G R E E N A P P L E K U

GreenAppleKu

Wednesday, November 21, 2012

SAVE GAZA...Freedom for Palestin!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera tu my dear readers..

Sad, speechless, depress, angry...camne nak cakap eh?. Semua perasaan tu bercampur baur melihat gambar2 keganasan yang dilakukan oleh Israel kepada Palestin. Hati bertambah sayu dan marah melihat tubuh2 kecil yang tak berdosa dan tidak tahu apa2 menjadi mangsa peperangan. Bayangkan bayi yang masil kecil dan anak2 yang patutnya berlari2, bermain riang bersama kawan2, sebaliknya hidup ketakutan mendegar bedilan bom disana sini dimana pada setiap 4 minit, sebiji bom dijatuhkan oleh Israel di bumi Palestin. Dalam sekelip mata sahaja, tubuh itu akan terkujur kaku, nyawa akan hilang dan keluarga/ibu bapa/anak akan kehilangan orang yang di sayangi. Bayangkan jika itu yang berlaku kepada orang yang kita sayangi.

Dimanakah kita dalam usaha membantu penduduk Palestin? Apakah sumbangan kita untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin? Bagaimanakah mereka hendak bangun menentang Israel dengan bekalan makanan yang tidak mencukupi, sumber senjata yang terhad, kekurangan ubat2an untuk merawat mereka yang tecedera?

Tak tahu saluran yang betul untuk membuat sumbangan? Disini mylady sharekan antara pertubuhan yang ditubuhkan untuk menyalurkan dana/sumbangan bagi membantu Palestin.

AQSA SHARIFF


AMAN PALESTINDana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95


Takde duit nak menderma tapi mampu topup prepaid?..Takde online account? Takde internet? Tak tahu camne nak buat online transfer tapi tahu guna SMS? Haa..anda juga mampu menderma melalui SMS:- 
 
PALESTIN<jarak>10(nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)
contoh : taip PALESTIN 1
kemudian hantar ke 39111 

Sumber : http://www.amanpalestin.net/

Bagi yang benar-benar tidak berkemampuan, tapi masih ingin membantu Palestin, anda juga mampu membantu meringankan beban penderitaan mereka...iaitu dengan berdoa...In Shaa Allah...





Tuesday, October 16, 2012

Merajuk..

Assalamualaikum dan selamat petang uoolllss...

Haa..dah lama hilang, tup-tup dah timbul, merajuk plak..hahaha..mylady tak merajuk la..saja jek boh tajuk merajuk...cam sweet gitteww...hahahaa..ye ke merajuk tu sweet?..




Rasa-rasanya, ramai kaum Hawa memang kuat merajuk...tapi, jangan risau..kaum Adam memang setia memujuk...mostly masa bercouple la..lepas kawin, ermm..kena lalayan merajuk sendiri sebabnya kaum Adam yang dulunya amat memahami jiwa si Hawa, tetiba je lepas kawin buat cam tak tahu...korang nak merajuk, merajuk le..malas aku nak pujuk..

Benda cam ni jadi, sebab fitrah lelaki tak sama dengan fitrah perempuan. Ye lah, dah bertahun kawin, haruslah ada slow talk hati ke hati...then, barulah faham...orang lelaki ni, kalau marah or merajuk, diaorang lebih suka mengasingkan diri..jangan la gatal2 nak kacau, geletek ke apa ke nak pujuk...diaorang perlukan masa nak menenangkan diri..ni, dah la tengah merajuk, bini plak dok kaco2..lagi la tensen..serabut kepala..
As for perempuan plak, bila merajuk tu, haruslah nak suami memujuk..but sebagai lelaki, diaorang akan wat dekk jek...because they assume perempuan tu sama gak..perlukan ruang untuk tenangkan diri..no..no..no...you are wrong...we need you to comfort us...

Sebab tu la dalam rumahtangga kena selalu berdiskusi dan meluahkan isi hati..baru la suami tahu apa yang si ister nak, dan isteri tahu apa suami nak. So, kalau suami merajuk, biarlah dia cool down sendiri. And suami plak, kalau isteri merajuk, pujuk la dia...isteri ni, hati lembut..senang merajuk, senang dipujuk..alah..mula2 tu memang la dia jual mahal..jangan putus asa ye..gedik lebih je tuh..hehehehe...

*pompuan ni pun satu...dah suami tu dah pandai memujuk, makin menjadi-jadi plak...asal benda kecik pun nak sentap dan merajuk...<---iollsss la tuh...hahahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi