G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Sunday, July 10, 2011

Nasi Minyak...

Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan..

Tengah buat apa tu?..Hehehe..dah time minum petang kan? Mylady baru jek nak post menu lunch tadi..maklumlah..lepas2 lunch, penyakit M pun datang..sementara tunggu waktu Asar nih, meh mylady nak share menu untuk hari ni..

Makan kenduri?..hahaha..tak la..takde jemputan kenduri kahwin pun..tapi, erm tetiba hari ni nak masak something special for dear hubby..ye lah...lebih kurang 20 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak, so apa kata tukar sket menu yang biasa2 tu, ke menu yang lain sket..so, ini dia menu untuk hari ni...

NASI MINYAK
 Bahan-bahannya
2 mangkuk beras
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Buah Pelaga,
Bunga Lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun Pandan
2 sudu besar minyak sapi
1 senduk susu tepung penuh krim
Air
Garam/Gula secukupnya

Cara-caranya
Beras dibasuh dan ditoskan, masukkan ke dalam rice cooker
Bawang putih & bawang besar ditumbuk lumat
Panaskan minyak sapi dalam kuali
Masukkan bahan yang situmbuk beserta buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan
Bila dah naik baunya, masukkan susu tepung yang dah dibancuh dengan air panas
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tuang kedalam rice cooker yang berisi beras tadi, pastikan air ikut sukatan seperti kebiasaan memasak nasi
 Bila nasi dah kering, sedia untuk dihidangkan..:-)

Menu lain mylady wat entry lain ek...nak solat then nak gi rumah parents-in-law...so, till then..see ya!!..



4 comments:

Nuridah Best Blogger Tips

Assalamualaikum Mylady,

sesekali pekena nasi minyak pasti terangkat nie...nur suker nasi minyak...sedapkan!!

Ummi Best Blogger Tips

Salam kjg bls Mylady...thanks ya sudi singgah dapur akak....nasi minyak tu lawan lauk apa tu..ayam masak merah ke, nak tumpang makan sini laaa... ^__^

Mylady Best Blogger Tips

@Nuridah Waalaikumussalam Nur..itulah kelebihan nasi minyak ni..makan dengan apa pun sedap..even dengan sambal tumis udang pun, dah boleh bertambah2 nasi..hehehe:-)

Mylady Best Blogger Tips

@Ummi Kak Ummi...sila ooo sila...tapi, mylady tak buat ayam masak merah pun hari ni..tak cukup bahan2..tengok la apa yang mylady sediakan sebagai penggantinya..kalau kak Ummi sudi nak tumpang makan, periuk belanga mylady tadahkan...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi