G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Thursday, October 27, 2011

Jom Masak! : Gulai Udang Berkacang Buncis

Assalamualaikum kengkawan sumerrr...

Uwaaaaa...masuk hari ni, dah 11 hari mylady & dear hubby bekerja non-stop...yer..sabtu ahad pun kena mai kerja..letih..letih..letih..tak sabar betul nak tunggu hari Sabtu ni...nak bermalas2an di rumah..hehehe..sampaikan nak update blog pun, tak sempat..balik keje lambat..sampai2 rumah dah terkelepek...memang penat betul!!..Dah la jiran sebelah rumah yang tak abis2 membakar mercun..pagi2 buta sebelum masuk waktu subuh dah berdentum sana sini...malam pulak, lagi 10 mins masuk 12 tghmalam, berdentum dentam lagi...aduh la...sib baik la tempat keje kitaorang ni flexible working hours..kalau idak, jenuh la gi keje ngan mata yang sepet akibat tak cukup tido..

Haaa..ini bukan menu semalam atau menu yang akan dihidangkan pada malam ni...dah berapa hari dapur mylady tak berasap disebabkan balik kerja lewat..hehehe..ni pun ada kat opis lagi..hujan lebat sangat kat luar tu..so, takpe lah..dear hubby kata tunggu je lah jap sampai hujan reda...as for me, takde masalah..leh jek update blog yang dah hampir nak bersawang ni..eh..ke dah bersawang eh?..hehehe..

Menu ni mylady masak minggu lepas...tah naper tetiba teringat plak gulai udang MIL yang sedap banget tu..tanya mak mylady, dia kata kalau gulai udang, sesuai buat guna udang yang medium size..alamak...dalam peti sejuk ada yang size besar jek..tapi, kalau dah teringin ngat tu kan, tak kisah la kecik ke besar size dia kan?..janji sedappp!!!..jom la kita check resepi yang simple ni:-

GULAI UDANG BERKACANG BUNCIS
Bahan-bahannya
300gm udang
2 sudu besar rempah kari udang
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *ditumbuk lumat
10 batang kacang buncis - dipotong serong
3 biji bawang merah *dihiris nipis
2 ulas bawang putih *dihiris nipis
1 tangkai daun kari
1 inci halia *dihiris nipis dan memanjang
Santan secukupnya *mylady letak dalam 1/3 kotak je sebab lebih sukakan rasa pedas lebih dari rasa lemak
garam secukup rasa
secubit gula atau secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 cawan air (1 cawan dibancuh dengan rempah)

Cara2nya
1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari & halia yang dihiris nipis hingga naik bau.
2. Bancuh rempah bersama bawang besar yang ditumbuk lumat dengan air hingga sebati, Masukkan dalam bahan tumis tadi.
3. Tunggu hingga rempah pecah minyak
4. Masukkan santan dan air kacau hingga sebati
5. Masukkan udang, biarkan sebentar
6. Masukkan garam, gula secukup rasa
7. Masukkan kacang buncis, biarkan sebentar, tutup api.
8. Sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, October 20, 2011

Jom Masak!! - Nasi Lemak Homemade

Assalamualaikum and morning to everybody yang sudi melawat  my blog..

Aiiishhhhh...idak le...takde rajin bebeno aih nak bangun pepagi buta wat nasi lemak hari bekerja ni..unless la kalau dinner semalam lauk sambal tumis..ha, memang boleh je masak nasi lemak masa bangun semayang subuh..tapi, ini bukan menu sarapan pagi ni ye..ni menu sarapan hari Sabtu baru2 ni...

Cenggini citernya..ciss..ciss dan ciss lagi..asyik bercerita jek..hahaha...hari jumaat sebelum hari sabtu baru2 ni, suddenly dear hubby buat statement yang menggoncang jiwa.."Esok kalau KITA masak nasi lemak ok tak"..ye..sila berikan tumpuan dan fokus sepenuh perhatian anda pada perkataan yang sengaja di CAPSLOCK kan itu...KITA...mylady terkesima...KITA?..so, mylady jawab.."ok jek kalau KITA nak masak nasi lemak esok"..baru le dear hubby tersengih2.. baru tersedar penggunaan kata ganti diri yang dia sendiri tak bermaksud nak menggunakannya..bila mylady setuju nak masak, apa lagi, seronok betul la dia..lagipun, agak dah lama tak masak nasi lemak ni...alahhh..kalau ada daun pisang kan best!!..next time pi umah FIL nak minta daun pisang sket la...baru la best buat nasi lemak ni..

Dear hubby requested for sambal tumis ikan...preferred ikan kembong/temenung la..kena potong kecil2 macam yang selalu nasi lemak bungkus kita beli tu...while mylady hanya ada stok ikan cencaru..tapi, cencaru pun, lepas buang jaket dia, goreng, memang sedap di buat sambal tumis..tapi, mylady plak teringin nak makan sambal tumis ikan kering since isi ikan kurau ada lagi dalam peti sejuk...so, alah....dua2 pun ikan..satu kering, satu basah..so, mylady buat sejenis sambal tumis, campur dua2 sekali..rasa still ada umpphhh!!..untuk resepi sambal tumis ikan kering, sila klik sini ye..

As for Nasi Lemaknya, memang simple la resepi dan bahan dia..tapi, mylady share gak..boleh dijadikan rujukan buat masa depan...ye dak? lets check it out!!

NASI LEMAK HOMEMADE
Resepi Nasi Lemak
2 pot beras
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia, hiris halus
1 kulit kayu manis
2 helai daun pandan - dibelah memanjang 4, kemudian di simpul
garam secukup rasa
Santan  RM1 *Santan ni, ikut suka korang tau..sebab ada yang suka lemak ada yang tak berapa suka lemak

Cara2nya
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan kedalam rice cooker
2. Masukkan santan dan air secukupnya.
3. Masukkan garam secukup rasa kalau 2 pot beras agak2 dalam 1 sudu teh
4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris beserta daun pandan dan kulit kayu manis
5. ON kan rice cooker, sedia untuk dimasak
6. Bila air dalam rice cooker meruwap atau hampir kering, gembur nasi dengan sudip untuk meratakan rasa santan dan garam ke seluruh bahagian nasi.
6. Bila dah siap (lampu rice cooker dah pergi ke "WARM", biarkan sebentar untuk nasi benar2  kering), sedia untuk dihidangkan .
Side dishes untuk nasi lemak ni, ikut suka selera masing2 la ye..telur goreng, telur rebus, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng, papadom..dan macam2 lagi...
Untuk resepi sambal tumis, klik link bawah ni ye...


So, apa bekpes kitaorang pagi ni? Simple  jek..hubby requested for this simple bekpes..so yummeh!!! Mekasih bebanyak kat Che Mat Gebu for this delicious recipe. Resepi leh click kat link bawah ni ek :-



Wednesday, October 19, 2011

Jom Masak!! - Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan selamat malam buat kawan2 sekelian..

Dah kenyang ke?..Mata tu mesti tengah kuyu tunggu masa nak masuk beradu je ek...Mylady baru hari ni dapat peluang nak update blog..2-3 hari lepas, baru jek tulis tajuk posting, malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan...dari hari sabtu hari tu my dear hubby demam..so, masa memblog kena le spend lebih untuk dia..memasak pun, yang biasa2 jek la..based on apa yang di request oleh dear hubby..bubur nasi, sup sayur...alah..benda2 simple jek.. pastu, masuk kerja plak, ada issue banyak plak..even semalam balik keje pukul 1 pagi..biasa la..kalau dah tido tak ikut time, jadi la pecah mengantuk..tau dak apa tu pecah mengantuk?..maknanya, takleh tido..eventhough waktu tu kita sepatutnya dah berada di alam mimpi yang indah..last2 pukul 3pagi lebih baru leh tido..tu pun lepas dear hubby nyanyikan lagu "pukul 3 pagi" dendangan P.Ramlee....hahahaha..takdelah..mylady gurau2 jek tau bab nyanyi2 tu..heheh..

Hari ni pun, balik keje agak lambat..sampai rumah pukul 7 pm lebih...badan rasa letih ngat sebab hari ni pun sehari suntuk di production line. Dah la pepagi sempat minum air jek..pukul 4pm baru dapat makan...uwaaaaaaaaa..tapi, tak kurus2 gak...heran kan?..mungkin senang hati kot..hehehe...

Sampai2 rumah, teringat isi ikan tenggiri dalam peti ais...masakan apa paling cepat ek..tetiba teringat asam pedas melaka...google punya google, jumpa la resepi asam pedas melaka ni di rumah Kak Ummi Kuantan. Cara membuatnya pun senang..cumanya mylady takdak bunga kantan..arghhh..takpelah..replace ngan daun cenohom...asalkan ada bau asam pedas udah le...then, terung or bendi pun takde..selongkar tempat sayur, jumpa la sebiji timun...teringat plak kedai ikan semilang yang mylady selalu makan area sini, diaorang letak timun..memang sedap..so, takde terung or bendi, timun pun jadilah!!!

The verdict :- Memang sedap asam pedas ni...fuyooo..terangkat..makan panas2 waktu hujan2 camni plak, ermm..taktau nak kata apa la...hehehe...toksah cakap banyak la Cik Jah oooiii..jom kita check resepi dia naaa...Kak Ummi ku sayang..mylady minta izin C&P disini ek..thanks sebab sudi mewar2kan resepi yang sedap ni...:-

ASAM PEDAS MELAKA
Bahan Asas:-
1 kg. ikan duri/tenggiri *mylady guna ikan tenggiri
1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji *mylady tak letak..takde stok..lagipun dah cukup masam
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris * takde stok..ganti ngan sebiji timun, buang bahagian tengah
8-10 biji bendi*takde..so, mylady tak letak
2 tangkai bunga kantan*takde gak..ganti ngan daun cenohom
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
2/3 cawan minyak masak

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih


Bahan Tumis:
1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
    Cara Memasak:-
    1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya.
    2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi.
    3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak.
    4. Masukkan ikan, bunga kantan dan air. Kacau rata.
    5. Masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi.
    6. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit.
    7. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

    Friday, October 14, 2011

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO

    Assalamualaikum dan selamat petang to uuoollzzzz...

    Haaa..ingat tak lagi entry yang lepas tentang kek mylady yang bertukar menjadi apam mekar?. Haa..dek kerana kek tu, tak tido malam mylady jadinya..so, the next day tu, lepas2 memasak, mengemas dapur, lepak2 ngan dear hubby, tengok jam pukul 10pm...tapi, hati mylady ni tergedik2 gak nak buat kek...dah pukul 10pm..nak buat kek apa nih..tepung kek pun takdak..so, selak sana, selak sini, nampak la resepi kek yang simple ni kat blog Kak Azlita Masam Manis. Sebab2 mylady pilih nak wat kek cheese ni ialah seperti beriku:
    • Kek cheese confirm takkan membuat magic dan bertukar menjadi apam mekar
    • Kek ni takyah dibakar
    • Bahan2 dan cara nak buat dia simple banget!!!
    So, mylady bgtau la dear hubby..kata nak gi dapur buat kek..dear hubby macam "ehh..biao betik bini aku ni..domam ko apo?"..tapi, yang kuor dari mulut dia "eh..dah pukul 10pm..pukul berapa plak nak tido kang..esok lambat plak gi keje"..Mylady kata..takpe..jap jek nak buat kek nih..kek surprise...

    Stok semua ada..cumanya takde biskut marie jenama LEE..yang ada dalam stok, 1/2 bungkus biskut oreo with vanilla cream, 2 bungkus biskut oreo with blueberry + mint cream, 1/2 bungkus biskut cheese..ahhh..hentam jek lah labu..janji biskutttt...

    So, ikut le cara2 membuatnya, cumanya mylady memang degil..orang kata, rendam biskut 1 saat...so, mylady yang genius ni pikir...biskut marie, memang la rendam 1 saat..sebab dia cepat lembut..oreo ni, kena la rendam lama sket..sebab dia keras...so, mylady rendam 10 saat...amik ngkoooooo...angkat tu, ok jek..letak2 atas lapisan cheese tu, pastu kalau ada hati nak redecorate balik susunan, kim salam jek lah cik jah oiii,...dia dah lembik..melekat setepek atas lapisan cheese tu...

    Dah la tu..plan asal nak buat 1/2 adunan...ye lah..takde biskut marie..takut gak kang tak sedap plak dah digantikan ngan oreo...so, buatlah 1/2 adunan..dan masukkan dalam loyang 9"..genius kan mylady ni? Letak selapis layer cheese, pastu boh selapis layer biskut, lepas tu selapis layer cheese, lapis biskut, cheese dah abis..masa ni, tinggi kek adalah setinggi 3 cm sahaja..uwaaaaa...sib baik ada another 250gm cheese dalam peti ais..apa lagi, sepantas kilat mylady kuorkan, dan tambahkan lagi ketinggian kek menjadi 6cm..barulah cun...untuk topping, mylady campur biskut oreo dan biskut cheese sbb biskut cheese ada rasa masin sket, so menambahkan kelemakan kek nih...

    mylady ni memang fail la bab decoration..sememeh dan berlemoih ja..tapi takpe..janji sedappp!!!

    Panjang lak mylady membebel..jomlah kita check resepi yang berasal dari olahan anak bujang yang amat pandai memasak ni..RYO..akak minta C&P ek RYO..thanks sebab sudi sharekan resepi yang marvellous ni...resepi yang wajib dicuba..memang sedap ya amat..mak mylady yang tak makan kek cheese pun, bila rasa sket, terus dia suruh potong 1 slice for her...and for my brother plak, dia kata "laa..awat bawak sket sangat"..and dear hubby plak, everynight memang akan makan 1 slice of this cheese cake..itu la sebabnya leh bawa to rumah my mom sket je..sebab yang dirumah pun, tinggal agak2 dalam 2-3 slice jek..hahahaha..disebabkan mylady menggunakan resepi RYO..dan juga menggunakan biskut OREO sebagai ganti biskut marie, maka mylady jadikan nama kek cheese ni, sebagai...

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA O-RYO
       
    tu la..degil kan?..orang suruh rendam biskut 1 saat, ko rendam 10 saat...kan dah huduh jadinya..
     
    Bahan2: (Saiz 9x9)

    A:
    • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) *pakai stok yang ada jek...OREO..dan untuk topping, mylady campurkan dengan cheese crackers..
    • 500 ml susu segar,dipanaskan
    B:
    • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
    • 10 ml susu segar
    • 1/2 cawan gula halus

    Caranya :

    1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
    2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
    3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
    4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
    5. Panaskan susu segar,padamkan api.
    6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
    7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
    8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
    9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
    10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
    11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

    Panasnya cuaca hari ni....

    Assalamualaikum dan selamat petang buat semuaa...
    Yeaaayyy..hari ni dah Jumaat..memang every week dok tunggu ja kedatangan jumaat sambil hati terloncat2 girang *eh..hati leh terloncat eh?*..memang looking forward for Saturday and Sunday...my fav days..cuaca di Penang sejak 2-3 hari ni, panas sangat..anyway, hujan ke panas ke, mylady still bersyukur..kalau hujan, syok sebab cuaca sejuk..kalau panas especially during weekend, syok sebab boleh mendobi baju2 yang setimbun tu..satu lagi, yang bestnya during cuaca panas, dapat makan ni....

    thanks to dear hubby sebab belikan tutti frutti untuk menyejukkan tekak..kih..kih..kih...

    Wednesday, October 12, 2011

    Daging Bumbu Bali - Memang Simply Siti!!..opsss...Simply Sedap!!

    Assalamualaikum dan selamat tengahari uollssss...

    Dah lunch ke belum? Ke diet?..Puasa ganti?..apa2 pun, kalau nak masak untuk lunch ke, or nak masak untuk berbuka puasa ke, mylady amat...amat..amat..amat syorkan resepi ni..Cepat dan mudah...sedap dimakan..haaa...kan dah cam iklan maggi pulak..hehehe..

    Resepi ni mylady dah KIV dari sebelum puasa lagi..tapi, buatnya idak pun...kan dah menyesal..kalau idak, senang keje time raya tu..buat masakan ni as cicah ketupat pun sedap..even dear hubby pun tanya..ada letak lengkuas ke?..sebab dari rasa dia, memang macam rendang..bahan2 simple jek...cara2 buatnya plak mudah ya amat. Mylady masak guna daging batang pinang, so 30 minit jek pun dah siap. Sekali lagi, resepi ini memang amat berbaloi untuk dicuba..kalau dah cuba, leh la share ngan mylady the result ek...anyway, this recipe memang akan menjadi resepi yang akan selalu dibuat disebabkan kesedapannya...Mylady minta izin C&P resepi ni ek kak Azlita...

    DAGING BUMBU BALI
    by : Chef Wan
    Resepi sumbangan : Cindai Biru

    500g daging (potong nipis, cuci bersih)
    250ml santan tin - ita guna santan kotak
    3 helai daun limau purut
    2 sdb kicap pekat
    *5 biji buah keras
    *8 biji cili merah
    *3 ulas bawang putih
    *1 inci halia
    *1 sdt kunyit serbuk
    Garam dan kicap manis rasa
    Minyak untuk menumis
    Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.
    10 biji cili api (ini mylady tambah sebab mylady suka pedas)

    Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.

    Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
    Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

    Apam mekar = gua sukeerrr....kek mekar??..uwaaaaaaaaaa!!

    Assalamualaikum dan selamat malam buat kawan2 sekalian...

    Haa..dah tido ke?..Mesti la dah tido kan?..dah tengahmalam pun...mylady lom tido lagi...hati ku kuciwa...duka dan nestapa..uhuk..uhuk..uhuk..naper???..eh..ada ke orang nak tau?..takpe..takmo tau pun takpe..meh mylady nak citer...

    Citernye cenggini..Sabtu baru2 ni gi umah mak mylady. Then, dia kasi pisang abu kepek ngan pisang raja..pisang abu kepek tu, mylady wat pisang goreng ja..then, pisang raja tu, plan nak buat kek pisang la..sebab mak mylady memang suka ngat kek pisang. Cari punya cari punya cari resepi, mylady terberkenan resepi Kek Pisang Marble Coklat dari blog kak Azlita Aziz..so, semalam masak siap2 untuk dinner hari ni..so that mylady ada masa untuk buat kek Pisang Marble ni. Cara buat dia memang mudah giler. Maka, bermulalah project Kek Pisang Marble ni pukul 6pm. Mylady bajet, by 6:30pm, boleh siap, mana nak tahu....cara-caranya memang mudah..tapi, disebabkan semangat berkobar2 nak dapatkan belang yang cantik cam Kak Azlita buat, maka kek hanya berjaya disiapkan pukul 7:15pm..masuk oven, sambil2 cuci pinggan mangkuk, dok jakun la mengendap kek didalam oven...


     "Riang hati ku badan bertuah..punya teman yang comel dan manja"..begitulah gembiranya hati mylady bila tengok kek tu naik dengan jayanya..habis mengemas, mandi, solat maghrib..8:15pm tepat, oven berbunyi..time's up..so, mylady gi la check kek..humang aiihhhh..cam gunung berapi..semekar mekarnya sampai berlubang tengah. Mylady konpius sekejap..eh..aku ni buat kek ke, buat apam?..Cepat2 mylady kuorkan dari oven...dear hubby yang dok puji "sedapnya bauuuuu" pun, cepat2 datang menjenguk bila dengar mylady menjerit tokojut melihat kek menjadi seperti gunung berapi. Dear hubby kata, takpe...nak bagi kat mak nanti, potong siap2 la..bagi bahagian yang ok jek..so, ok la..let it cool down first..Sejuk sket, mylady pun potong la..panas2 ni sedap la gak..sebab bahagian tepi dia rangup kan..tapi, bila dah sejuk, bila mylady makan, macam nak tercekik jek..padat giler..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..alamatnya masuk cik tong ler kek ni..Camne le nak terer buat kek cam kak Azlita Aziz ni ek?
     Ni selepas dikeluarkan dari oven..nampak dak rekahan tempat terjadinya letusan gunung berapi tu?..Mylady tak snap gambar masa kek ni tengah mekar..sebab terlampau terkejut dan panik..huhuhu




    Thursday, October 6, 2011

    Jom Masak!! : Mee Kuah? Mee Bandung?

    Assalamualaikum dan selamat pagi dear sunshine...

    Haaa..udah...mylady samakan readers semua dengan sunshine..bukan sebab readers semua panas tau, tapi sebab korang semua menyinari hidup mylady (including silent readers ye)...hehehe..seronok bila tahu ada yang sudi berkunjung ke blog picisan mylady ni walaupun kadang2 mylady takde masa nak buat new entry..so, to all my sunshine out there, thanks a lot for your support...

    Apa kes la mylady ni pepagi dah buat entry mee kuah@ mee bandung nih?..Haa..jangan terkejut..mylady and dear hubby had this mee kuah@mee bandung for today's breakfast. Ceritanya cenggini..hari Selasa baru2 ni, buatkan Sup Tulang untuk juadah makan malam..so memandangkan ada lagi baki Sup Tulang, semalam mylady plan nak buat mee kuah@ mee bandung ni for dinner. Tapi, I know my other half ni, prefer nasi for dinner. So, bila tanya dia whether he want mee kuah for dinner?..Nih jawapan dia "Ayang jangan la buat mee2 semua ni for dinner..abang nak makan nasi"..hehehe..so, for dinner dah direject, kalau nak buat for minum petang, bagi orang yang bekerja macam mylady ni, waktu petang tu, still kat office..sampai rumah dah nak malam..so, jalan penyelesaiannya ialah - mee bandung@mee kuah for breakfast..:-)

    Haa...satu soalan lagi...mylady tak tahu la...apa bezanya mee bandung dan mee kuah ni? Is it the same mee?. Mee Rebus memang mylady tahu..sebab dia ada masukkan ubi dalam kuahnya..as for mee bandung or mee kuah, i'm totally lost..dulu2 ada sorang kakak ni bagitau mylady beza mee bandung & mee kuah..tapi, bila pi kedai makan, bila order mee kuah, aik..apasal cam mee bandung..and bila order plak mee bandung, aik, apsal plak macam mee kuah?..So, mylady takde keje aih nak pikiokan..wat pening kepala ja...as long as berkuah yang tak dimasukkan ubi, mylady panggil dia mee kuah je...sonang citer...

    Panjang lak mylady membebel pagi ni kan?..Jomlah check resepi yang senang ni :-)

    MEE KUAH @ MEE BANDUNG
    Bahan-bahannya
    Daging, udang, fishball (ikut suka korang la ek nak masukkan apa pun)
    Cili kering +  1 biji bawang besar + 1 inci belacan - di mesin halus
    1 ulas bawang putih - diketuk
    1 sudu besar gula
    1 sudu teh garam
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
    4 cawan air rebusan daging (mylady masukkan sup daging daripada baki Sup Tulang)
    Mee
    Sawi di potong dalam 1 inci - asingkan batang dan daunnya
    Taugeh
    1 biji telur - dipukul (macam nak buat telur dadar)

    Cara-caranya
    1. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga  naik bau
    2. Masukkan cili yang dikisar bersama bawang besar & belacan tadi
    3. Masukkan gula, garam dan garam hingga cili kisar berubah warna ke merah gelap
    4. Masukkan udang, daging, fishball
    5. Masukkan sos tiram, kicap dan air rebusan daging/ sup daging, biarkan mendidih
    6. Rasakan kuah mee secukup rasa - masin, manis
    7. Masukkan telur dan kacau dalam kuah
    8. Masukkan mee, gaul rata
    9. Masukkan batang sawi (daun sawi masuk last sekali sebab daun cepat layu)
    10. Masukkan taugeh dan daun sawi.
    11. Biarkan sebentar (mylady suka taugeh rangup..so, memang masukkan taugeh jap jek, terus angkat)
    12. Mee bandung@mee kuah siap dan sedia untuk dihidangkan, bolehlah diletakkan daun bawang, cili, bawang goreng or telur rebus sebagai hiasan.
    SELAMAT MENCUBA! :-)

    Monday, October 3, 2011

    Jom Masak!! - Ketam Masak Lemak Cili Api

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera to uolssss semua..hehehe

    Masak apa malam nih cik kiah oiii???..haaa..buntu?..nak yang cepat jek?..haa..jom kita wat ketam masak lemak cili api..nak siang ketam tak susah mana pun...ikan lagi susah..dengan nak cuci sampai hilang hanyir lagik..kalau ketam, just cuci gitu2 jek, buang duri2 dia, taraaaa..siap untuk dimasak...

    Mylady suka makan ketam masak lemak cili api ni...fuh..bagi pedas sket, pastu kalau rajin, wat sekali sambal belacan, goreng ikan, sayur kangkung goreng belacan..fuh...kecurrr..terleleh sebentar..tapi, menu mylady  tadi, takde ikan goreng..sebab terlupa nak kuorkan ikan..so, replace with telur dadar..still sodap!!..jom check resepi yang mudah banget nih.

    KETAM MASAK LEMAK CILI API
     Bahan-bahannya
    1 biji bawang putih*
    2 biji bawang merah*
    1 inci halia*
    15 biji cili api*
    bahan2 bertanda * ditumbuk halus
    serbuk kunyit
    garam
    santan
    minyak untuk menumis

    Cara-caranya
    1. Mula-mula, bersihkan ketam, kemudian toskan.
    2. Kemudian, tumis bahan2 bertanda * yang ditumbuk lumat sehingga harum baunya
    3. Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan digaul rata
    4. Masukkan ketam yang ditoskan tadi, kacau rata sehingga bahan2 tumis dan serbuk kunyit kena pada semua bahagian ketam
    5. Masukkan santan, air dan garam
    6. Tunggu hingga mendidih, dan perasakan secukupnya.
    7. Bila dah secukup rasa - lemak, masin, pedas, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan.
    SELAMAT MENCUBA! :-)
    apa tengok2?..sepit kang baru tau!!..hahaha..ini special for dear hubby..dia prefer ketam rebus/stim sebab isinya lebih manis...

    Apa itu sayang?

    Assalamualaikum dan selamat petang buat sahabat2 sekalian..

    Haaa..memandangkan waktu keje dah abis, dah mata pun asyik kuyu jek, asik2 posting pasal makan jek, hari nih jom kita sembang sket..topik hari ini..apa itu sayang?..Mylady pernah sembang2 dengan kawan2 opis ni..majoritinya bersetuju rasa "sayang" diantara lelaki dan perempuan itu, adalah berbeza. Pernah dengar tak si suami kata "awak nak apa lagi ni? apa lagi yang tak cukup?..rumah saya dah beli, kereta saya dah bagi..barang kemas, semua dah cukup...apa lagi yang awak nak?"..haaa...tu dia pengertian sayang dari pandangan suami..cukup nafkah zahir dan batin, itulah maknanya sayang..cinta...tapi, bagi si isteri or perempuan pulak, sayang tu lain pengertiannya...ada tak isteri yang tak sayangkan suami?..adaaa...memang ada isteri yang tak sayangkan suami. .sebabnya?..suami bukan pilihan hati, ataupun, berkahwin tanpa rasa cinta, ataupun berkahwin hanya untuk mengelakkan kata2 orang..walaupun si isteri tak sayangkan suami, tapi, tanggungjawab dijalankannya juga...memasak, membasuh, mengemas, semua tanggungjawab seorang isteri dilaksanakan...so, kalau pengertian "sayang" bagi seorang isteri dan suami adalah sama, dengan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sudah memadai untuk menunjukkan tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami..tapi, jawapannya tidak..seorang isteri, kalau sayangkan suami, memasak dengan penuh kasih sayang..dihidangkan, di cedukkan untuk suami, malah kalau suami minta disuap pun, sanggup dia suapkan...penat lelahnya tak terasa, kurang tidurnya tidak terasa lantaran hatinya gembira membuat sesuatu untuk insan tersayang..

    So, untuk lelaki/suami diluar sana...bukanlah material semata-mata yang si isteri perlukan..perhatian, belaian dan kasih sayang, yang diutamakan..insyaAllah, hidup akan kekal bahagia, aman makmur selamanya...:-)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsi Resepi