Tengah buat apa tu?..Sibuk di dapur untuk menyiapkan juadahh tengahari ke? Errmmm..masak sedap2..pasti sang suami tersenyum kegembiraan melihat juadah enak yang disediakan. Bagi yang bekerjaya, lepas balik kerja dengan masa yang singkat, kena menyediakan juadah untuk suami tersayang kan? Leh la try resepi ni. Ini resepi bukan mylady yang punya..Ahmad Albab pun bukan....hehe...ni resepi dari Kak Jee tau...resepi yang sedap ni dah lama berlegar di dunia memasak cyber...mylady pun dah banyak kali cuba..tapi, tiap kali masak, tak sempat nak amik gambaq....tup2 jek abis..cam david cooperfield betul..kali ni nasib baik la sempat mylady snap...at least dapatlah dipanjangkan resepi yang enak dari Kak Jee nih..Kak Jee, mylady minta izin copy & paste resepi Kak Jee ek...mekasih kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap nih..yummeh!!!
DAGING GORENG KAPRAU
Sumber : Dunia Dari Dapur Kak Jee
Bahan-bahannya:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2
sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut
kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar
(dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1
sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih
(Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat) - memang betul kata Kak Jee..bila letak daun selasih, aromanya menambahkan lagi kesedapan resepi nih
Cara-caranya:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam
selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat
8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak
garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga
daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian
masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu,
padamkan api dan hidang.
SELAMAT MENJAMU SELERA!! :-)
0 comments:
Post a Comment