G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, July 28, 2011

Segmen Mari Memasak : Sup Telur Berempah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..

Camne cuaca di tempat anda hari ni? Kemarin di Penang hujan lebat..tapi, kejap jek pun...hari ni plak, nampak cam mendung..tapi tak tahu la nak hujan ka idak...mylady ni cukup suka dengar bunyi hujan...rasa syahdu, aman jek..masa kecik2 dulu sanggup ubah kedudukan katil ke tepi tingkap..kalau hujan malam2, sanggup buka tingkap untuk dengar bunyi hujan lebih clear..tetambah plak kalau kena tempias2 air hujan..fuhhhh..nyenyak tido..hehehe...sekarang pun, kalau dengar bunyi hujan, terus berat jek mata nih..

Haa..banyak plak mylady membebel hari nih...actually mylady nak share menu dinner yang direquestkan oleh hubby last night...dari dulu lagi dear hubby ada bagitau mak dia ada pernah buat sup telur..while mak mylady tak pernah plak masakkan sup telur untuk kitaorang..pastu, tanya MIL, dia cakap dia pun ingat2 lupa..but senang jek...then, disebabkan dear hubby takut mylady buat tak menjadi, so sup telur hanyalah tinggal sebagai angan2 sahaja..eheheh...hinggalah satu hari tu, mylady tengok CMG dari Dapur Tanpa Sempadan post pasal sup telur nih..tapi, mylady tak bagitau dear hubby..ingatkan nak masak sup telur waktu bahan2 mentah habis, so leh surprisekan dia ngan sup telur..mana tau, semalam balik dah lambat, bagi option untuk menu yang cepat dimasak sedap dimakan :- ikan masak lemak cili api, or ayam masak apa2 yang simple or sup telur...laju jek dia jawap sup telur..then he try to recall apa ada dalam sup telur mak dia dulu..so sweet of you my dear..

Sooo..inilah dia sup telur berempah resepi CMG...mylady minta zin C&P kat sini ek CMG...my dear hubby kata :- SEDAPP!! Thanks ek CMG!

SUP TELUR BEREMPAH
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
  2. Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
  3. Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi