Menu Sahur : Sotong & Telur Masak Sempoi..

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers...

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Kejap jek rasa kan?..tup2 dah 10 hari..tinggal lagi 20 hari jek kita nak merebut segala nikmat, kebaikan dan ganjaran yang Allah S.W.T berikan pada bulan yang mulia ini. Haa..ni mylady nak share menu sahur..tapi, rasa malu gila!!..Menu ni sempoi sangat...sempoi tu, bukan la bererti sedap tahap gila babas ke apa..tapi, mylady kata sempoi, sebab menu ni simple sangat dan bila dimakan dengan nasi panas, memang membuka selera betul..nak resepi?..Rasanya ramai dah tahu camne nak masak kan?..tapi, mylady letak gak le resepinya...mana tahu ada adik2 yang sekolah rendah nak cuba surprisekan emak diaorang dengan menyediakan juadah sahur untuk ibu tercinta.

Menu berbuka?..Haa..sori la geng ek..mylady waktu berbuka memang tak masak...sebab kitaroang tiap2 hari diwajibkan bergilir2 berbuka di rumah mak or parents in law..so, tak dapek la mylady nak sharekan menu untuk berbuka..harap maklum ye...

So, lets check out the recipe for this simple menu :-

SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahannya
Sotong
Garam
Kunyit
Sos Tiram
Bawang Besar
Cili Merah/Cili Hijau *mylady tak masukkan sebab takde
Air

Cara-caranya
1. Lumur sotong dengan garam & kunyit, goreng dalam minyak yang dah dipanaskan
2. Bila sotong dah agak masak, masukkan sos tiram, garam secukupnya dan sedikit air, gaul rata
3. Masukkan bawang besar dan cili merah/cili hijau yang dah dipotong dan kacau rata
4. Bila bawang hampir layu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan
5. Bagi yang suka pedas, bolehlah masukkan serbuk lada hitam.
Selamat Mencuba! :-)


TELUR MATA GORENG BERBAWANG CILI
Bahan-bahannya
Telur
Bawang besar dipotong dadu
Cili Api dihiris halus
Kicap

Cara-caranya
1. Goreng telur dalam minyak yang dah dipanaskan, ketepikan
2. Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dalam kuali, masukkan bawang dan cili api
3. Bila dah naik bau, masukkan kicap, tunggu hingga kicap mendidih
4. Tuang atas telur yang dah digoreng tadi, dan sedia untuk dihidangkan.
* resepi ni sebenarnya selalu mylady buat dengan ikan bawal goreng panas..tapi, waktu sahur dear hubby tak berapa suka ngat ikan, so mylady replace it with telur..:-)
Selamat mencuba!

Tuesday, August 9, 2011

Menu Sahur : Kelempung@Paru Goreng Berempah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..

Dah sahur?..Mesti dah kan?..waktu sahur pun dah abis...kalau still dok makan gak, itu bermakna, puasa yang yang yok..pagi2 buka periuk..hehehe..mylady gurau2 jek ek..

Ok..hari ni mylady nak share satu resepi yang mudah, tapi sedap banget. Resepi ni mylady jumpa masa blogwalking mencari menu2 untuk bersahur yang nampak sedap dan senang untuk disediakan. Resepi ni mylady ambil dari rumah Nur from My Little Kitchen. Kak Nur..saya minta izin C&P resepi ke sini ek....Ha...bagi yang tak tahu, belah utara ni, kami panggil peparu tu kelempung..bukan pelampong ataupun kepompong tau!..hhehe..So, bagi sesiapa yang buntu mencari idea untuk menu bersahur, bolehlah cuba resepi ni. Memang sedap dan mudah untuk disediakan. So, lets check out the recipe!


PARU GORENG BEREMPAH
Paru Goreng Berempah - Resipi Puan Asiah Samsuddin
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
600gm paru atau kelempung
1 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar* bahan bertanda *ditumbuk kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 cm kunyit basah atau
1 camca besar serbuk kunyit ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1. Cuci bersih paru dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan ketumbar, jintan kasar dan jintan putih berserta garam
dan air secukupnya. Rebus hingga empuk.
3. Apabila telah empuk, angkat dan biarkan sejuk sedikit barulah di
potong selebar 5cm atau agak-agak aje. Gaul dengan kunyit, bawang
putih dan sedikit garam.
4. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing.

Monday, August 8, 2011

Menu Sahur : Sambal Kering Ikan Bilis dan Kentang Berkacang

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat bloggers..

Buat para surirumah, dah mula masuk dapur menyiapkan juadah berbuka ke? Mesti ada hidangan special yang disediakan untuk santapan suami & anak2 tersayang untuk berbuka nanti. Bagi yang bekerja dan pulang pada hampir waktu berbuka, mungkin kepala otak ligat memikirkan destinasi pasar ramadhan yang mampu memenuhi selera untuk berbuka nanti.

Ni mylady nak kongsi 1 resepi yang menjadi menu wajib untuk sahur setiap tahun. Sebenarnya, ni lah bekalan yang my mom bekalkan buat anak2 masa kitaorang dok di asrama dulu...ye lah, nak harapkan lauk diasrama tu, kami lebih rela makan maggi yang pastinya lebih sedap daripada lauk yang disediakan...Even masa dear hubby study di Korea dulu (masa tu lom kawin...baru tunang), mylady akan poskan sambal ni sebagai pembuka selera untuk dia berbuka disana..ye..harga pos yang dikenakan adalah lebih mahal daripada modal membuat sambal ni..tapi, sayang punya pasal, tutup sebelah mata jek la ye...hehehe..

So, for this Ramadhan, dear hubby make a request for this sambal on the 1st week of puasa..lepas dah membeli bahan, so kemarin mylady buatkanlah sambal bilis ni sebagai pembuka selera untuk dia bersahur..Pada yang ingin mencuba, let's check out the recipe!..Tu dia aih...punya la panjang nama diaaa...

SAMBAL KERING IKAN BILIS DAN KENTANG BERKACANG
Bahan-bahan untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam
Gula
Asam Jawa

Bahan-bahan kering yang digoreng
Kentang *disagat nipis, rendam didalam air yang dicampur 1 sudu teh garam & 1/2 sudu teh air kapur. Rendam selama 15-30 minit, dan goreng dalam minyak panas hingga rangup kekuningan
Ikan Bilis * digoreng garing
Kacang Tanah * digoreng

Cara-caranya
1. Cili kering, bawang besar, bawang putih di kisar halus
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 kisar
3. Masukkan garam & gula, masak sehingga cili kisar masak *warna bertukar ke warna merah gelap
4. Masukkan air asam jawa
5. Kacau sambal sehingga kering...rasakan secukup rasa, tutup api dan biarkan sambal sejuk.
6. Gaul kentang goreng, ikan bilis goreng dan kacang goreng dengan sambal yang dah disejukkan.
7. Siap untuk di makan.
*Selalunya mylady tak gaul semua sekali..mylady simpan semua bahan2 yang digoreng dalam bekas kedap udara berasingan. Bila nak makan, baru ambil sedikit portion dan gaul dengan sambal sebab dear hubby sukakan kentang dan ikan bilis tu rangup masa di makan. Sambal tu, kalau dimasak betul2 kering, boleh disimpan 1-2 minggu walaupun tak dimasukkan ke peti sejuk.
Selamat Mencuba!.. :-)

Sunday, August 7, 2011

Segmen Mari Memasak : CHEESE PUDING WITH OREO

Assalamualaikum dan selamat pagi dear bloggers..

Pejam celik, pejam celik...dah masuk seminggu kita berpuasa kan? Kejap jek..tup2 dah nak raya...So, selagi ada masa lag1 21 hari ni, cepat2lah rebut peluang keemasan ni...banyakkan solat sunat kerana pada bulan Ramadhan ni, setiap perkara sunat yang dilakukan, pahalanya sama seperti perkara wajib yang kita lakukan..hebatkan bulan Ramadhan ni?...

Ok..banyak lak celoteh mylady hari ni....hehe..sebenarnya masa mylady berblogwaking hari tu, terpandang la puding seksi di rumah Masam Manis kepunyaan Kak Azlita Aziz..Puding Keju Berbiskut Oreo or nama omputihnya, Cheese Pudding With Oreo...resepi asal adalah dari Along Roz dan diolah oleh Kak Azlita dengan menambahkan lapisan biskut oreo ditengahnya...mylady buat for berbuka puasa kemarin..memang sedap puding ni.. Kak Azlita..saya minta izin C&P resepi kesini ek..:-)

CHEESE PUDING WITH OREO
  Hasil Olahan : Azlita Aziz
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

Tuang ke dlm loyang atau acuan. Ita layerkan dengan biskut oreo. Susun Biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Friday, August 5, 2011

Menu Sahur : Spaghetti Prawn & Squid Olio

Assalamualaikum and morning buat rakan bloggers...

Baru habis sahur ke?..Mylady baru jek habis bersahur dan sementara menunggu masuk waktu Subuh mylady nak share menu yang mylady buatkan untuk sahur hari ni...*waktu subuh masuk dah..to be continue.....*

Haa..ada citer sedih disebalik spaghetti ni...actually semalam lepas terawih dear hubby request nak makan spaghetti for sahur, so mylady buatkan persediaan untuk sos spaghetti bolognese bertulang daging. Masa tu dalam pukul 11.30pm gitu. Then, mylady letak atas dapur, buka api kecil jek..nak renehkan sos tu bersama tulang daging so that daging tu akan lembut by the time nak bersahur..dalam pukul 1am tu dear hubby suruh tido jek..tapi, mylady cakap, takpe..mylady boleh tunggu...sementara menunggu, mylady pun berblogwalking untuk menghilangkan rasa mengantuk..tengok jam, dah pukul 2am..takpe..mylady plan habis berblogwalking, nak gi tutup api...then, you know what happened?

Tup2 mylady terjaga, tengok2 jam..alamak 4:30am..buka je pintu bilik, dah terbau bau hangit...alamak..sos spaghetti aku!!!..gi dapur, mylady tengok sos dah jadi hitam macam arang..kat tengah jek still moist..hahaha..tepi2 tu, jadi cam belakang punggung kuali...panik giler mylady...camne ni...nak buat sos spaghetti kat dear hubby, sos dah abis, daging pun dah habis..dalam esbok cuma ada sotong, udang, ikan...then...plinggggg....mentol sudah menyala dalam kepala...teringat yang dear hubby memang suka makan spaghetti prawn olio kalau gi pizza hut...so, sepantas kilat, mylady sediakan menu yang simple ni which takes about less than 30 minutes time and thumbs up from dear hubby for the taste! :-)


SPAGHETTI PRAWN & SQUID OLIO
Bahan-bahannya
1/4 peket spaghetti
5 ekor udang
2 ekor sotong di hiris
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 tangkai cili kering
Garam
2 sudu besar minyak Zaitun
Kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan air rebusan spaghetti

Cara-caranya
1. Rebus spaghetti hingga al dente dan toskan*untuk mendapatkan spaghetti yang al dente, ikut jek instruction kat bungkus  spaghetti tu
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali
3. Cincang bawang putih, dan masukkan dalam kuali yang berisi minyak zaitun
4. Masukkan secubit garam kedalam kuali bersama2 bawang putih diatas
5. Goreng bawang putih hingga kekuning2an..jangan sampai hangit ye..nanti pahit
6. Anggkat bawang goreng, dan ketepikan
7. Potong dadu bawang besar, masukkan kedalam kuali yang berisi minyak gorengan bawang putih tadi
8. Masukkan cili kering yang dipotong dalam 2 cm
9. Goreng bawang besar dan cili kering diatas hingga bawang layu
10. Masukkan sotong dan udang
11. Masukkan air rebusan spaghetti
12. Masukkan garam dan bahan perisa
13. Masukkan spaghetti, gaul rata
14. Rasakan garam secukup rasa
15. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
16. Taburkan bawang putih goreng sebelum dihidangkan
Selamat Mencuba!! :-)

p/s : Ngantuk gila deh...tido dalam 2 jam jek semalam..nak sambung tido jap sebelum gi keje...till then...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #2

Ramadhan al-Mubarak....bersyukurlah...

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat blogger..

Mylady agak jarang buat post untuk bulan Ramadhan ni..ye lah..nak post gambo makanan, kang ada plak yang terliur bila tengok *terutamanya orang yang upload gambo tu*..hehehe..nak wat entry pun asyik tertunda jek..bila ada masa terluang, dok gigih mencari resepi2 yang berkenan untuk dijadikan juadah...ataupun gigih mencari bakal biskut2 raya yang hendak dibuat untuk tahun ni..

Apa-apapun, mylady harap, dapatlah kita bersederhana di bulan yang mulia ini. Kalau gi pasar ramadhan, memang tengok semua benda, rasa teringin benar nak makan..itu nampak sedap, ini nampak sedap...tapi, bila waktu berbuka, yang paling cepat abis, air...betul tak?..lepas dah masuk air bergelas-gelas, maka tak berapa nak pandanglah segala kuih muih dan juadah yang dibeli di pasar ramadhan tu..So, make sure kita just beli benda yang betul2 nak makan jek...so that kita tak membazir...membazir itu amalam syaitan kan?

Kalau kita fikirkan nasib saudara muslimin dan muslimat kita di negara yang dilanda perang, terfikirkah kita...apakah yang dimakan oleh mereka untuk berbuka...masih adakah juadah diwaktu sahur untuk mereka nikmati bagi mengalas perut dalam mengharungi hari2 yang penuh dengan ancaman bahaya kepada nyawa mereka...dapatkan mereka melakukan ibadah dengan rasa tenang? Fikirkan dan bandingkan dengan negara kita. Alhamdulillah...itu yang mylady mampu ucapkan..syukur kerana negara kita ini aman..dan kita boleh melakukan ibadah didalam bulan yang mulia ini tanpa rasa bimbang dan gusar...cumanya, untuk melakukan ibadah itu, adalah terpulang kepada individu itu sendiri...."Aku muda lagi...bila tua2 nanti baru aku nak baca quran...bila dah kaya nanti baru aku nak bersedekah...bila dah tua nanti baru aku nak kemasjid"..Tahukah kita bila nyawa kita akan diambil? Sempatkah kita bertaubat sekiranya sampai waktu dan saatnya? Cukupkah ilmu dan bekalan untuk di bawa kesana?

Jadi, baiklah kita rebut peluang yang ada ini semasa Allah S.W.T masih lagi memberikan peluang dan rahmatnya untuk kita menebus dosa dengan meningkatkan amalan kita...seperti gambar dibawah ini...INGATLAH....
SESUNGGUHNYA, MATI ITU PASTI...

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
p/s : Post ini adalah peringatan untuk mylady sendiri...to my beloved husband..Alhamdulillah and thanks for being a good husband to me and for supporting me in making changes to our life dalam mencari keredhaanNya..sama2lah kita mengemudi bahtera kita menuju rahmatNya...

Wordless Wednesday #1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi