G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, July 5, 2011

Pentingnya Menjaga Hati

Assalamualaikum semua,

Bercakap soal hati..:-)..Selalunya bicara tentang hati ni hanya disentuh bila ianya melibatkan soal cinta, kasih dan sayang. Betapa besarnya peranan hati dalam kehidupan seseorang. Kenapa mylady kata macam tu? Naper? Tak percaya?..hehehe...seorang ibu boleh tabahkan hati membesarkan anak2 yang masih kecil setelah kehilangan suaminya...so, dimana kekuatan si ibu tadi? Di hatinya..dia tekadkan hatinya dan itulah yang menguatkan kudrat tuanya untuk terus membanting tulang menampung anak2nya.

Seorang OKU bercita2 masuk ke Sukan Olimpik. Dimanakan kekuatannya sedangkan kita tahu dia seorang yang kurang upaya..sama seperti senario diatas, semuanya terletak pada HATI..

Seorang pelajar yang dirotan gurunya kerana merokok, diam2 mencalarkan kereta gurunya atas alasan tidak puas hati atas hukuman yang dikenakan...dimanakah letaknya rasa tidak puas hati itu? Pastinya di HATI..

Betapa pentingnya hati kita ini..kalau hitam kita corakkan dia, maka hitamlah dia..kalau putih kita corakkan dia, maka putihlah dia...Jikalau kita tahu kita berada didalam laluan yang salah, tekadkan hati dan bimbinglah hati agar diberikan kelembutan untuk kembali ke laluan yang dirahmatiNya..jangan diberikan 1001 alasan untuk tidak meninggalkan perkara yang buruk kerana semuanya adalah diatas kehendak HATI..kita yang mencorakkan hati kita...tekadkan hati untuk berubah kearah kebaikan, dekatkan diri kepadaNya, dan InsyaAllah, Allah S.W.T akan sentiasa membantu dan merahmati usaha kita untuk kembali ke jalanNya....

p/s : article ni adalah peringatan untuk mylady juga, semoga kita semua memperolehi hidayah dan rahmat dariNya

Lima keistimewaan hati : petikan dari sumber

Pertama.
Hati selalu diintai musuh iaitu syaitan. Setiap saat merusaha untuk menunggangi hati dan tidak pernah berhenti, kerana syaitan tahu hati itu tempatnya ilham. Tapi ada juga malaikat yang berusaha merebut hati kita. Maka setiap waktu akan terjadi perebutan antara syaitan dan malaikat untuk memasuki hati kita.

Kedua.
Hati sentiasa sibuk disebabkan didalamnya terdapat nafsu dan akal. Sedangkan antara keinginan nafsu dan akal saling bercangggah. Apa yang ingin dilakukan akal akan dihalangi oleh nafsu dan sebaliknya, ibarat perang maka hati merupakan medan perang tempat pertempuran antara akal dan nafsu.

Ketiga.
Adanya bisikan-bisikan yang tak pernah berhenti. Hati tak pernah tiidur, selalu sahaja masuk fikiran-fikiran siang dan malam tanpa berhenti. Dan kita tak mampu menahannya, selalu melintas rancangan, ingatan lama, kekecewaan, rasa malu, dan lain sebagainya, yang satu pergi yang lainnya pula akan datang tanpa berhenti dan kita tak mampu membendungnya sama sekali.

Keempat.
Persoalan mengenai hati dan penyakitnya adalah perkara ghaib, dan virus penyakit hati sangat cepat berkembang jika sudah menyerang hati, penyakit itu cepat keluar dan masuk kedalam hati bagaikan air mendidih keadaannya. 

Kelima
Jika hati terpeleset atau tergelincir, maka bahaya yang akan terjadi amatlah dahsyat. Dan sangat mencelakakan diri kita, untuk itu kita mestilah memperkukuhkan benteng pertahanan supaya hati kita tidak mudah dicerobohi oleh syaitan dan penyakit hati. 

Semoga kita termasuk kedalam golongan yang mampu mengambil ikhtibar, jangan menjadi bodoh sombong seumpama syaitan yang ingkar kepada Allah kerana merasa diri lebih baik dari Nabi Adam dan tidak mahu bersujud kepadanya disebabkan dirinya mempunyai asal usul yang lebih baik dari Nabi Adam akhirnya diusir dari syurga. 

Dan semoga kita selalu terhindar dari bahaya getaran-getaran hati yang membawa penyakit dan sentiasa mendapat hidayat dan taufik dari Allah. Dan diberi kekuatan untuk memadamkan penyakit-penyakit hati dari dalam hati kita

2 comments:

Acik Best Blogger Tips

semoga hatiku dipelihara dan terpelihara ... :)

Mylady Best Blogger Tips

@Acikye..sama2 kita berdoa semoga kita dapat menjaga hati kita ni..:-) thanks ek sebab sudi singgah ke sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi