Dah tido ke? Kalau lom tido, jom layan gambar2 yang mylady nak kongsi..biar perut ana dan perut ente bergelora dengan muzik rock & roll...
Haaa..kalau gi Kuching Sarawak, mylady rekemen sangat la makan kat Raja Ayam Bakar kat Jalan Abell. Dari Hotel Grand Margherita, jalan ke arah kiri, sampai jumpa Maybank. Dari Maybank tu, lintas jalan akan nampak Raja Ayam Bakar. Masa mylady gi waktu lunch, banyak betul orang lunch disitu. Tepi kedai Raja Ayam Bakar takde tempat parking tau..tapi, ramai le selamba jek side parking illegally kat situ...kalau nak parking legal, leh parking kat deretan kedai dengan Maybank tu..cuma sediakan kupon parkingnya ye dong!!...Jom kita tengok apakah juadah yang menarik dan betul2 menambat selera mylady...yokkkk...
Haaa...ini lah menu yang paling femes disini. Nasi Ayam Bakar Special...set dia lebih kurang cam Ayam Penyet cumanya ayamnya dibakar. Kalau yang bukan special, without tauhu goreng dan tempe...Rempah perap ayam dia memang sedap sungguh. Kena pulak dengan sambal yang vavavoom...Sambal dia tu, pedas gila!! dan sedap gila!!..so, pandai2 la pikir camne nak adjust kan?..nak makan, pedas ngat..tapi sedap gila!!..makan jugak la sambil keluar segala air mata, air hidung dan segalanya...tapi mylady hairan, ada penduduk tempatan siap minta tambah sambal...kalau tambah sambal, kena charge 50sen untuk setiap mangkuk yang ditambah..apa2 hal pun, tabik la penduduk tempatan dia mampu makan pedas cenggitu sekali...tauhu goreng dia pun sedap..dan ulam2an dia pun banyak..memang puas hati la!!!
Ni sama jek cam Nasi Ayam Bakar..cumanya ayam ni digoreng... i still go for Ayam Bakar!!
Memang ngam betul la mylady ambil air ni. Kena dengan sambal yang vavavoom, minum air longan+ribena+sprite ni boleh menghilangkan pedas dan juga menyegarkan..tu pun cam tak cukup jek segelas..hehehehe...creative betul orang2 Kuching ek...setakat ni mylady lom jumpa lagi combination air ni dijual disini...
Haa..ini satu lagi menu tersedap disini..di order oleh hampir keseluruhan pelanggan disini...ni juga merupakan penyelamat lidah mylady yang kepanasan dek sambal vavavoom...cheesy banana fritters...nama melayunya, pisang goreng berkeju...pisang goreng panas...diparut cheese diatasnya dan dituang sedikit susu pekat manis...ya ampunnnn...sedap bangetttt!!..pisang yang masam2 manis di makan dengan cheese yang lemak2 masin ditambah dengan rasa manis susu pekat...heaven!!!!
Malamnya, mylady ngan dear hubby just stroll along waterfront tu..ambil udara malam yang segar dan nyaman..rasa syok jek..esoknya dah nak balik..so, baik kitaorang spend time di waterfront tu..memang tak memboringkan...ceria jek waterfront tu dengan penjual2...jalan punya jalan, we decided to have our dinner there...so, kitaorang singgah la di kiosk ni...sorry la..mylady tak sempat nak tengok nama kiosk dia..tapi, kalau korang nak try, cari jek kiosk ni..
sebelah kiosk ni diaorang buka satu lagi gerai...tapi gerai tu jual air jek..kat sini tempat untuk menggoreng..
Again...hati mylady dah memang tertambat dengan air nih..cumanya di kiosk ni, air ni cuma campuran ribena+longan..without sprite...tapi, still menyegarkan bagi tekak mylady...
Haa..special tak nasi ni? Masa dihidangkan, nasi ni ditutup dengan bekas besi berbentuk kon..so, bila pelayan angkat kon tu, nasi tu terbentuk segitiga la..nasi ni digoreng dengan lada hitam sarawak. Ada ayam goreng, udang goreng dan telur goreng...taste?..sodap!!!!