G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, September 29, 2011

Ikut undang-undang la cik adik oiii!!

Assalamualaikum dan selamat pagi to my beloved readers...

Haaa...pagi2 ni mylady dah angin dah...masa on the way ke office page tadi, kitaorang queue belakang satu kereta ni..punya la slow ya amat..dear hubby memang dah geram dah...dah la kita ni lambat nak masuk office, dia plak bawak kete cam tak betul..tengok betul2 kat belakang tu, alamak..patut la slow...kete polis rupanya...tapi, yang mylady hangin tu, bukan sebab dia bawak slow ke apa ke..tapi, sebab dia pakai henpon sambil drive..sebab tu la jap nak kekiri, jap nak kekanan..dear hubby suruh mylady snap picture...post dalam blog...aish, tapi mylady tak sempat snap gambo dia..sebab mulut tak henti2 mengomel dan berleter sambil mata menjeling2 pada cik polis tu..hehehe..

Mylady hairan la...awak tu penguatkuasa undang2..should be awak la kena ikut peraturan..awak tu sebagai contoh teladan..ini idak..dah tunjukkan contoh yang kurang baik..mylady hairan la..dari dulu lagi mylady tengok, selalunya orang yang buat undang2 ni la yang akan melanggar undang2 yang dibuat...buktinya?..masa mylady sekolah asrama dulu, macam2 peraturan kena ikut...bilik kena bersih..cadar kena cekang..tau dak cekang?..maksudnya tegang..cadar takleh kedut2..pastu, belakang or hujung katil takleh sidai /sangkut apa pun...atas tilam tu, jangan la nak letak walaupun sebatang pensel... pastu, dari bilik air, kena lengkap berkain batik & bert-shirt...memang la berkemban tu tak boleh...tapi, bertuala dan bert-shirt pun takleh..kena pakai kain batik..eventhough bilik air sama level ngan bilik, dan kedudukan jalan besar dari asrama kitaorang tu, amatlah jauh..kalau dari jalan besar tu, nampak macam semut yang terkedek2 berlari2 anak ke bilik...macam2 peraturan yang dikenakan..kalau tak ikut?..haaa...kena denda la..takleh outing untuk minggu tersebut..macam bilik mylady, kitaorang wat tempahan denda sepanjang tahun...bilik kitaorang bersih ok..kadang2 tu, sementara solat, sidai jap tuala kat hujung katil, waktu tu la pengawas datang check bilik..memang malang betul..

Tapi, yang mylady tak puas hati tu, bilik pengawas..humang aihhh...dah lebih kurang cam kem pelarian..tapi, sebab diaorang pengawas, dan kitaorang tak di amanahkan check bilik & denda diaorang, so diaorang selamat...then, pengawas juga la yang mylady nampak lari terkedek2 dengan bertowel & ber-tshirt naik dari tingkat bawah ke biliknya di tingkat 1..dan pengawas yang sama memberi amaran pada kawan mylady yang juga memakai towel dan bert-shirt semasa minah tu berjalan terkedek2 ke bilik...ye..sekolah kitaorang sekolah perempuan..takde campur lelaki..yang mylady tak puas hati tu, ko wat peraturan, ko kena la ikut..kalau orang tengok ko selamba jek terkedek2 berlari ke bilik ngan towel, orang pun nak ikut gak...sebab tu masa di asrama tu, mylady tak berapa ngam ngan beberapa pengawas..sebab mylady tak respect diaorang yang buat rules tapi, diaorang juga yang melanggarnya....adios....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi