G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Monday, July 18, 2011

Hangin betul!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat sahabat bloggers..

Dah lunch?..mesti tengah kenyang bagi yang baru yang lepas lunch. Mylady pun mata kuyu jek hari ni..Ha..hari ni mylady nak berceloteh pasal ragam manusia..On Saturday, mylady dapat satu phone call yang membuatkan darah mylady mendidih2..hehehehe...Ni conversation mylady dengan orang tu :-

Pemanggil : Assalamualaikum..boleh bercakap dengan Puan Mylady? (bukan nama sebenar..heehhe..)

Mylady : Waalaikumussalam...saya bercakap ni...

Pemanggil : Puan saya dari travel agency C******..saya nak sahkan alamat rumah puan, sebab kitaorang ada nak hantar kad platinum kepada puan.

Mylady : Huh?..Kad platinum? 

Pemanggil : A'ah..takde orang call puan ke sebelum ni beritahu yang kitaorang akan hantar kad platinum ni?

Mylady : 2 tahun lepas ada la...untuk jadi ahli VVIP..tapi, saya dah bagitau saya tak nak..sebab saya dah tak menggunakan servis syarikat awak lagi..saya pun dah tak keje *tipu sunat* dan dah tak gi melancong lagi..

Pemanggil : Saya tahu puan..kalau pun puan taknak menggunakan lagi servis kitaorang, puan kena juga ambil kad ni so that kitaorang boleh tutup account puan. Setiap pelanggan kitaorang yang mempunya kredit kad, kena terima kad ni sebab kad ni tak boleh di batalkan..puan terima kad ni, kami tutup akaun puan.

Mylady : what the???? *sambil pandang muka dear hubby* and dear hubby cakap "cakap je taknak"

Mylady : Kalau saya tak nak guna servis awak, kalau awak nak tutup akaun, apa hal plak saya nak kena terima kad platinum ni? Kad platinum ni kad apa sebenarnya?..benefit apa yang saya dapat kalau saya ambil kad ni? is it a credit card?

Pemanggil : Tak kisah la kad apa pun, puan nak guna ke, tak nak guna ke, tak kisah...yang penting sekarang ni, saya nak confirm alamat puan untuk hantar kad platinum ni kepada puan..puan faham tak?
*aiiiikkkk..sib baik bukan ada depan mata aku..kalau dak, aku sekeh2 mamat bangang nih*

Mylady : No..saya tanya..kad ni kad apa?..kad kredit ka, or kad untuk saya dapat benefit if saya travel ka? and apa charge apa2 ka untuk kad ni?..coontohnya kalau kad kredit, kan kena annual fee ngan goverment tax...

Pemanggil : Macam ni puan..kad ni, puan bayar sekali jek, rm480, pastu ikut suka puan la nak pakai ka dak.

Mylady : Huh?..buat apa saya nak bayar kalau saya tak nak pakai *suara dah tinggi dan hampir pitam ngan mamat bangang nih*

Pemanggil : Puan...saya just nak alamat puan untuk...

Mylady : TET *bunyi tekan butang END CALL, terus mylady off phone. He's calling from mobile number, so I set his call to be sent directly to voice mail*

Buang masa argue ngan orang macam ni...tak logik langsung..last 2 years I received the same call..from the same company..but it's a woman...dia nak naikkan my membership to VVIP..but I need to pay rm480. I said I don't want as I didn't travel a lot. So, she said, it's ok..only that my status is still as ordinary member la...not as VVIP..I said, it's ok with me..takde gunanya ber vvip ni..dapat voucher masa awal2 join pun, tak terabis pakai..

Yang mamat bangang nih, ada ke nak paksa kita amik kad tu dengan alasan nak tutup my account *since I cakap I dah tak pakai their services* and some more, need to pay the RM480?..Memang !@#$%^!!!.. Geram betul mylady nih...don't think I'm that stupid that you can fool me!!!

p/s : Puas hati dapat lepas geram dalam blog..so, to you out there, berhati2 la ek...

4 comments:

Eiza GreenAppleKu Best Blogger Tips

Silap orang ler kalau nak cari pasal. Apa hak mereka pula nak paksa2 org guna servis mereka kan. Dasar tak faham bahasa.

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.com itu la..kalau hang dengar mamat tu cakap, hang pun leh angin..memang kurang ajar..berapa kali dok ulang "puan faham tak" dengan meninggikan suara..ingat aku bodoh ka?..depa ni cam desperado nak cari pelanggan sampaikan soal attitude di tolak tepi..

Eiza GreenAppleKu Best Blogger Tips

amboi tu dah terlebih sgt tu, PUAN FAHAM TAK? Bikin orang naik darah jer. Itu tektik terbaru yang mereka belajar untuk cari pelanggan ker?

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.com tu la laki aku cakap..kalau orang yang tak aware, terus je setuju terima kad tu, tup2 kena charge rm480..tak ke naya...rasanya ni taktik baru diaorang untuk cari pelanggan la ni..sebab tu bagi alasan yang tak masuk akal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi