G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Sunday, September 18, 2011

Jom Masak! - Nasi Dal

Assalamualaikum...

Cakkkk...morning to all of you...Semalam hujan lebat di Penang..wahhh..syahdu giler tido...seronok banget tau!!..haa..dah bekpes ke?...mylady tengah bekpes ni..makan kurma jek..haahaha...mesti ada yang kata "omak aiii..pemalas betul mylady...bekpes kurma jek?"..haipppp..bukan mylady tak nak buat bekpes...tapi, dear hubby tak bagi..sebabnya, kitaorang masih lagi dalam proses memake over rumah kitaorang..so, kang kul 11am, terus pegi brunch (breakfast + lunch) la jawabnya...sekarang ni, mylady berehat sebentar bersama kit kat..hehehe

Haa..hari ni mylady nak share satu resepi..nasi dal...pernah dengar tak?..Actually, nasi dal ni, nama pendek..nama panjang dia, nasi kacang dal...kacang dal ni, kacang parpu la..buat yang tak tau camna rupa kacang dal ni, haa..ni gambonye...
gambo ehsan mr google...


Dulu2 mylady kenal nasi ni as Nasi Kacang...mak mylady selalu buatkan..makan dengan sambal tumis...omak aii...sedap bebeno...di Penang dulu, ada satu kedai...Tasha Nasi Dal...Nasi Kacang jugak...tapi, kacang tu dimesin halus..kalau mak mylady buat, kacang tu tak di mesin...sebiji2 camtu la dalam nasi..bila makan Tasha Nasi Dal, ehhh..sedap plak kalau kita mesin kacang tu letak dalam nasi..kedai ni memang femes betul..setiap kali arwah bapa mylady habis buat kemoterapi, mesti dia ajak singgah kedai..isk..isk..sedih plak teringat dekat arwah bapa..

So, kalau dah muak makan ayam, daging, ketupat, lemang, cuba la resepi ni..memang sedap..mylady buatkan sambal tumis ikan kering sebagai lawan nasi kacang ni...nasi kacang ni memang sedap di makan dengan apa saja..especially sambal tumis..fuhh...So, ni dia resepi Nasi Kacang Dal...

NASI DAL
Bahan-bahannya
1 genggam kacang dal
Beras 2 cawan
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
*bawang besar, bawang putih, halia - di tumbuk halus
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 sudu besar susu tepung, dibancuh dengan sedikit air panas hingga larut
2 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa
secubit gula
Sehelai daun pandan *koyakkan memanjang dan simpulkan

Cara-caranya
1. Beras di basuh, toskan dan masukkan dalam rice cooker
2. Rebus kacang dal hingga empuk, kemudian toskan dan mesin hingga lumat *mylady tumbuk kasar jek
3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih, halia *yang ditumbuk* beserta bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan daun pandan...tumis hingga naik bau..
4. Masukkan bancuhan susu tepung tadi, dan masukkan air sebanyak sukatan untuk memasak beras
5. Masukkan kacang dal yang dimesin.ditumbuk, kacau sebati
6. Masukkan garam/gula, dan rasakan secukupnya
7. Bila rasa dah ok, tuangkan semuanya kedalam rice cooker berisi beras tadi
8. Masak didalam rice cooker dan bila air hampir kering, kacau nasi untuk make sure dia masak sebati.
9. Bila air dah kering, nasi dah masak, sedia untuk dihidangkan..:-)
SELAMAT MENCUBA!!!

p/s : Sambal Tumis Ikan Kering in next entry ek..

1 comments:

Anonymous Best Blogger Tips

salam, tumpang tanya. resepi ni utk berapa org ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi