G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, November 29, 2012

Annyeong Haseyo! “안녕하세요- Yangnyeom tongdak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung semua..

Haaa...baca tajuk tak?..Ramai yang dah faham dah kan maksud Annyeong Haseyo...ni semua gara2 drama korea la kan?..Sampaikan leh ingat certain sebutan korea..hehehe..

Masa memula mylady gi Korea dulu, mylady ingatkan semua orang Korea leh berbahasa Inggeris. Rupa2nya makcik2 yang berniaga, takleh cakap Inggeris even sepatah pun..kita cakap Thank You pun, dia cakap bahasa dia sambil tunduk2 kepala tanda hormat..so, dear hubby ajar le..cakap "Kamsa Hamnida"..woohh..bukan main seronok lagi diaorang. Yang beshnya, dear hubby kata, masa dia study sana dulu, kalau beli barang, takde pun makcik2 tu nak bagi dia free gift..tapi, bila gi ngan mylady, ada jek free gift yang mylady dapat..dear hubby kata, muka mylady ni muka murah rezeki...hahaah..ye ke? kalau betul...aminnn..moga2 makin bertambah murah la rezeki e..anyway, thanks to dear hubby..sebab kalau takde dia yang terer cakap Korea, tak dapat la mylady shopping dengan jayanya...

Makanan di korea plak, perghh...memang sedap...macam2 makanan yang mylady dapat cuba..sedap dan pedas!!..pedas menyengat plak tu..bayangkan la..during winter, berpeluh2 makan makanan korea yang panas dan sedap..memang best!!!

So, hari ni mylady nak share satu resepi dari korea. Di panggil Yangnyeom tongdak. Or dalam Bahasa Inggeris dia dipanggil Seasoned Fried Chicken. Tapi, untuk resepi ni, Mylady panggil Korean Spicy Fried Chicken. Sebab apa? Sebab memang pedas meletup!!!...Mylady buat benda ni semalam..masa dok layan citer kartun Naruto dengan dear hubby, sambil meratah ayam..hehehe...memula dear hubby macam takut nak makan..dia cakap, confirm sakit perut..bila masuk jek seketul dalam mulut, dia cakap "sedap la pulak ayam nih"..hahaha...so, berketul2 la masuk ke perut dia and alhamdulillah, tak sakit perut pun. Sapa yang berminat nak cuba resepi lain dari yang lain, boleh la try ye!.

Lupa pulak..untuk makanan korea, kebanyakannya menggunakan Hot Pepper Paste. Paste ni leh didapati di mana2 pasaranya yang ada jual Korean Product ye. Korea ni, ada banyak jenis cili ye..masa di sana, mylady ada beli cili hijau untuk memasak. Ingatkan rasanya cam cili hijau sini la...rupa2nya lagi pedas dari cili padi...so, untuk paste cili tu, camnie rupa dia..

So, oklah..ni dia resepi yang mudah dan sedap ni....

KOREAN SPICY FRIED CHICKEN
 Sumber : Maangchi.com

 Bahan A
1 ekor ayam - di potong
1/2 cawan tepung kentang - boleh ganti ngan tepung jagung
1/4 cawan tepung  gandum
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur 
1 sudu besar bijan (sangai tanpai minyak)

Bahan Sos
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih
1/4 cawan hot pepper paste
1/3 cawan corn syrup - mylady guna madu je
1/3 cawan sos tomato - mylady tak bubuh..tak suka masam
1 sudu besar cuka - mylady tak letak pun

Cara-caranya
Ayam digaul bersama garam dan lada hitam, perap selama 30 minit.
Kemudian masukkan bahan2 lain dari Bahan A dan gaul rata bersama ayam hingga ayam bersalut rata
Panaskan minyak, dan goreng ayam secara deep fried selama 10 minit.
Keluarkan ayam, rehatkan selama 10 minit, dan kemudian, goreng sekali lagi selama 10 minit.

Dalam bekas yang lain, bolehlah sediakan sos.
Masukkan 1 sudu besar minyak, tumis bersama bawang putih yang dicincang.
Kemudian masukkan hot pepper paste, madu, sos tomato dan cuka.
Biarkan sehingga sos agak pekat dan sebati.
Masukkan ayam yang digoreng tadi kedalam kuali sos dan gaul rata.
Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!! :-)

Wednesday, November 21, 2012

SAVE GAZA...Freedom for Palestin!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera tu my dear readers..

Sad, speechless, depress, angry...camne nak cakap eh?. Semua perasaan tu bercampur baur melihat gambar2 keganasan yang dilakukan oleh Israel kepada Palestin. Hati bertambah sayu dan marah melihat tubuh2 kecil yang tak berdosa dan tidak tahu apa2 menjadi mangsa peperangan. Bayangkan bayi yang masil kecil dan anak2 yang patutnya berlari2, bermain riang bersama kawan2, sebaliknya hidup ketakutan mendegar bedilan bom disana sini dimana pada setiap 4 minit, sebiji bom dijatuhkan oleh Israel di bumi Palestin. Dalam sekelip mata sahaja, tubuh itu akan terkujur kaku, nyawa akan hilang dan keluarga/ibu bapa/anak akan kehilangan orang yang di sayangi. Bayangkan jika itu yang berlaku kepada orang yang kita sayangi.

Dimanakah kita dalam usaha membantu penduduk Palestin? Apakah sumbangan kita untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin? Bagaimanakah mereka hendak bangun menentang Israel dengan bekalan makanan yang tidak mencukupi, sumber senjata yang terhad, kekurangan ubat2an untuk merawat mereka yang tecedera?

Tak tahu saluran yang betul untuk membuat sumbangan? Disini mylady sharekan antara pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyalurkan dana/sumbangan bagi membantu Palestin.

AQSA SHARIFF


AMAN PALESTINDana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


Takde duit nak menderma tapi mampu topup prepaid?..Takde online account? Takde internet? Tak tahu camne nak buat online transfer tapi tahu guna SMS? Haa..anda juga mampu menderma melalui SMS:- 
 
PALESTIN<jarak>10(nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)
contoh : taip PALESTIN 1
kemudian hantar ke 39111 

Sumber : http://www.amanpalestin.net/

Bagi yang benar-benar tidak berkemampuan, tapi masih ingin membantu Palestin, anda juga mampu membantu meringankan beban penderitaan mereka...iaitu dengan berdoa...In Shaa Allah...





Tuesday, October 16, 2012

Merajuk..

Assalamualaikum dan selamat petang uoolllss...

Haa..dah lama hilang, tup-tup dah timbul, merajuk plak..hahaha..mylady tak merajuk la..saja jek boh tajuk merajuk...cam sweet gitteww...hahahaa..ye ke merajuk tu sweet?..




Rasa-rasanya, ramai kaum Hawa memang kuat merajuk...tapi, jangan risau..kaum Adam memang setia memujuk...mostly masa bercouple la..lepas kawin, ermm..kena lalayan merajuk sendiri sebabnya kaum Adam yang dulunya amat memahami jiwa si Hawa, tetiba je lepas kawin buat cam tak tahu...korang nak merajuk, merajuk le..malas aku nak pujuk..

Benda cam ni jadi, sebab fitrah lelaki tak sama dengan fitrah perempuan. Ye lah, dah bertahun kawin, haruslah ada slow talk hati ke hati...then, barulah faham...orang lelaki ni, kalau marah or merajuk, diaorang lebih suka mengasingkan diri..jangan la gatal2 nak kacau, geletek ke apa ke nak pujuk...diaorang perlukan masa nak menenangkan diri..ni, dah la tengah merajuk, bini plak dok kaco2..lagi la tensen..serabut kepala..
As for perempuan plak, bila merajuk tu, haruslah nak suami memujuk..but sebagai lelaki, diaorang akan wat dekk jek...because they assume perempuan tu sama gak..perlukan ruang untuk tenangkan diri..no..no..no...you are wrong...we need you to comfort us...

Sebab tu la dalam rumahtangga kena selalu berdiskusi dan meluahkan isi hati..baru la suami tahu apa yang si ister nak, dan isteri tahu apa suami nak. So, kalau suami merajuk, biarlah dia cool down sendiri. And suami plak, kalau isteri merajuk, pujuk la dia...isteri ni, hati lembut..senang merajuk, senang dipujuk..alah..mula2 tu memang la dia jual mahal..jangan putus asa ye..gedik lebih je tuh..hehehehe...

*pompuan ni pun satu...dah suami tu dah pandai memujuk, makin menjadi-jadi plak...asal benda kecik pun nak sentap dan merajuk...<---iollsss la tuh...hahahahahaha...

Friday, September 21, 2012

Happy Graduation Day!!

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Hari ni merupakan graduation day for my niece yang dah berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat Diploma Kejururawaran di USM. Tahniah diucapkan sebab dia berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi seorang jururawat. Pesanan dari mak sedara mu ini :- Jadilah seorang jururawat yang ikhlas menjalankan tanggungjawabnya kepada pesakit-pesakit. Fuhh..cam pesanan Perdana Menteri kat TV plak. Ye lah, ada sesetengah tu *bukan semua orang ye*, bila buat kerja, muka masam, mengherdik, berkasar, ishh..mylady tahu adakalanya kita penat, bermasalah, etc...tapi, kerjaya tu pilihan kita...so, lakukanlah dengan ikhlas, moga2 segala kerja yang dilakukan dengan seikhlas hati, mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Tahniah Kakak! I'm so proud of you!! :-)

Thursday, September 20, 2012

Omputih la pulak...

Mylady nih, jarang2 ngat wat masakan western kat umah..bukan tak reti buat *cewahhh*, dan bukan plak malas nak buat. Kalau nak kirakan, western food ni lagi mudah nak menyediakannya. Satu sebab jek mylady takmo buat bukan sebab apa, kang mylady buat, mylady yang makan lebih dari dear hubby...dah lah bulan puasa hari tu, cuba control makan..end up berat badan mylady naik, berat badan dear hubby turun..uwaaaaaaaaaaaa..ini tidak adil, tidak adil bagiku *ikut rentak lagu yuna*

Last week, kitaorang ada gi makan kat satu kedai western ni. Dear hubby order la lamb chop. Memang sedap lamb chop dia. Tapi, alah bisa tegal biasa la makan di kedai2 western ni. Harganya agak berbaloi2. Lepas2 tu, dear hubby asyik menyanyi2 la setiap hari..."sedap makan lamb chop hari tu, cam tak puas makan". So, sebagai isteri mithali, mylady ajak le dear hubby ke Jusco. Try beli lamb shoulder yang dah siap perap tu 2 keping. Then mylady beli la bahan2 untuk wat salad sket *dengan harapan makan salad dapat mengurangkan berat badan...dalam mimpi la mylady oiii*

Balik umah, malam tu gak dear hubby request nak makan lamb chop. Ye lah sayang oii...letih tu letih la..tapi semangat nak menaikkan berat badan dear hubby berkobar2 menyebabkan mylady pun terus merajinkan diri. Cadangnya nak wat lamb chop with mashed potato, tapi dear hubby takmo mashed potato..cepat muak katanya...since dia tahu mylady ada bahan nak buat salad, dia request salad for lamb chop side dish. Memandangkan dah beli 2 ketul lamb shoulder, haruslah mylady pun teruja nak rasa gak kan? So, mylady buat la dua2 keping lamb shoulder tu with black pepper sos. Hasilnya...perghhh...memang sedap *naik lift, tekan sendiri yer*...sampai tak sempat nak amik gambaq.So, kemarin dear hubby ajak lagi gi beli lamb shoulder kat Jusco. Kali ni amik sampai 5 keping *ye..angka ganjil sebab mylady tak kira portion untuk mylady...kalau teringin, cubit sket2 jek la..huhuhuhu*..sampaikan adik yang jaga bahagian timbang tanya mylady "akak masak camne ek"..so, mylady dengan berbesar hati menerangkan kepada adik tu cara2nya...rasa cam chef profesional plak...hahaha...next time, mylady nak try beli yang belum perap and nak try perap sendiri...hehehe...So, malam ni...ni lah menu yang dear hubby request...again...cumanya salad untuk malam ni, mylady lupa nak letak croutons and mylady buatkan sekeping jek lamb shoulder tu just for dear hubby. For me?..secubit lamb chop from dear hubby portion+salad. Alhamdulillah..kenyang *tangan kedada, mata yang berair2 keatas*...

lamb chop with salad...ko ado?

Cejuknyerrr..

Assalamualaikum dan selamat petang dear readers,

Haaa...dah lama menyelam baru sekarang ni timbul ek mylady...sorry la ek...lama betul mylady tak update blog..dah dua bulan lebih..jap2...nak vacuum sawang2 dalam blog mylady nih...hehehe..

Sori ye..bukan saja je..tapi mylady busy...tapi, ada project yang dah successfully deployed. Tapi ada lagi kerja yang mylady kena siapkan. Tapi, huhuhu...kerja yang satu ni mylady tak suka...not to my liking bak kata omputih...bila buka jek, mata terus layu, so baiklah berblogging...at least dapat lah tenteramkan jiwa yang tak berapa nak tenang nih..

Lunch tadi keluar ngan dear hubby sekaligus gi menyopping *jangan ikut perkataan yang mylady gunakan ye adik-adik*..keluar2 je dari basement shopping complex, omak aiii..hujan punya la lobat wa cakap lu...sampai kat opis before 1pm. Memandangkan parking opis kitaorang tak berbumbung, dah la tuh, jauh plak nak jalan ke entrance, dear hubby decide nak hantar mylady ke entrance..tapi, hujan lebat giler..takkan lah dia nak jalan dalam hujan lebat ye dak? Lagipun awal lagi masa tu..atas perbincangan dari hati ke hati, kitaorang decide, parking kereta, tunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu punya tunggu...tup2 pandangan gelap gulita...rupa2nya kitaorang tertido dalam kete...hehehe...sedar2, jam dah 1:20pm, hujan dah reda...fuh..sib baik ler tersedar pukul 1:20pm..kalau sedar pukul 8:20pm, tak ke naya...hehee

Ha...masa gi Sarawak hari tu kan mylady ada belikan telur ikan terubuk masin. So, baru2 ni mylady cubalah goreng kosong..ingatkan leh le makan cam kita makan telur ikan goreng kunyit biasa tu...memang terliurlah nampak telur ikan tu lepas digoreng
Serius...leh meleleh air liur kan?

So, mylady reserve telur yang besar untuk dear hubby, satu lagi untuk mylady...dari dapur leh dengar dear hubby bagitau "masinnya telur ikan nih"..opsss..masin?..mylady cepat2 le mylady cubit nak rasa...memang masin..huhuhu..kalau cenggini, lain kali kena rendam semalaman la nampaknya. Pastu, takkan la nak buangkan? So, mylady modify la..maka jadilan "Kailan Telur Ikan Masin"..hehehe..rasanya?..sedap le..lebih kurang kailan ikan masin...tapi sebab guna telur ikan, ada rasa lemak2 sket...:-)


Wednesday, July 4, 2012

Busy+Busy+Busy=Wordless Wednesday..

Assalamualaikum dear readers..

Sorry...quite tied up with works...but would like to share this with all of you...especially to my dear hubby :-)


Thursday, May 10, 2012

IbundaDelight@Kuching Sarawak...JJCM Day 2..

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah tido ke? Kalau lom tido, jom layan gambar2 yang mylady nak kongsi..biar perut ana dan perut ente bergelora dengan muzik rock & roll...

Haaa..kalau gi Kuching Sarawak, mylady rekemen sangat la makan kat Raja Ayam Bakar kat Jalan Abell. Dari Hotel Grand Margherita, jalan ke arah kiri, sampai jumpa Maybank. Dari Maybank tu, lintas jalan akan nampak Raja Ayam Bakar. Masa mylady gi waktu lunch, banyak betul orang lunch disitu.  Tepi kedai Raja Ayam Bakar takde tempat parking tau..tapi, ramai le selamba jek side parking illegally kat situ...kalau nak parking legal, leh parking kat deretan kedai dengan Maybank tu..cuma sediakan kupon parkingnya ye dong!!...Jom kita tengok apakah juadah yang menarik dan betul2 menambat selera mylady...yokkkk...

 Haaa...ini lah menu yang paling femes disini. Nasi Ayam Bakar Special...set dia lebih kurang cam Ayam Penyet cumanya ayamnya dibakar. Kalau yang bukan special, without tauhu goreng dan tempe...Rempah perap ayam dia memang sedap sungguh. Kena pulak dengan sambal yang vavavoom...Sambal dia tu, pedas gila!! dan sedap gila!!..so, pandai2 la pikir camne nak adjust kan?..nak makan, pedas ngat..tapi sedap gila!!..makan jugak la sambil keluar segala air mata, air hidung dan segalanya...tapi mylady hairan, ada penduduk tempatan siap minta tambah sambal...kalau tambah sambal, kena charge 50sen untuk setiap mangkuk yang ditambah..apa2 hal pun, tabik la penduduk tempatan dia mampu makan pedas cenggitu sekali...tauhu goreng dia pun sedap..dan ulam2an dia pun banyak..memang puas hati la!!!

Ni sama jek cam Nasi Ayam Bakar..cumanya ayam ni digoreng... i still go for Ayam Bakar!!

Memang ngam betul la mylady ambil air ni. Kena dengan sambal yang vavavoom, minum air longan+ribena+sprite ni boleh menghilangkan pedas dan juga menyegarkan..tu pun cam tak cukup jek segelas..hehehehe...creative betul orang2 Kuching ek...setakat ni mylady lom jumpa lagi combination air ni dijual disini...
Haa..ini satu lagi menu tersedap disini..di order oleh hampir keseluruhan pelanggan disini...ni juga merupakan penyelamat lidah mylady yang kepanasan dek sambal vavavoom...cheesy banana fritters...nama melayunya, pisang goreng berkeju...pisang goreng panas...diparut cheese diatasnya dan dituang sedikit susu pekat manis...ya ampunnnn...sedap bangetttt!!..pisang yang masam2 manis di makan dengan cheese yang lemak2 masin ditambah dengan rasa manis susu pekat...heaven!!!!

Malamnya, mylady ngan dear hubby just stroll along waterfront tu..ambil udara malam yang segar dan nyaman..rasa syok jek..esoknya dah nak balik..so, baik kitaorang spend time di waterfront tu..memang tak memboringkan...ceria jek waterfront tu dengan penjual2...jalan punya jalan, we decided to have our dinner there...so, kitaorang singgah la di kiosk ni...sorry la..mylady tak sempat nak tengok nama kiosk dia..tapi, kalau korang nak try, cari jek kiosk ni..
 sebelah kiosk ni diaorang buka satu lagi gerai...tapi gerai tu jual air jek..kat sini tempat untuk menggoreng..

Again...hati mylady dah memang tertambat dengan air nih..cumanya di kiosk ni, air ni cuma campuran ribena+longan..without sprite...tapi, still menyegarkan bagi tekak mylady...

 Haa..special tak nasi ni? Masa dihidangkan, nasi ni ditutup dengan bekas besi berbentuk kon..so, bila pelayan angkat kon tu, nasi tu terbentuk segitiga la..nasi ni digoreng dengan lada hitam sarawak. Ada ayam goreng, udang goreng dan telur goreng...taste?..sodap!!!!

IbundaDelight@Kuching Sarawak...Day 2..

Assalamualaikum morning to allsss....

Ni mylady nak sambung citer masa gi Kuching Sarawak hari tu. Ok..Day 2 untuk penggemar bershopping macam kami ni, memang la percutian kami ni di habiskan ke tempat2 bershopping. Awal2 pagi, kul 8:30am, lepas breakfast di hotel, kitaorang ke Pasar Satok...ye..apa lagi..membeli terubuk masin Sarawak. Mylady beli kat gerai UITM..bukan Universiti Teknologi Mara ye..tapi Usahawan Ikan Terubuk Masin..hehea..masa first time mai dulu, mylady beli sket jek..size kecik dan sederhana..rupa2nya, on my side and hubby side, memang penggemar ikan terubuk masin ni...so, kali ni pergi, mylady borong 10 ekor size besar...dan abang tu bagi yang medium percuma 2 ekor. Kalau nak beli, make sure betul2 tanya tau..sebab memang ada terubuk masin yang murah..tapi tu bukan ikan local...dan tak fresh...bagitau jek kat diaorang kata nak check in flight, nanti diaorang bungkus elok2...senang kita nak check in...Abang tu ada offer gak mylady telur ikan terubuk masin..sepeket rm20..ada 2 biji telur...3 peket dia offer rm50..so, mylady ambil 3 peket..saja nak try test tengok camne rasanya...Lepas go pasar Satok, kitaorang bertolak ke batu 4...ha..batu 4 ye..bukan batu 2..hehehe...Masa gi Kuching dulu, dah beli tikar dan pasu Sarawak...so, kali ni gi, hunting for pasu lagi..tikar takmo dah...maka, merantaulah kami suami isteri ke batu 4...ha..kawasan batu 4 ni memang tempat yaang banyak terdapat kilang membuat pasu Sarawak.

Haa..ni la kilang pasu di batu 4 yang mylady pergi..beshnya kilang ni, design dia cantik2 dan kalau beli pasu kat sini, kita leh suruh dia pos. 3 hari bekerja, dah sampai di rumah..kita just tambah untuk kos pengeposan jek.. So, takyah leh Kak Jah, Mek Nah dan Mak Kiah susah2 hati nak heret kotak2 besar dan berat naik flight ye..heheheh...

 Nampak tak kertas suratkhabar dikepal2 bertimbun2 tu?..Ha..tu pekerja kilang pasu sedang sibuk packing pasu yang kami beli. Jangan risau, memang selamat sampai di rumah tanpa sebarang retakan. Dia sumbat punya la banyak kertas suratkhabar dalam kotak untuk memastikan pasu kita tak pecah or retak apabila sampai ke destinasi...

 Ni dalam kawasan kilang...tauke dia bagi kebenaran untuk kita masuk dan tengok cara pasu2 Sarawak di buat..

Uncle ni sedap tekun menyiapkan pasu Sarawak...

 Ni mylady tak tau diaorang buat pasu apa..siap ada penutup tajam lagi tu..tengah di keringkan sebelum dibakar agaknya...


 Bukan pasu saja di buat disini..tetapi diaorang ada gak buat lukisan yang dihasilkan dengan gabungan kepingan yang dibuat dari tanah liat. Lebih kurang cam puzzle kan?.. Cantik...harga dia pun cantik..hehehe


 Ni lah antara pasu2 yang terdapat di kedai nih...cantik2...rambang mata...mylady and dear hubby stay lebih dari 2 jam memilih pasu2 hehehe..tapi masa duduk dalam kedai tu, tak terasa pun masa berlalu..naper ek?..

Settle jek membeli pasu Sarawak, kitaorang berangkat ke Seberang Sungai Sarawak membeli kek lapis...dulu mylady dah pernah beli Kek Lapis Dayang Salhah. This time, sebab ramai rekemen kek lapis Mira, which they say more moist than Kek Lapis Dayang Salhah, so mylady beli la kat situ. Macam2 flavour ada...memang sedap..moist jek..but as for me, mylady lebih prefer Kek Lapis Dayang Salhah. Sebab? Kek Lapis Mira memang moist..bila moist, rasa manis tu terasa ngat...kalau Kek Lapis Dayang Salhah, kering..so, tak le berapa nak terasa kemanisannya...sedap jek makan..heheheh..antara flavour yang mylady nak rekemen - Kek Lapis India (juga dikenali Kek Lapis Cadbury), Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Strawberry Cheese, Kak Lapis Awan Nano, Kek Lapis 1 Malaysia, Lapis Cheese...fuh..memang banyak Kek Lapis yang sedap disini..mylady tertarik dengan Kek Lapis Michael Jackson..tapi sayangnya dah abis..laku betul ek!!..Mungkin ramai pelancong asing yang datang membeli Kek Lapis Michael Jackson agaknya...hehehe..

JJCM@ Kuching Sarawak Day 2...to be continue....

Tuesday, May 8, 2012

Daging Goreng Kaprau kembali menyengat!!!

Assalamualaikum dan good day to all my readers..*ada ker?*..hehehe

Tengah buat apa tu?..Sibuk di dapur untuk menyiapkan juadahh tengahari ke? Errmmm..masak sedap2..pasti sang suami tersenyum kegembiraan melihat juadah enak yang disediakan. Bagi yang bekerjaya, lepas balik kerja dengan masa yang singkat, kena menyediakan juadah untuk suami tersayang kan? Leh la try resepi ni. Ini resepi bukan mylady yang punya..Ahmad Albab pun bukan....hehe...ni resepi dari Kak Jee tau...resepi yang sedap ni dah lama berlegar di dunia memasak cyber...mylady pun dah banyak kali cuba..tapi, tiap kali masak, tak sempat nak amik gambaq....tup2 jek abis..cam david cooperfield betul..kali ni nasib baik la sempat mylady snap...at least dapatlah dipanjangkan resepi yang enak dari Kak Jee nih..Kak Jee, mylady minta izin copy & paste resepi Kak Jee ek...mekasih kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap nih..yummeh!!!

DAGING GORENG KAPRAU


Bahan-bahannya:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat) - memang betul kata Kak Jee..bila letak daun selasih, aromanya menambahkan lagi kesedapan resepi nih

Cara-caranya:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
SELAMAT MENJAMU SELERA!! :-)

Monday, May 7, 2012

IbundaDelight@Kuching Sarawak...JJCM Day 1..

Assalamualaikum dan wazzzuppp yooo...

Hahahah...hari nih cuti lagik..yahooo..okaylah..as I promise, ni mylady nak sambung citer Kuching Sarawak..tapi, kali ni bab makan2 on day 1 jek la ek..

Sampai2 Kuching pagi tu, kitoarang singgah makan di Kopi O Corner. Dalam forum, memang ramai suggest suruh bekpes kat sini sebab makanan dia sedap2..Sebelum tu, mylady nak minta maaf la ek..takde gambar yang mylady snap masa makan kat sini. Maklumlah....ngantuk + letih + lapaq...so, sampai2 jek makanan, zup zap zup zap..tinggal pinggan jek..lepas tu wat muka dengan penuh menyesal sebab lupa nak amik gambaq untuk upload ke dalam blog. Takkan le nak order sekali lai kan?..Malu weh..hehehe..kitaorang makan Mee Kolok, Mee Jawa special and Roti Daging Mayonis. Memang sedap!!!...especially Mee Kolok dia. As for Mee Jawa, memang sedap...tapi, kalau ikut tekak mylady, kalau pedas sket, haa..pasti terangkat!!..Kalau korang nak lebih info pasal Kopi O Corner, leh la lawat facebook diaorang eh..kat sini. Since kitaorang pun bekpes dah kul 10am++, so plannya lunch mesti kenyang lagi..dan lepas check in ingat nak lepak dulu, so kitaorang tapau nasi goreng seafood dan nasi goreng ikan kering. Sedap gak!!..Yang best tu, nasi goreng ikan masin bukan cam sini punya..buka2 je foam tu, omak kau..tokojut eden...ikan terubuk masin setengah ekor!!..tapi, memang sedap siot!! So, kalau gi sana, leh la try makanan yang mylady rekemenkan nih ek..

Malamnya, seperti pengunjung2 yang lain, tempat wajib dituju kalau gi Sarawak - Top Spot. Top Spot ni menawarkan makanan seafood dengan harga yang murah berbanding semenanjung. As usual, mylady gi ke gerai ABC. Gerai ni ada sijil halal dari Majlis Agama Islam Sarawak. So, leh la menjamu selera tanpa was2..
So, jom tengok hasil tangkapan kitoarang pada malam tu...

Dried Chilli Prawn or nama melayu dia, Udang Masak Cili Kering. Memang sodap!!!

 Butter Garlic Grill Lobster or nama melayunya Udang Karang bakar mentega+bawang putih..isi lobster dia memang fresh!!..yummeh!!

 Ikan Siakap Masak 3 Rasa..tu nama melayu dia..nama omputih dia apa ek?..Ni pun sedap..dia letak mempelam..tapi, kalau dia lebihkan cili padi, baru umphhhhh for my taste bud!!..hehee

 Midin goreng belacan. Sayur midin ni hanya terdapat di Sarawak tau..nampak cam pucuk paku kan? Sayur ni memang harus di cuba kalau gi Sarawak..memang sedap!!

 Soft shell crab - goreng nestum. Sedap..tapi, bila banyak makan, rasa mual. Sebab dia letak gula kot sket dalam adunan tepung dan nestum dia...tapi, licin gak kami ratah..hehehe..

IbundaDelight@Kuching Sarawak Day 2....to be continue...

IbundaDelight@Kuching Sarawak...Day 1..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung..

Haaa..ni pun citer agak basi...sorry la mylady takde masa nak upload on time..tapi, nak share gak le..mana tau sapa2 nak gi jenjalan ke, at least leh la wat entry mylady ni sebagai guidance....tak gittewww??..hehehe..

Mylady and dear hubby jalan2 ke Kuching Sarawak on 27-29 March 2012. Ni kali ke2 mylady and dear hubby ke sana...first time pegi masa tahun 2010. Tapi rasa cam tak abis meronda bandaraya Kuching...so, kitaorang gi la sekali lagi.

As usual, kitaorang suka menetap di Grand Margherita. Sebabnya, hotel ni betul2 menghadap sungai Sarawak. Nak gi jalan2 waterfront or nak naik perahu penambang ke seberang pun dekat sangat. Tak sampai 2 minit berjalan. Hehehehe...Tapi, 2nd time kitoarang ke sini, memang ada masalah sikit. Mylady dah booking hotel ni sebulan awal, bila sampai untuk check in, diaorang suruh tunggu sebab borang bilik tu belum check out. The receptionist cakap, once orang tu check out, she'll get cleaner to clean up the room as soon as possible. Masa tu dah pukul 1:15pm..Mylady bersabar lagi. Sebab mylady tahu standard check in time pukul 2pm. So, mylady yang tak cukup tido ni, (bangun tido kul 3am sebab flight awal pagi) duduk la di lobby melangut ngan hubby...sampai nak tersengguk2. Kul 2:15pm, the receptionist lady still buat pandang tak pandang kat kitaorang, Mylady ngan dear hubby dah tension dah. So, dear hubby gi la tanya...minah tu cakap orang tu dah check out. So, she call cleaner la (since she said she'll get cleaner to clean up the room as soon as possible kan?). Tahu apa dia bagitau kitaorang? "Tunggu jap ye..cleaner tengah bersihkan bilik2 lain...belum sampai bilik encik lagi"...wahhh..mylady sudah hangin la..so, mylady cakap kat dia.."takde bilik lain ke yang dah siap?..letih sangat dah ni..since 3am wake up sampai sekarang tak tido"..dia cakap..."cik tunggu dulu ye"...argghhh..mylady blah terus duduk kat lobby sambil membebel sambil mengadap the receptionist. Tak puas hati betul!!..After 5 mins tu, baru la dia datang bagi kunci..tu pun bilik lain sebab bilik yang kitaorang book tu, tak siap2 lagi...aduh..come on la..Patutnya manage la betul2...bukannya saya tak buat booking..tapi, dah sebulan awal buat booking..camne bilik takleh siap on time...so, almost at 3pm baru kitoarang dapat check in. Rasanya that's the last time kitaorang stay situ..serik dah!!..
Grand Margherita hotel, Kuching Sarawak


Pemandangan Dewan Undangan Negeri Sarawak waktu malan dari waterfront. Cantik kan?

Di Kuching ni, memang takde masalah nak cari makanan. Sepanjang2 waterfront, macam2 gerai makan ada. Bukan setakat gerai makan jek, ada gak orang meniaga souvenir, kek lapis dan macam2 lagi..mylady suka jalan malam2 sepanjang waterfront..sejuk dan nyaman jek udaranya...

haa..kan mylady dah cakap..macam2 ada kat tepi waterfront tu..ada sorang lelaki ni, memakai pakaian tradisional suku kaum di Sarawak, sambil bermain alat muzik tradisional yang menarik perhatian pelancong2 asing.

Ni pulak ferry Sarawak River Cruise. Sesiapa yang berminat, boleh membeli tiket untuk menyusuri Sungai Sarawak selama 1 jam. Dapat tengok matahari terbenam, ada gak persembahan tarian kebudayaan dan juga di hidangkan dengan kek lapis. Ye..mylady tak naik...amik gambo jek..both of us tak berapa ngat menda2 cam nie..hehehe..




Makan2 day 1..to be continue...

Sunday, May 6, 2012

Kari@Gulai Ketam Bernanas

Assalamualaikumdan selamat sejahtera buat semua..

Haa..dah lama dapur mylady tak berasap..opps...tak berasap dalam blog je ek...dapur rumah still berasap ye..cumanya selalu masak menu ulangan jek, so malas la nak boh dalam blog ni..kang orang kata, eh..mylady ni, asik2 masak lauk tu jek..tak buhsan ke..hhehehe...nak buat camne...lauk yang buhsan tu la yang jadi favourite dear hubby...since mylady ni keje, masa yang ada tu, masak benda kesukaan dia je la...takleh la nak bereksperimentasi dengan sewenang2nya..hehehe

Baru2 ni gi pasar, mata melilau2 tengok ikan, udang, sotong, daging..tup2 terpandang ketam segar2 lagi..ishh.. ketam kalau yang fresh ni, buat kari@gulai sedap ni..so, mylady capai la 4 ekor ketam dan sebiji nenas..ye..4 ekor ketam cukup untuk kami berdua...siap leh meratah2 lagi..hehehe..

So, jom la intai resepi dari mylady yang simple banget ni...gulai ketam bernanas ni, dimakan dengan nasi putih, ikan goreng & air asam, fuhh..mmg terangkat!!!

KARI@GULAI KETAM BERNANAS

 Bahan-bahannya

4 ekor ketam 3 biji bawang merah - dihiris halus 
2 ulas bawang putih - dihiris halus  
1 inci halia - dihiris halus memanjang 
 2 tangkai daun kari  
2 sudu besar rempah kari udang/daging  
1 kotak santan segera
Garam/Gula secukup rasa
 
Minyak untuk menumis    
1/2 biji nenas di potong (macam buat pajeri)

Cara-caranya 
1. Panaskan minyak  
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau  
3. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan air, biarkan hingga pecah minyak.  
4. Masukkan santan dan nenas, kacau di atas api perlahan  
5.Masukkan ketam, biarkan sehingga mendidih  
6. Masukkan garam/gula secukup rasa...  
7. Sedia untuk dihidangkan...  
SELAMAT MENJAMU SELERA!! :-)

Thursday, April 19, 2012

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu dan Tahniah buat sahabatku - Eiza GreenAppleku

Assalamualaikum dan selamat petang to all of you...

Haa...dah lama mylady mendiamkan diri..rindu plak dengan blog nih...sorry la ye..bukan mylady lupakan terus..ingat tu ingat nak update blog...tapi agak busy dengan urusan kerja dan juga urusan keluarga..

Ni ada nak share citer basi ni...on 10-12 March mylady and dear hubby gi jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Sebenarnya jalan2 ni aktiviti sampingan jek, sebab kitoarang kena attend kenduri disana. Sebelum gi, mylady ada le survey tentang Kuala Terengganu ni..apa yang menariknya..antara yang menarik orang rekemen is gerai ICT...ehh...gerai Information Technology ke apa ni?..rupa2nya ICT tu ialah singkatan untuk Ikan Celup Tepung. Jangan salah faham ye, bukan ikan jek di celup tepung..ada udang, sotong, kepok lekor dan macam2 lagi. So, sampai2 di Setiu, di tepi2 pantai, banyak la gerai2 ICT ni, mylady ambil sotong dan ikan kembung. Meratah makananp laut yang sedap, murah dan segar sambil dihembus angin laut...fuuhhh..asyik masyuuukkkk!!..so, 3 hari di sana, 3 hari gak le mylady makan ICT nih..hehehe...
bila tengok gambar ni, tak sabar rasanya nak gi ke Kuala Terengganu lagi..

 jumpa bas ni masa beratur di traffic light kat Kuala Terengganu..cantik dan unik rekabentuk bas ni..even kerusi dan hiasan dalaman pun di hias penuh berseni...

 sebelum balik, mylady sempat melawat Masjid Kristal...masjid yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara..

Masa di sana gak, mylady diperkenalkan dengan desert yang agak famous...Locong...kalau nak tahu camne rupa locong ni, sila google ye...google locong...bukan pocong tau!!!...memang sedap sangat, sampai lupa nak snap gambar...dear hubby pun suka sangat2...mana nak cari bahan2 buat locong kat Penang nih?..huhuhhu

Sebelum mylady mengundur diri, mylady nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat yang kukasihi saudari Eiza GreenAppleku..sahabat mylady dari zaman sekolah menengah lagi...minta maaf ek lambat wish...anyway mylady doakan Eiza dan pasangan dirahmati Allah S.W.T dan sentiasa dalam lindungan dan barakahNya dunia dan akhirat...Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi