Haaa..udah...mylady samakan readers semua dengan sunshine..bukan sebab readers semua panas tau, tapi sebab korang semua menyinari hidup mylady (including silent readers ye)...hehehe..seronok bila tahu ada yang sudi berkunjung ke blog picisan mylady ni walaupun kadang2 mylady takde masa nak buat new entry..so, to all my sunshine out there, thanks a lot for your support...
Apa kes la mylady ni pepagi dah buat entry mee kuah@ mee bandung nih?..Haa..jangan terkejut..mylady and dear hubby had this mee kuah@mee bandung for today's breakfast. Ceritanya cenggini..hari Selasa baru2 ni, buatkan Sup Tulang untuk juadah makan malam..so memandangkan ada lagi baki Sup Tulang, semalam mylady plan nak buat mee kuah@ mee bandung ni for dinner. Tapi, I know my other half ni, prefer nasi for dinner. So, bila tanya dia whether he want mee kuah for dinner?..Nih jawapan dia "Ayang jangan la buat mee2 semua ni for dinner..abang nak makan nasi"..hehehe..so, for dinner dah direject, kalau nak buat for minum petang, bagi orang yang bekerja macam mylady ni, waktu petang tu, still kat office..sampai rumah dah nak malam..so, jalan penyelesaiannya ialah - mee bandung@mee kuah for breakfast..:-)
Haa...satu soalan lagi...mylady tak tahu la...apa bezanya mee bandung dan mee kuah ni? Is it the same mee?. Mee Rebus memang mylady tahu..sebab dia ada masukkan ubi dalam kuahnya..as for mee bandung or mee kuah, i'm totally lost..dulu2 ada sorang kakak ni bagitau mylady beza mee bandung & mee kuah..tapi, bila pi kedai makan, bila order mee kuah, aik..apasal cam mee bandung..and bila order plak mee bandung, aik, apsal plak macam mee kuah?..So, mylady takde keje aih nak pikiokan..wat pening kepala ja...as long as berkuah yang tak dimasukkan ubi, mylady panggil dia mee kuah je...sonang citer...
Panjang lak mylady membebel pagi ni kan?..Jomlah check resepi yang senang ni :-)
MEE KUAH @ MEE BANDUNG
Bahan-bahannya
Daging, udang, fishball (ikut suka korang la ek nak masukkan apa pun)
Cili kering + 1 biji bawang besar + 1 inci belacan - di mesin halus
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
4 cawan air rebusan daging (mylady masukkan sup daging daripada baki Sup Tulang)
Mee
Sawi di potong dalam 1 inci - asingkan batang dan daunnya
Taugeh
1 biji telur - dipukul (macam nak buat telur dadar)
Cara-caranya
1. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili yang dikisar bersama bawang besar & belacan tadi
3. Masukkan gula, garam dan garam hingga cili kisar berubah warna ke merah gelap
4. Masukkan udang, daging, fishball
5. Masukkan sos tiram, kicap dan air rebusan daging/ sup daging, biarkan mendidih
6. Rasakan kuah mee secukup rasa - masin, manis
7. Masukkan telur dan kacau dalam kuah
8. Masukkan mee, gaul rata
9. Masukkan batang sawi (daun sawi masuk last sekali sebab daun cepat layu)
10. Masukkan taugeh dan daun sawi.
11. Biarkan sebentar (mylady suka taugeh rangup..so, memang masukkan taugeh jap jek, terus angkat)
12. Mee bandung@mee kuah siap dan sedia untuk dihidangkan, bolehlah diletakkan daun bawang, cili, bawang goreng or telur rebus sebagai hiasan.
SELAMAT MENCUBA! :-)
4 comments:
Salam..Tak pelah, pagi atau malam, janji sedap ..kan kan kan...
@Sue @ Nenie Betul tu..janji sedap, dan perut tak masuk angin..kalau masuk angin, laaaaggiii susah..hehehe..
Assalam mylady,
wah kalau tengok bahan2 tu boleh dipanggil mee bandung, tapi tak kisahlah mylady..mee kuah ke mee bandung janji dia berkuah dan berbandung..hahaha..oo, hubby mylady pun peminat nasi tegar macam my ayah juga ya..hehe..
@Ayu Betul tu Ayu..asalkan berkuah, panggil jek Mee Kuah...a'ah..peminat tegar nasi..tapi, Alhamdulillah..menu favourite dia banyak yang simple2 or biasa2 jek..so, kalau mylady nak cuba any new resepi, masak new resepi dan jugak sejenis lauk kegemaran dia..in case tekak dia takleh terima the new recipe, ada la backup..heheh..
Post a Comment