Haaa..dah ada kat opis ke?..Bekpes apa hari ni?..Nih mylady share bukan menu bekpes pun..actually ni menu for dinner last night..tapi, disebabkan tugas dirumah yang banyak menanti, tak terbuat plak entry untuk semalam. Anyway, nasi goreng ni, bukan jek sesuai untuk menu dinner..kalau di buat sarapan pagi or untuk lunch pun sesuai gitewww..bak kata orang, multiuniversal la...eh..ada ke perkataan tu?..hehehe..So, kalau ada lebihan nasi dan takde idea apa untuk dibuat bekpes, jom tengok resepi yang pakai hentam keromo ja dan menggunakan apa yang ada dalam esbok ja nih..:-)
NASI GORENG SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan
Baki nasi putih
Baki sambal belacan
Carrot
Sawi
Cendawan Tiram
Ikan bilis
Udang/Sotong/Jejari Ketam *ikut la apa yang ada dalam esbok korang..mylady letak udang ngan jejari ketam jek since sotong takde..
2 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
Garam *jika perlu..memandangkan sambal belacan dah secukup rasa
Cara-caranya
Nasi putih digaul dengan sambal belacan hingga rata dan sebati- ketepikan
Goreng ikan bilis sampai garing - ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali
Tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau
Masukkan sotong, udang, jejari ketam
Bila dah masak, masukkan nasi yang digaul sambal belacan tadi
Gaul rata dengan bahan2 tumis
Kemudian masukkan carrot dan batang sawi...
Biarkan hingga carrot sedikit layu..
Masukkan cendawan tiram dan daun sawi..
Kacau rata hingga masak..
Jika perlu, sila tambah garam
Angkat dan hidangkan..
Selamat Mencuba!! :-)
2 comments:
Kak Nur geram tengok telur tu...my fav tu...kalau mkn nasi goreng mesti nk ada telur mata kerbau....eh kat sini org sebut telur mata lembu...sib baik bukan telur mata gajah...hehe...mcm2 kan!!
@Nuridah Kak Nur..mylady suka mata lembu lagi..sebab mata dia besar dari mata kerbau...kalau telur mata gajah, kena amik telur puyuh goreng la nampaknya..sebab mata gajah kecik..hahaahha....
Post a Comment