G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, October 20, 2011

Jom Masak!! - Nasi Lemak Homemade

Assalamualaikum and morning to everybody yang sudi melawat  my blog..

Aiiishhhhh...idak le...takde rajin bebeno aih nak bangun pepagi buta wat nasi lemak hari bekerja ni..unless la kalau dinner semalam lauk sambal tumis..ha, memang boleh je masak nasi lemak masa bangun semayang subuh..tapi, ini bukan menu sarapan pagi ni ye..ni menu sarapan hari Sabtu baru2 ni...

Cenggini citernya..ciss..ciss dan ciss lagi..asyik bercerita jek..hahaha...hari jumaat sebelum hari sabtu baru2 ni, suddenly dear hubby buat statement yang menggoncang jiwa.."Esok kalau KITA masak nasi lemak ok tak"..ye..sila berikan tumpuan dan fokus sepenuh perhatian anda pada perkataan yang sengaja di CAPSLOCK kan itu...KITA...mylady terkesima...KITA?..so, mylady jawab.."ok jek kalau KITA nak masak nasi lemak esok"..baru le dear hubby tersengih2.. baru tersedar penggunaan kata ganti diri yang dia sendiri tak bermaksud nak menggunakannya..bila mylady setuju nak masak, apa lagi, seronok betul la dia..lagipun, agak dah lama tak masak nasi lemak ni...alahhh..kalau ada daun pisang kan best!!..next time pi umah FIL nak minta daun pisang sket la...baru la best buat nasi lemak ni..

Dear hubby requested for sambal tumis ikan...preferred ikan kembong/temenung la..kena potong kecil2 macam yang selalu nasi lemak bungkus kita beli tu...while mylady hanya ada stok ikan cencaru..tapi, cencaru pun, lepas buang jaket dia, goreng, memang sedap di buat sambal tumis..tapi, mylady plak teringin nak makan sambal tumis ikan kering since isi ikan kurau ada lagi dalam peti sejuk...so, alah....dua2 pun ikan..satu kering, satu basah..so, mylady buat sejenis sambal tumis, campur dua2 sekali..rasa still ada umpphhh!!..untuk resepi sambal tumis ikan kering, sila klik sini ye..

As for Nasi Lemaknya, memang simple la resepi dan bahan dia..tapi, mylady share gak..boleh dijadikan rujukan buat masa depan...ye dak? lets check it out!!

NASI LEMAK HOMEMADE
Resepi Nasi Lemak
2 pot beras
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia, hiris halus
1 kulit kayu manis
2 helai daun pandan - dibelah memanjang 4, kemudian di simpul
garam secukup rasa
Santan  RM1 *Santan ni, ikut suka korang tau..sebab ada yang suka lemak ada yang tak berapa suka lemak

Cara2nya
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan kedalam rice cooker
2. Masukkan santan dan air secukupnya.
3. Masukkan garam secukup rasa kalau 2 pot beras agak2 dalam 1 sudu teh
4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris beserta daun pandan dan kulit kayu manis
5. ON kan rice cooker, sedia untuk dimasak
6. Bila air dalam rice cooker meruwap atau hampir kering, gembur nasi dengan sudip untuk meratakan rasa santan dan garam ke seluruh bahagian nasi.
6. Bila dah siap (lampu rice cooker dah pergi ke "WARM", biarkan sebentar untuk nasi benar2  kering), sedia untuk dihidangkan .
Side dishes untuk nasi lemak ni, ikut suka selera masing2 la ye..telur goreng, telur rebus, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng, papadom..dan macam2 lagi...
Untuk resepi sambal tumis, klik link bawah ni ye...


So, apa bekpes kitaorang pagi ni? Simple  jek..hubby requested for this simple bekpes..so yummeh!!! Mekasih bebanyak kat Che Mat Gebu for this delicious recipe. Resepi leh click kat link bawah ni ek :-



2 comments:

Eiza GreenAppleKu Best Blogger Tips

Sedap giler....

Mylady Best Blogger Tips

@GreenAppleKu.comsedap takpe..jangan giler sudah..satgi ramai la peminat2 GA marahkan mylady sebab menggilakan GA...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi