G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Sunday, July 10, 2011

Kari Tulang..

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat bloggers..

Hehehe..agak dah..bila mylady post about nasi minyak, mesti ramai hairan..aik..takkan nasi minyak jek..lauknya mana?..hehehe...nasi minyak ni, sesuai di makan dengan macam2 jenis lauk, contohnya :- gulai ayam kampung, gulai daging, ayam masak merah, ayam goreng berempah, dalca, daging pesamah, daging mami, sambal tumis udang, sambal tumis telur dan macam2 lagi..sebab tu mylady suka makan nasi minyak ni sebab senang nak buat lauk pauknya...

Untuk nasi minyak mylady hari ni, mylady watkan lauk dibawah ni untuk dimakan dengan nasi minyak...

KARI TULANG DAGING
Bahan-bahannya
Sekilo tulang daging
1 biji santan kelapa
1 sudu besar kerisek
2 biji kentang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
2 tangkai daun kari
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 tangkai kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 bungkus rempah daging
2 sudu besar serbuk cili
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Tumbuk bawang besar, bawang putih & halia
Tumis bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, serai yang diketuk, daun kari sehingga naik bau
Kemudian masukkan rempah daging dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan air
Tunggu sampai pecah minyak
Masukkan daging, tambahkan air, didihkan hingga daging empuk
Bila daging dah hampir empuk, masukkan santan, kerisik dan kentang
Tunggu hingga kentang empuk, masukkan garam secukup rasa
Okay...kari tulang dah siap...sedia untuk dihidangkan :-)

p/s : Mylady and dear hubby memang prefer bahagian bertulang nih..baik ayam, ataupun daging, memang nak bahagian bertulang..mungkin sebab rasanya lebih manis kot..hehehe...bahagian yang banyak isi tu, jawabnya masuk dalam tomyam or digunakan dalam mee/kuey teow/bihun...:-)

Selain kari tulang daging, mylady juga buatkan sotong berempah kurma, resepi daripada rumah Cik Mat Gebu...Memang mudah nak sediakan sotong ni dan rasanya pun sedap...dalam mylady dok menjenguk rumah otai2 masakan, tengok2 ehh...kak ummi kuantan pun menyediakan juadah yang sama...CMG..saya minta izin copy paste resepi kat sini ek..:-)

SOTONG BEREMPAH KURMA

Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram sotong saiz sederhana, siang, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DISATUKAN :-)
  • 1 camca besar rempah kurma (mat guna jenama adabi)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 inci halia*
  • 1 biji cili hijau*
  • 2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi digaul bersama bahan2 yang "disatukan" dan perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, halia dan juga cili merah, bila layu, masukkan sotong dan gaul rata.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, kacau dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga pekat. Perahkan jus limau kasturi, kacau dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..

Haaaa..menu terakhir sebagai juadah sampingan untuk nasi minyak ni, tadaaaa..paling simple dan sebagai pembuka selera...PAPADOMMM...:-) Yang ni takde resepi la ek..sila dapatkan di kedai2 runcit yang berhampiran..hehehe...

p/s : Sorry..gambar overall juadah yang dihidangkan tak sempat disnap..sebab dear hubby dah tak sabar2 nak menjamu selera...:-)

2 comments:

Ummi Best Blogger Tips

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..kita serupaaaaaaaaaaaaaaa citarasa la eh...sotong tu sempoi tp best kan..hehe

Mylady Best Blogger Tips

@Ummi A'ah la kak ummi..sempoi jek resepi sotong nih..tapi sedap..lepas2 masak, mylady asyik dok meratah ja panas2..hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi