G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, August 16, 2011

Menu Sahur : Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat2 bloggers..

Mylady still not fully recover from sakit tekak, demam dan selsema..tapi, dah masuk keje...ye lah..doktor bagi MC sehari jek..isk..isk..isk..sampai hati doktor...bagi la seminggu ke...baru la syiok sket..hahahaha...hari ni pun lambat mengupdate sebab kepala agak berat..asal letak kepala atas bantal jek, terus dunia gelap gelita..hehehe..

Haa...sahur tadi, kitaorang makan western la pulak..asik nasi jek kan?..dear hubby pun mesti boring..asik2 nasi..asik2 nasi..so, sebelum tido semalam, mylady buatkan kuah spaghetti, bangun 4:30am tadi, just masak spaghetti dan panaskan kuahnya...4:50am dah boleh bersahur dengan jayanya..hehehe..mylady punya kuah spaghetti memang tak berapa masam sebab kitaorang tak suka masam...tapi suka pedas..so, mylady adjust to our taste bud la..jom kita tengok resepi nih!

SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahannya
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan cili kisar *kalau nak lagi pedas, leh tambah lagi
2 cawan sos Prego
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam knorr
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji capsicum - potong dadu *mylady tak letak sebab takde
1 tin cendawan butang *dibelah 4 atau dihiris nipis
1/2 sudu teh Garam
1/2 sudu besar Gula

Cara-caranya
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu
2. Masukkan daging cincang, kacau rata
3. Masukkan cili capsicum dan cendawang butang
4. Masukkan cili kisar, garam dan gula
5. Bila cili kisar dah agak masak, masukkan sos prego
6. Masukkan kiub ayam knorr dan serbuk lada hitam
7. Didihkan sehingga kuah agak kering dan pekat
8. Rasakan dan tambah garam/gula secukup rasa
9. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA! :-)

4 comments:

mrs redzuan Best Blogger Tips

kalau saya prefer masam..hehe...=)

syamem Best Blogger Tips

sedapnye...

Mylady Best Blogger Tips

@mrs redzuanada satu citer lucu tau..ada sorang my niece ni..all this while makan spaghetti yang i masak..which is not masam..sekali tu, masuk univ, teringin la nak makan spaghetti..lepas2 makan semulut, terus gi serbu makcik cafe tu "makcik...spaghetti makcik ni basi ka?..apsal masam jek rasa"..hahahahaha...bila i explain, termalu gila dia ngan makcik tuh...

Mylady Best Blogger Tips

@syamem hehe..sesekali berubah selera time sahur ni, memang sedap plak tekak makan spaghetti..:-)..thanks for visiting ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi