G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Tuesday, September 13, 2011

Resepi : Daging Pesamah

Assalamualaikum dan selamat petang buat kawan2 semua..

Mylady ni sesuka hati je ek wat entry...waktu2 gini patutnya buat entry menu untuk minum petang..tapi mylady wat entry lauk yang sesuai dijadikan sajian waktu makan tengahari or malam. Tapi, takpe la ek, kalau berminat, leh ja prepare bahan2 untuk dijadikan hidangan makan malam nanti. Mylady tak tahu la samada ramai yang pernah makan daging pesamah ni tak. Mak mylady ada juga buat..memang mylady suka masakan ni. Kuah dia cam kering2 gitu...firstly mylady ingatkan pesamah ni asal dari mamak2 penang ni..ye lah, kalau gi kedai2 makan biasa, memang takde menu ni..hanya terdapat di sebilangan kedai2 nasi kandar di area Penang ni. But then, bila kawan mylady bagitau mak dia menjadi hos dalam rancangan masakan Resepi Temurun, mylady pun ada menonton rancangan tu, Dan menurut mak kawan mylady tu, resepi ni berasal dari Kedah dan di hidangkan pada majlis2 tertentu saja. Ermm..entahlah...mungkin menu ni menu dari utara kot. Anyway, ini dia resepi daging pesamah. Ni resepi dari mak kawan mylady tu. Resepi mak mylady sendiri mylady lom try..iyelah..selama ni ingatkan daging pesamah ni susah nak disediakan. Bila try resepi yang mak kawan mylady bagi ni, humang aihhh..sonang bobona eh nak sediakan daging pesamah ni. Lepas ni, nak minta resepi dari omak eden la pulak (versi Penang)...sebab eden suka resepi daging pesamah dia lagik..hehehe..so, buat masa ni, jom check out resepi daging pesamah (versi Kedah)..*mylady ni pepandai2 jek mengversikan daging pesamah nih*


DAGING PESAMAH

Bahan2 utk memerap daging - perap dlm 30mins
Daging - 1 kilo
Rempah Kari Daging - 2 packet
Bawang besar - 1 biji
Halia - sebesar ibu jari
Bawang Putih 5 ulas
*** bawang besar, halia and bawang putih - dikisar
Sedikit gula (1 sudu teh)
Bahan Utk menumis/ memasak
Bawang merah - 5-6 ulas
Bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*** bawang merah, putih and halia dia racik halus
kulit kayu manis - sebatang
Bunga lawang - 3-4 biji
Bunga cengkih
Buah pelaga - 10 biji
Santan - 1 cawan
Kerisik 2 sudu besaq
Asam gelugor - 1 keping
Garang dan gula - secukup rasa
Minyak 3 sudu makan utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bhn2 yg diracik sehingga kuning.
Masukkan daging yg diperap, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Masukkan sedikit air
Apabila daging sudag empuk, baru masuk kerisik (kalau masuk awal, takut kerisik hangit) dan gaul sehinga sebati
Masukkan santan dan asam keping.. masak sehingga mendidih..

8 comments:

mrs redzuan Best Blogger Tips

nampak sedap jek.
telan air liur baca resipi
macam nak cuba..=)

Mylady Best Blogger Tips

@mrs redzuan hehe..boleh try sebagai kelainan untuk mempelbagaikan resepi..tak rugi mencuba.,.nak buat pun senang..hehehe

Sue @ Nenie Best Blogger Tips

Salam Kak..Nampak pun sedap ni...Cicah ngan lemang mesti best

Mylady Best Blogger Tips

@Sue @ Nenie Betul tu Sue..sesuai untuk cicah lemang, ketupat..even nasi impit pun sesuai..nak dijadikan lauk untuk nasi minyak/nasi beriyani/nasi tomato or even nasi putih pun sesuai...multi-menu gitu..:-)

Add Remove Block Best Blogger Tips

bookmark page ni ... nak suruh kakak sy masak nanti ... nak masak sendiri x berapa pandai nak potong daging sbb org cakap daging ada cara memotongnya sendiri ... :)

Mylady Best Blogger Tips

@Add Remove Block A'ah..memang ada cara nak memotong daging ni..tapi, akak pun tak berapa tahu sebenarnya..selalunya main ikut suka ja potong..cumanya, kena masak daging tu lama sket la nak make sure dia lembut semasa dimakan..kalau idak, kang jamu makcik2, ada plak yang tercabut gigi palsu..hehehe

Anonymous Best Blogger Tips

Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you
relied on the video to make your point. You definitely
know what youre talking about, why waste your intelligence on just posting
videos to your weblog when you could be giving us something informative to read?


my homepage; porn download forum (http://gaston.flament.free.fr/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=GwenCarson)

Anonymous Best Blogger Tips

Mamaummie puteri pun selalu masak kedah's favourite dish nie....terbaekkkk....!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi