Yeah...hari ni dah hari Jumaat..patutnya esok dan lusa cuti la kan?...Leh rehat2 kat rumah or pergi membeli belah untuk meyambut kedatangan Ramadhan..tapi, mylady & dear hubby still ada 2 CCNA classes to attend.. Patutnya class every Saturday, which will end by next Saturday..tapi, sapa la rajin nak pi kelas during bulan puasa ni. So, after further discuss, diaorang setuju buat kelas sabtu & ahad so that bulan puasa kitaorang takyah gi kelas dah...Yahoooo!!!..
Haaa...ni mylady nak share menu yang dimasak pagi tadi...setiap hari Jumaat during lunch time memang kitaroang balik rumah my mom sebab dear hubby gi masjid yang dekat ngan rumah my mom. So, mylady masak siap2 lauk untuk dibawa kesana..so that tak la my beloved mom bersusah payah nak memasak plak. Mylady suka lauk ni..sebab sedap...dan juga senang disediakan...so, lets check out the recipe..
IKAN MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahannya
1 biji bawang putih *ditumbuk
2 biji bawang merah *ditumbuk
15 biji cili api *ditumbuk - pagi tadi mylady malas nak menumbuk..so belah 2 jek cili tu
1 Santan kotak
1 inci kunyit hidup ditumbuk *takde kunyit hidup, mylady ganti dengan 1 sudu teh kunyit serbuk
2 keping asam keping
Garam
2 biji tomato
Daun kunyit *bau lebih harum kalau masukkan daun kunyit..mylady ingatkan ada dalam fridge..godek punya godek, takdak la pulakkkkkkk...so tak letak la..ishhhh..
500ml air
Cara-caranya
1. Lumur ikan dengan garam & kunyit dan goreng - ketepikan
2. Dalam periuk, masukkan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk
3. Bila dah berbau harum, masukkan santan dan air
4. Masukkan asam keping dan daun kunyit
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan
6. Bila asam keping dah kembang, masukkan garam dan ikan, biarkan mendidih
7. Rasakan masin & masam secukupnya
8. Masukkan tomato potong, dan biarkan mendidih
9. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!! :-)
0 comments:
Post a Comment