G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Saturday, August 13, 2011

Menu Sahur : Nasi Goreng Cili Api

Assalamualaikum and morning to all sunshines out there...:-)

Yes...hari yang dinanti2kan dah tiba..hehehe..syok giler takyah gi keje hari ni..Leh buat aktiviti bebas...ya...bukan renang gaya bebas ekk...hehehe..hari ni menu sahur mylady simple jek..buat nasi goreng as per requested by dear hubby..tak lalu dah ngan nasi putih..sekali sekala tukar ke nasi goreng, naik juga selera waktu sahur ni..jom tengok apa yang mylady sediakan untuk sahur hari nik...yok!

NASI GORENG CILI PADI
Bahan-bahannya
5 biji cili padi *
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis *
Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda * diatas
Sotong/Udang/Ayam - ikut suka nak letak apa
Minyak
Garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis knorr
Carrot/Kobis/Sawi - ikut suka nak letak sayur apa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk, tumis hingga naik bau
4. Masukkan ayam/udang/sotong - kacau hingga masak
5. Masukkan nasi, garam, serbuk ikan bilis
6. Gaul rata dan masukkan kobis/carrot/sawi
7. Rasakan secukup rasa
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)

p/s : Cili Padi yang bertenggek diatas nasi didalam gambar diatas, hanyalah untuk tujuan penggambaran sahaja ye..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...:-)

4 comments:

Maslina Mansor Best Blogger Tips

mcm syok...terliuq..thx for the idea. I follow u ok :-)

Mylady Best Blogger Tips

@Maslina Mansor Thanks sebab sudi follow..haa..kalau minat pedas, memang menu ni kena betul la dengan tekak..aduh..sambil menaip ni, i pun terliur gak..hehehe

Xiong Tao Mao Best Blogger Tips

Wah .. macam nak cube .. ni hidangan utk bape org?

Mylady Best Blogger Tips

I masak ni utk 2 org...selamat mencuba..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi