G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Wednesday, September 7, 2011

Apa jadi kalau berpuasa seminggu baru boleh berbuka?..

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat pengunjung Ibunda Delights...

Haa..ada lagi ke open house yang perlu dihadiri? As for mylady, this week sonyap sunyi jek..nak gi beraya pun, weekend ni ada project rahsia ngan dear hubby..so, takleh la nak gi beraya..hahaha..tapi, my big boss ada bagitau kemarin..she plan for a jamuan hari raya next week..mylady tahu, ada jugak kawan2 yang dah habis puasa 6 kan?..ish..bila la mylady nak start ek..tangguh2 kang, berlalu jek bulan syawal ni nanti...hopefully by tomorrow dapat la mula...dapat sunat puasa 6, sunat hari khamis & puasa ganti sekali..:-)

Haa..tajuk mylady hari ni...apa jadi kalau kita kena berpuasa seminggu then lepas tu baru leh makan/minum. Mesti terus terbayangkan gambaran penduduk afrika yang kurus kering, kelaparan...sedangkan kita ni, berpuasa sehari, kena pulak cuaca panas, bergelen2 air diborong di pasar ramadhan...

Entry mylady hari ni bukan nak menyentuh penduduk Afrika..tapi, mylady baru jer terbaca tentang Petknode service center..yang menawarkan servis hotel/lodging pada kucing2 peliharaan...ye lah..cuti raya kali ni kan panjang..so, ramai la pemilik2 kucing yang menghantar kucing2 mereka untuk dijaga..pemilik2 kucing ni, bukan hanya terhad kepada exotic cat, tapi juga pemilik kucing2 tempatan...ye..tak kira lah kucing tu kucing yang dipungut tepi jalan ke, tetapi, bagi mereka yang sayangkan kucing, mereka mahu yang terbaik untuk kucing mereka, lantas sanggup mengeluarkan belanja lebih sedikit asalkan kucing mereka mendapat servis dan jagaan yang terbaik. Tapi, apa yang terjadi sampai mylady buat satu entry untuk kucing2 ni? Mylady geram & marah sangat bila dapat tahu kucing2 ni dibiarkan tanpa makan dan minum selama lebih dari seminggu!!!.. Menurut pemilik2 kucing tu, dekat kaunter depan, diaorang display, memang la selesa dan cantik tempat tinggal kucing tu..diminta untuk tunjukkan tempat sebenar, diaorang kata sempit dan tak muat untuk laluan manusia, so just tunjuk the display cage jek..tapi, bila owner dan pembela haiwan menyerbu dan memecah masuk tempat tersebut, keadaan amat memilukan, dimana kucing2 hanya dimasukkan dalam kandang kecil, ada jugak yang just diletakkan dalam carrier dan di tindan antara satu sama lain..tanpa makanan, tanpa minuman dan tanpa tempat mebuang najis. Bila melihat gambar2 yang di ambil, lagi la geram...ada kucing2 yang kurus kering sangat2 dan ada juga anak kucing & ibu kucing yang dah mati..Ya Allah..kesiannya..mesti azab dan seksa mati dalam kelaparan dan kehausan ditambah pulak dalam tempat yang sempit. Kucing2 exotic pulak, tidak ditemui dipremis berkenaan...tak tau lah apa diaorang buat pada kucing2 berkenaan...

Even for mylady, walaupun kami berikan mereka makanan/minuman dan dear hubby sediakan tempat tinggal yang selesa untuk mereka, tapi disebabkan tiada masa untuk membelai mereka, dengan berat hati mylady dan dear hubby berikan mereka kepada owner2 baru agar mereka mendapat perhatian dan layanan yang sepenuhnya..tapi, macam mana pemilik kedai ni ada hati untuk berbuat demikian..memang kejam manusia ini.

Dalam laman facebook, pemilik kedai yang mengaku diri mereka pencinta kucing ini, telah meminta maaf. Alasan yang diberikan ialah, tidak mampu untuk mendapatkan tenaga kerja tambahan berikutan kekangan modal...what the !@#$%^&!!!..suka suki je ke buka tempat jagaan haiwan? rasa diri tu sayang kucing, then rasa macam..eh..eh..aku ada rm500 dalam akaun..then, terus..eh..jom..buka pusat jagaan haiwan..memang hampeh!!

So, to cat lovers out there, nak hantar kucing jagaan, make sure tempat tu berdaftar..and mylady tau, ada sesetengah pembiak kucing, tidak sewenang2nya menjual kucing2 mereka pada sesiapa..selalunya mereka akan melawat rumah, dan menjalankan interview untuk memastikan individu tersebut betul2 sayangkan kucing dan mempunyai pengetahuan asas untuk memelihara kucing, dan kemudian barulah kucing tersebut boleh diadopt oleh individu tersebut. Bagi mylady, proses macam ni juga diperlukan sebelum lesen diberikan kepada mereka yang ada hati nak buka pusat penjagaan haiwan.

Hukuman buat mereka yang menyiksa haiwan pula, amatlah tidak berpadanan dengan siksaan yang diterima oleh haiwan2 ini..Akta Haiwan 1953 - denda RM200 atau 6 bulan penjara atau kedua2nya sekali. Rm200 tu, berapa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang pemilik2 kedai ni terima.

Jom layan video dibawah semasa serbuan di buat, dan beberapa gambar yang menyentuh hati..

 sedihkan..kucing2 yang diselamatkan, bulu mereka melekit2 disaluti air kencing dan najis..

 Kucing ni pulak trauma selepas diselamatkan...

 mengikut nota untuk gambar ini, kucing ini dah mati semasa ditemui..

ni lagi sedih..ibu dan anak kucing ni dah mati bila ditemui...mati sebelah2..ish..kejam la manusia nih..

Sumber : Click here

2 comments:

GreenAppleKu.com Best Blogger Tips

Pengsan!!

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.com tu la pasal..kalau manusia pengsan, kucing apa tah lagi..isk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi