Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat bloggers..
Alamak..alamak..dah dekat kul 5pm dah..hehe..takpe..luangkan masa yang ada untuk wat posting sebelum balik..Haa..topik mylady pada hari ni...tak vogue ke kalau kita berbaju kurung? Ni bukan mylady kata ek..tapi, berdasarkan pengalaman dan kisah benar dari kawan2, mylady hairan gak..naper agaknya ada yang malu berbaju kurung? Bagi mereka, baju kurung hanya sesuai di pakai pada hari raya, menghadiri majlis agama, atau menziarahi jenazah...ada yang selepas kenduri, singgah ke shopping mall dan sanggup bawa baju persalinan untuk disalin semata2 malu nak berjalan2 didalam shopping mall tu dengan berbaju kurung...ermmm mylady takde nak menilai orang kat sini..sebab ada jugak yang rimas berbaju kurung kerana panas dan sebagainya..
Tapi, bagi mylady, tak usahlah sampai berasa malu nak berbaju kurung...suka tengok orang berbaju kurung ni..nampak ayu dan sopan jek..tapi ye lah...baik buruknya akhlak seseorang, bukannya bergantung pada ketrampilan diri...betul tak?
p/s : byeee...dear hubby dah ajak balik...yahoooooooooo!!! :-)
2 comments:
saya suka pakai baju kurung...
@Sunah Sakura akak suka benar la ngan adik sunah ni..kalau ada anak lelaki yg dah besar, lama dah booking jadik menantu..hehe
Post a Comment